Sambal memang menjadi ‘elemen’ pembuka selera. Tak ada stok sambal di rumah memang tidak sah. Rasa tak lengkap bila menjamu selera. Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal homemade yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas.

Ramai juga yang ragu-ragu untuk membuat stok sambal kerana bimbang tidak tahan lama. Ada petua supaya stok sambal yang dibuat tahan lama tanpa kulat atau rosak. Caranya ialah guna sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal.

RESIPI SAMBAL HOMEMADE 

1. SAMBAL BELACAN MENYENGAT

Resipi Sambal Homemade & Petua Simpan Supaya Tahan Lama, Tak Berkulat

BAHAN A:
2 genggam cili padi merah & cili padi hijau
*2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
*1/4 bawang Holland
*1 biji tomato saiz kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci belacan
(bahan bertanda (*) dibakar atas pan terlebih dahulu)

BAHAN B:
3 sudu makan cuka
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Secubit dua MSG
Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN C:
1-2 hiris limau nipis

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam pengisar bersama bahan B. Kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam bekas dan perah 1-2 hiris jus limau nipis. Sebatikan.
3. Sedia untuk dinikmati.

2. IBU SAMBAL KICAP MABELES

Resipi Sambal Homemade & Petua Simpan Supaya Tahan Lama, Tak Berkulat

BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau
8 ulas bawang putih
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
1/2 genggam kismis
3 sudu makan bawang goreng
Sedikit gula jika perlu

CARA MEMASAK:

1.Goreng cili padi dan bawang putih seketika. Tujuannya supaya sambal kicap lebih sedap dan tahan lama. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa digoreng.

2. Setelah layu, masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap lemak manis. Kuantiti kicap adalah menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

IKLAN

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

CARA SIMPAN IBU SAMBAL KICAP SUPAYA TAHAN LAMA:

*Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. *Hidang dalam bekas berasingan.
*Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika perlu.

3. SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

Resipi Sambal Homemade & Petua Simpan Supaya Tahan Lama, Tak Berkulat

BAHAN A:
20 batang cili merah
Segenggam cili padi merah + hijau
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
4 ulas bawang putih
2 biji tomato kecil
2 genggam kecil ikan bilis
1 sudu kecil udang kering
1/2 inci belacan

BAHAN B:
Sedikit nise Kelantan @ gula melaka
Gula secukup rasa
Garam bukit secukupnya – beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Gorengkan bahan-bahan A untuk seketika. Cili perlu digoreng asing dengan bahan-bahan lain. Setelah siap digoreng, sejukkan seketika.

2. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untyk melumatkan bahan. Simpan juga 1 genggam bilis goreng untuk ditabur dalam sambal selepas ini.

3. Panaskan kembali minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga sedikit garing.

IKLAN

4. Masukkan lebihan ikan bilis goreng. Biarkan sambal dimasak dengan api perlahan.

5. Perasakan sambal dengan nise @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada cita rasa sendiri.

6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

Petua Simpan Supaya Tahan Lama, Tak Berkulat

IKUT TIP PENYIMPANAN UNTUK TAHAN LAMA:

*Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama dan letakkan dalam freezer.
*Jika buat stok untuk tempoh 2-3 minggu, memadai sahaja simpan dekat chiller.
*Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti sejuk.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambil sambal.

4. AIR ASAM KETAGIH

Resipi Sambal Homemade & Petua Simpan Supaya Tahan Lama, Tak Berkulat

BAHAN A:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 inci belacan

BAHAN B:
5 biji limau kasturi
2 biji limau nipis – perah jusnya. Asingkan biji
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah

BAHAN C:
1 1/2 gelas air asam jawa. (segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
1 sudu makan garam bukit
1/2 sudu makan gula perang

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Belah dua bahan A kecuali belacan. Bakar dalam kuali non-stick.

2. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan B.

3. Tambahkan air asam jawa. Boleh kurangkan jumlahnya mengikut kepekatan sambal yang diingini.

4. Masukkan juga garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

CARA HIDANGAN UNTUK KESEGARAN AIR ASAM YANG BERPANJANGAN

*Ambil beberapa sudu makan stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.
*Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
*Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi, nak makan baru letak.

5. SAMBAL JANTAN POWER

Resipi Sambal Homemade & Petua Simpan Supaya Tahan Lama, Tak Berkulat

BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah
2 sudu makan gula
3/4 sudu kecil garam – kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
Cuka secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas pengisar.

2. Cuka sukatannya adalah hingga paras 1/2 dari sukatan cili dalam blender. Boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka.

3. Kisar semua bahan hingga lumat. Biarkan sambal selama 1-2 hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI