Hari ini apa menu yang ibu-ibu nak sajikan buat keluarga? Atau masih tercari-cari lagi. Apa kata cuba buat Resipi Ayam Madu yang cukup mudah ini. Bahan pun tak banyak. Makan bersama nasi putih memang terangkat. Anak-anak pasti suka ni.
Ads
Ayam madu… Simple rasa pun sedap…sapa nk cuba ni saya kongsikan resepi nya.. Bahan-bahan: Ayam 1/2 ekor potong ikut suka besar mana… Butter 2 sudu mkn. Saya guna marjerin pelangi je tu yg ada stok.. Sos tiram 1 sudu mkn Madu 3 sudu mkn Cili giling 1 sudu mkn Sos cili 1 sudu mkn Sos tomato 1 sudu mkn Cara-Cara nya :
Cairkan butter, lepas tu masuk madu, sos tiram, sos cili, sos tomato, cili giling…gaul sebati… Pastu masuk ayam…tutup dan kecik kn api..biarkn ayam masak n sos jadi pekat likat dan ayam masak seperti gambar d atas… Ala2 kena bakar gitu.. Siap boleh mkn nasi ayam or nasi panas2… Saya mkn dgn nasi putih je.. Potong timun.. Ngappp. Sumber: Mar Che
Jarang-jarang sekali kita mengetahui untuk menyediakan kek boleh rupanya tidak menggunakan tepung. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Sara Vee dan ternyata Kek Milo yang dihasilkan ini, nampak begitu menyelerakan.
Buat yang ingin mencuba, disertakan resipinya disini. Selamat mencuba.
Testing kek milo viral tu dengan bahan :
4biji telur
2cawan milo
2sb susu pekat
Pukul (mixer) 3minit semuanya
Masuk dlm loyang, bakar 45min suhu 180’c
Maka jadilah seperti gambar. Lepas tu tak payah tepung memang wow lah!
Yang penting husband mak suko kemain. Chewwy gowwy brownies milo. Sedappp!
Dikurniakan sepasang lagi kembar, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos, memanjat syukur atas rezeki yang diberi.
Personaliti media sosial yang cukup terkenal dan sering memuat naik tip keibubapaan ini ada memuat naik satu perkongsian yang sangat manis di Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada sekeping gambarnya bersama keluarga, angkasawan negara ini memberitahu yang dia inginkan keluarga yang besar.
“Saya suka dengan sebuah keluarga yang besar dan secara semula jadinya, saya mahukan lebih… insya-Allah dengan keizinan Mu. “Tapi pertama sekali, saya mesti meyakinkan Dr Halina (isterinya). Apa pun, ia badan milik isteri saya,” katanya.
Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi tips kepada bapa di luar sana yang ingin meyakinkan isteri yang masih ragu-ragu untuk melahirkan lebih zuriat.
“Saya akan uruskan segalanya sementara kamu (isteri) berehat. Kamu masih cantik seperti selalu dengan enam orang anak. Tidakkah kamu mahu lihat lebih ramai anak-anak yang indah? Mereka akan jaga kita pada hari tua nanti.
“Kita tidak akan sunyi. ‘Huru-hara’ buat kita jadi muda. Ia merupakan satu sunnah untuk meramaikan ummah. Jom pergi shopping dan beli apa yang kamu mahu. The more the merrier.
“Kita menua sehingga ke Syurga. Saya cintakan kamu selamanya walau apa pun keputusannya,” tulisnya.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.
Tempat tidur biasanya adalah tempat yang paling selesa untuk beristirehat dan oleh sebab itu juga perlu diberi tumpuan untuk pastikan sentiasa kemas dan rapi. Jadikan rutin di awal pagi selepas bangun daripada tidur, perkara pertama dibuat adalah kemas dan tegangkan cadar katil. Ini penting agar tempat tidur nampak rapi dan kemas.
Pun begitu, ada juga yang tidak ambil berat tentang hal ini disebabkan rasa renyah untuk mengemas katil tambah-tambah nak pastikan bahagian bucu cadar terlipat kemas.
Pun begitu tahukah anda jika tahu cara dan tekniknya, tidak sampai beberapa minit pun anda boleh tegangkan cadar katil kemas persis macam hotel 5 bintang gayanya.
Nak tahu caranya boleh lihat video yang dikongsikan oleh pemilik akaun tiktok @riopardico yang berkongsi cara yangs angat mudah dan praktikkal untuk pastikan cadar dibahagian bucu katil terlipat kemas. Video ini mendapat 3.7 Juta tontonan dengan mendapat 370.1 ribu tanda suka setakat ini.
Langkah demi langkah kemaskan bahagian bucu katil
2. Kemudian tarik bahagian lipatan dan dibawa ke sisi tilam. Perkemaskan dengan selitkan sebahagian cadar tersebut ke bawah tilam.
3. Bawa hujung cadar ke arah sisi dan pastikan lipatan pada bahagian bucunya ‘tajam’, kemas dan rata.
Nampak mudah bukan? Jadi tiada alasan lagi dan bolehlah dipraktikkan. Ajar anak-anak teknik ini agar mereka boleh lakukan sendiri ini. Tidak ada lagi alasan untuk mereka bermalas-malas untuk kems katil setiap pagi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.