Resipi memasak dulu-dulu memang rare dan dan asli penyediaannya. Rasanya pun sedap. Sebagaimana perkongsian wanita ini yang berkongsi resipi arwah ibunya yang dipelajari 40 tahun lalu iaitu cara membuat seri kaya. Jem tradisional ini memang sedap di makan bersama roti. Yang paking best tiada bahan pengawet dan rasa asli santan.
Ikuti perkongsian ini.
Ads
Assalamualaikum pagi ni akk share resepi seri kaya .Resepi ni arwah mak akk belajar 40 thn dulu dgn jiran dia..moga menjadi sebahagian dari amal jariahnya dan diterima segala amal baiknya..amiin
Resepi seri kaya:
Ads
Bahan-bahan:
Ads
6biji kuning telur
6cawan santan(klu yg pati tu + air)
3cawan gula(boleh kurangkan ikut kesesuaian)
1cm halia(ambil airnya shj)
Secubit garam
Daun pandan(simpulkan)
Cara-cara:
Cairkan dulu gula..api jgn kuat
Satukan santan+kuning telur+air halia+garam
Kena gunakan api yg sederhana semasa qqmengacau ok
SELAMAT MENCUBA..doakan segala urusan kita Allah permudahkan..
Akk tak campur sebarang jenis tepung ye..boleh tahan lama simpan dlm petiais…tp selalu tak sempat simpan lama
Kredit Resepi : zalina omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Punyalah Sedap Kacang Pedas Bilis Ni, Sekali Hadap Boleh Habis Dimakan!
Kacang pedas bilis memang enak dimakan begitu sahaja sebagai kudap-kudapan. Bahkan menikmatinya bersama sepinggan nasi juga boleh membuatkan sesiapa sahaja makan berselera. Rasanya yang pedas-pedas dan ditambah pula dengan kerangupan kacang dan bilis membuatkan begitu enak rasanya.
Pun begitu jika ada yang belum pernah menyediakan sendiri menu ini, apa kata sediakan sendiri hidangan ini dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh yusalina yus.
Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!
Hari Raya Aidil Adha ini tentu menjadi antara kenangan terindah disebabkan kita dapat berkumpul dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain dalam suasana yang meriah. Lantaran itu tidak lengkap pula rasanya jika tidak dijamu dengan menu yang istimewa.
Jadi apa kata agihan daging korban yang diterima, anda sediakan menu Mee Champa yang kuahnya enak dirasa. Ini seperti yang dikongsikan oleh tahrunnisah Jali untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.
RESEPI MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Cara-caranya
caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
Mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
Shuib Watie gift TikTok cecah RM81,418.48 selepas sesi live usai bersalin, sekali gus mencuri perhatian ramai dengan rezeki Akira Juwita yang menyentuh hati.