Ads

Resipi Puding Roti Durian Yang Senang & Enak Boleh Ibu-Ibu Buat. Guna Blender Sekelip Mata Siap. Penggemar Durian Wajib Cuba Ni!

Sana sini orang bercakap pasal buah durian, selain dimakan begitu sahaja atau dinikmati bersama pulut. Banyak lagi resipi lain yang boleh dibuat menggunakan durian. Salah satunya adalah Puding Roti Durian yang cukup mudah untuk disediakan.  Resipi ini dikongsikan oleh Zura Zul  menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).


Resipi Puding Roti Durian Yang Senang & Enak Boleh Ibu-Ibu Buat. Guna Blender Sekelip Mata Siap. Penggemar Durian Wajib Cuba Ni!Lagi tentang durian.. Yang nyaman di makan.. Puding Roti Durian..memang tak boleh berhenti makan.. Sedap sgt ??

PUDING ROTI DURIAN ??
#puding
#simple

Bahan A

Ads

20gm agar-agar tali 
5 cawan air 
3/4 cawan gula

Cara2 :

▶masak air & agar-agar hingga larut agar-agar
▶masuk gula..kacau2 rata

Ads

Bahan B

2 keping roti gardenia
4-5 ulas durian – buang biji 
1 tin susu cair 
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar butter/marjerin
1 biji telur – jika suka
Secubit garam 
Pewarna hijau & kuning atau ikut suka

Ads

Cara2 :

▶blender semua bahan di atas sampai hancur 
▶tuang dlm periuk agar-agar tadi.. Kacau2 sebatikan..biar mendidih seketika
▶bahagikan adunan 2 bekas sama banyak ▶warnakan hijau & kuning..dari bekas warna tadi..asingkan 1/2 cawan untuk hijau.. 1/2 cawan untuk kuning
▶sediakan loyang 8×8..tuang adunan hijau.. Biarkan beku seketika..kemudian yg kuning
▶agar-agar yg diasingkan tadi tu kalau keras..panaskan semula atas api perlahan
▶gunakan sudu kecil titis2 kan berselang seli hijau kuning atas permukaan puding yg kuning..bekukan
▶masuk dlm peti sejuk 1 jam – 2 jam
▶keluarkan puding dari loyang.. Boleh potong ikut suka

Resipi Puding Roti Durian Yang Senang & Enak Boleh Ibu-Ibu Buat. Guna Blender Sekelip Mata Siap. Penggemar Durian Wajib Cuba Ni!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Diana Juara Itali

“Gagal Layak Terus Ke Final, Akhirnya Bergelar Juara Dunia!” Diana Aleesa,...

Diana Aleesa, 8 tahun, bergelar juara dunia HIPPO 2026 di Itali selepas gagal layak terus ke final. Kisah inspirasi anak Malaysia yang membanggakan!