Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!

Hari Raya Aidil Adha ini tentu menjadi antara kenangan terindah disebabkan kita dapat berkumpul dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain dalam suasana yang meriah. Lantaran itu tidak lengkap pula rasanya jika tidak dijamu dengan menu yang istimewa.

Jadi apa kata agihan daging korban yang diterima, anda sediakan menu Mee Champa yang kuahnya enak dirasa. Ini seperti yang dikongsikan oleh tahrunnisah Jali untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.

Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!

RESEPI MEE CHAMPA

BAHAN KUAH

1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth

3 liter air

4 biji bawang holand* potong 4

3 biji bawang besar * potong 4

2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis

seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan

daun ketumbar seikat

daun bawang

2 batang kulit kayu manis*

4 biji bunga lawang*

1/2 cawan sos ikan

gula

garam

IKLAN

perasa jika suka

serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam

3 kiub stok perisa daging

Cara-caranya

  1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

  1. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
  2. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..

Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!

SAMBAL LADA

4 biji lada merah (besar)*

20-30 biji cili api*

2 ulas bawang putih*

IKLAN

2 sudu besar cuka

sedikit garam

caranya

  1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus

1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …

AKSESORI LAIN

kuey teow, mihun,mee champa

Mee champa

daun ketumbar, daun sup, daun bawang

limau nipis

IKLAN

hirisan daging

minyak bawang putih

lobak asin yang dipotong halus

sambal lada

tauge

kicap

serbuk lada sulah/lada hitam

gula (tambahan jika suka manis)

sos ikan jika perlu

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

 

 

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI