Adakalanya tetamu datang ke rumah secara tiba-tiba membuatkan kita jadi blur nak sediakan apa untuk menyambut mereka kan. Jadi, apa kata cuba buat resipi ini. Bukan hanya memudahkan anda, malah anak-anak juga pasti sukakannya.
Tak perlu nak fikir apa lagi menu minum petang nanti. buat je resipi Popia Mushroom ni pasti seisi keluarga sukakannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Atiqah Nadirah ni.
Salam semua..
Ads
Ada lagi ke yang buat rumah terbuka? Kalau ada meh sis nak share sikit resepi. Simple je nak buat.. Boleh simpan siap-siap dalam peti sejuk tu. Tetamu datang, boleh goreng je.. Dah tentu sedap tau..
Ads
Popiah mushroom yummy... Bahan-bahan
Ads
1 pkt kulit popiah besar
1/2 biji bawang besar (cincang)
1/2 cwn minyak untuk menumis
1 pkt daging kisar
1/2 pkt sausage
1/2 pkt crab stick
1 tin cendawan butang (x letak pn x pe)
1 batang carrot (sagat halus)
2 tin prego carbonara cendawan
1/2 sudu kecil garam
1 sd kecil serbuk lada hitam
pepper (optional) Cara-cara
1. Tumis bawang merah sampai naik bau.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak.
3. Masukkan carrot, crab stick, cendawan dan sausage. Masak sekejab.
4. Kemudian, prego dan perasakan. Siap.
5. Biarkan inti sejuk sebentar dan gulungkan seperti popiah. Simpan dalam freezer sebelum digoreng. Hasilnya.. tentu puas hati… Makan bersama thai sauce… SELAMAT MENCUBA…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihatkan saudara mara dan rakan-rakan berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci, hati turut berkongsi kegembiraan, sekali gus mengharapkan suatu hari nanti pasti tiba giliran kita.
Perkongsian seorang ibu ini nyata cukup menyentuh hati. Leeza Sweet di dalam laman facebooknya mengenai kisah doa anak kecilnya yang ingin sekali menunaikan umrah. Biarpun baru berusia 5 tahun waktu itu, namun Putri Marissa sudah belajar menghafal dan sudah boleh bersolat demi mahu menunaikan umrah.
Sesungguhnya Allah maha mendengar! Doa anak-anak kecil itu makbul! Kesungguhan Putri Marissa yang dipanggil Adek itu akhirnya membolehkan dia menunaikan umrah bersama ibu bapanya.
Jom kita baca dan sama-sama mendapat manfaat.
Ada bicara yg ingin ku kongsikan bersama sahabat…. Mac tahun lepas… 2016 semasa aku bersiap2 utk packing barang2 umrah si kecil mendatangiku…. “Mama, adek nak solat mama dengar ye bacaan solat adek betul ke tidak….” “Okey…” Dia pun mulai solat dari al-fatihah, qul, rukuk, sujud, tahyat, awal dan akhir… semuanya betul. MasyaAllah anakku dah pandai solat…. bisikku dlm hati…. . Tiba tang doa…. “Ya Allah Ya Tuhanku…. Bagilah mama & papaku kaya supaya mereka boleh bawaku pergi umrah!” Airmataku dah bergenang di kelopak…. Namun masih ku tahan di depan dia. . Kemudian dia salam tanganku, dia peluk ku erat! Masa tu dia bisik ditelingaku… “Mama adek da pandai solatkan.” Aku angguk saja. “Jadi esok adek boleh ikut mama pergi umrahkan?” Aduh! Jiwaku tersentuh! Aku terus menangis tak tertahan lagi. Sebab esok mama dah nak pergi. Mama tak boleh bawak adek. . Semasa aku niatkan nak pergi umrah hanya kami berempat. Kerana kesuntukan masa planning hanya 3 bulan. Dan aku tak niatkan untuk sweetmarissa sebab dia kecil lagi baru 5 tahun nak masuk 6 tahun. Dan alasan yang kuberikan pada dia sebab “adek belum pandai solat, kalau dah pandai nanti mama bawak adek pergi umrah.”
. Rupanya alasan itu terkesan d hatinya. Dia belajar solat n hafal bacaan2 itu di sekolah sungguh2. Kerana ingin turut serta. Namun esok mama dah nak pergi sayang… Tak sempat nak buat apa2. . Semasa lambaiannya d KLIA hati ku meruntun…. Hiba x dpt bawa dia sama. . Sampai je di kota madinah…. Ya Allah ramainya budak2 sebaya dia… Aku sangat2 terbayang dia di sana sini…. . Ya Allah berikanlah aku rezeki untuk ku bawa Putri Marissa Ruqsana ke sini tahun hadapan. Dan kerana dia kami ke umrah sekali lagi tahun ini. Sesungguhnya Allah maha mendengar! Doa anak2 kecil itu makbul! Mintalah anak2 berdoa utk kita. . Dan tahun ini SweetMarissa buat umrah 2 kali. Alhamdulillah. Dia betul2 bersungguh! . Perkongsian ini bukan niat untuk menunjuk2… cuma untuk berikan semangat kepada yang belum pergi. Tiada yang mustahil akan terjadi sekiranya kita betul2 yakin dengan Allah! . Aku belum kaya lagi tp Allah makbulkan doa doa anakku.
. Semoga sahabat2 yang berniat untuk pergi umrah istiqomah dengan niat, talbiah setiap kali lepas solat, usaha dan yakin. Tiada yang mustahil akan terjadi. InshaAllah! . Allah bukan jemput yang kaya. Allah bukan jemput yg mampu. Tapi Allah jemput sapa yang mahu!
Zaman teknologi serba canggih ini, tiada lagi masalah dalam berhubung dengan guru di sekolah anak-anak. Di tambah pula dengan penggunaan aplikasi grup mesej sekolah yang kian mendapat sambutan ramai.
Dengan adanya medium komunikasi dua hala, ia dikatakan boleh merapatkan perhubungan antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.
Namun, timbul situasi yang kurang menyenangkan bila mana ada antara ibu bapa yang menggunakan medium ini untuk hal-hal yang remeh. Bahkan terdapat segelintir ibu bapa yang menghubungi guru bertanyakan itu dan ini kepada guru kelas, biarpun selepas waktu sekolah.
Adakah ia memudahkan tugas guru? Adakah guru itu berasa selesa dengan situasi tersebut?
Ibu kepada kanak-kanak cilik yang petah loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis, 5, Nor Ashila Mahamed Ismail, 39, mahu berkongsi cara komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa di United Kingdom.
Perkongsian beliau bukan untuk membanding-bandingkan tidak langsung untuk merendahkan sistem pendidikan di Malaysia tetapi berniat untuk memberi manfaat kepada orang ramai. Terutamanya ibu bapa, guru, murid dan pelajar.
Kata beliau, di sekolah anak sulungnya, Mukhtar Omar Mukhlis, 13, yang kini bersekolah di King Edward School, dan sekolah rendah tempat Fatimah sedang belajar mempunyai dua situasi berbeza.
“Sekolah Mukhtar misalnya, setiap hari, ibu bapa dan guru menggunakan emel untuk berkomunikasi. Guru akan menjawab semua emel secepat mungkin untuk semua perkara penting.
“Biasanya ibu bapa akan mendapat menghantar surat sebagai perhatian ibu bapa sama seperti kaedah yang digunakan di sekolah menengah.
“Ibu bapa pula tidak dibenarkan menghubungi guru melalui nombor telefon peribadi mereka dan guru tidak dibenarkan berkongsi nombor dengan ibu bapa,” katanya.
Nor Ashila berpandangan, ini adalah cara yang lebih sesuai untuk berkomunikasi antara ibu bapa dan guru.
Katanya, interaksi yang digunakan guru di Malaysia yang terpaksa mengorbankan privasi mereka dengan berkongsi nombor telefon peribadi untuk berkomunikasi dengan ibu bapa adalah sesuatu yang kurang wajar.
“Perkongsian nombor peribadi membuatkan ada ibu bapa yang bebas menghubungi guru setiap masa beberapa kali sehari.
“Ada yang menghubungi guru untuk ‘check’ sama ada anak mereka sudah makan atau minum, ada yang menghubungi minta ‘inform’ anak yang mereka lambat ambik anak dari sekolah dan 1001 macam isu lagi,” katanya.
Malah katanya, berdasarkan kisah kawan guru di Malaysia, ada yang menghubungi mereka sampai ke malam bagaikan guru itu rakan mereka tanpa rasa segan dan hormat bertanyakan benda remeh dan tak kurang juga yang gunakan aplikasi whatsapp untuk mengadu atau marah.
Menurut beliau, guru juga manusia biasa yang ada kehidupan mereka sendiri dan perlu dihormati.
Sepatutnya, ibu bapa perlu menghubungi pihak sekolah, bukan bertindak secara terus dengan guru jika mengalami apa-apa masalah.
Tambahnya, sebagai ibu bapa seharusnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru untuk mendidik anak-anak tetapi pada masa yang sama, tanpa segan silu mengganggu mereka semasa waktu bekerja, semasa berehat dan semasa bersama keluarga.
“Tak pernahkah kita terfikir yang perbuatan kita sendiri boleh mengganggu guru hingga boleh membuatkan prestasi mereka menurun dan boleh ‘lead to stress’.
“Malaysia sebuah negara yang maju, jadi saya rasa sudah masanya untuk kita wujudkan satu medium yang lebih profesional untuk berkomunikasi antara ibu bapa dan guru. Secara tidak langsung dapat mewujudkan rasa hormat pada guru dan membantu mereka bekerja dalam suasana lebih efektif dan produktif,” katanya.
Macam-macam menu tentunya ingin dimasak sebagai juadah berbuka hari ini.
Salah satu menu yang digemari ramai adalah Pajeri Nanas. Jadi, jom kita ketahui resipi untuk menyediakannya.
Sape suka pajeri nanas kita geng!
Resepi Pajeri Thahara Ibrahim
*********************************
Bahan2nya;
Nanas/Terung
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar kerisik
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar udang kering/ikan bilis
400ml santan pekat
1 ketul kecil gula melaka
1 sudu kecil garam
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Minyak masak
Cara2nya;
1. Tumbuk udang kering atau ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili jadikan pes pekat. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang & kulit kayu manis.
4. Kemudian masukkan pes serbuk kari yang digaul dengan bahan tumbuk tadi, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan secawan air dan masukkan nanas/ terung.
6. Bila air dah hampir kering masukkan santan, kerisik, gula melaka dan garam.
7. Rasalah ikut kesesuaian lidah masing2. Masak hingga kuah pekat. Pajeri sedap dimakan selepas disimpan semalaman.
*saya guna serbuk kari dan cili Baba’s. Boleh je guna serbuk kari kegemaran masing2.
Begitu juga dengan gula. Jika tiada gula melaka gula putih biasa pun sedap juga. Rasa pajeri haruslah pedas rempah dan manis2 sikit.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.