Memasuki pertengahan tahun, pasti ibu bapa berdebar menantikan keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak. Apabila melihat markah yang dipaparkan oleh guru di ruangan online, ada yang suka tak kurang yang kecewa.
Justeru, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi semula tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
Walaupun cikgu ini berkongsi tip untuk subjek matematik, namun ia relevan untuk digunapakai bagi subjek lain juga.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak di dalam satu-satu mata pelajaran yang lemah.
SOKONGAN KITA BOLEH MEMBANTU ANAK YANG LEMAH DALAM PELAJARAN. ?
Aku kongsi semula tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
1) Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.
Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar.
Wajib ikut masa sebenar. Satu jam untuk 40 soalan.
2) Jika anak tak sempat siapkan dalam masa sebenar, kenal pasti kenapa dan apa punca.
Biasanya ia berpunca pada masalah berikut :
a) Tidak hafal sifir. Sifir adalah jantung Matematik. b) Tidak hafal rumus dan formula. c) Mereka terperangkap dengan soalan KBAT dan ‘tricky’. Soalan yang sengaja dibina untuk menghabiskan masa murid.
Sebaik kenal pasti punca, terus rawat!
Paksa hafal sifir, paksa hafal rumus dan formula, paksa hafal jadual perkaitan, fakta asas dan sebagainya.
Jika disebabkan terperangkap dengan soalan ‘tricky’ atau KBAT, minta mereka abaikan soalan tersebut dan move on ke soalan seterusnya.
3) Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia.
Tanda bersama anak ini penting supaya mereka sedar kat mana mereka cuai dan silap. Senang kita nak cubit ke apa. Hihi.
Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.
4) Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Peratus, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.
Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Peratus. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.
Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai. Atau lebih.
Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.
Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Peratus tadi.
Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.
Langkah akhir sekali, beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik.
Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.
*************
Aku tahu, pasti ada yang pertikai kenapa suruh ibu bapa ajar anak kat rumah. Pasti ada yang kata itu tugas guru.
Benar, tugas mengajar adalah tugas guru. Benar sekali.
Cuma perlu diingatkan guru mengajar secara kelas. Tak boleh hadap satu hadap satu. Tak boleh tumpu pada anak kita seorang. Tak boleh bagi perhatian macam ibu bapa boleh bagi secara one to one dengan anak.
Bila mengajar secara kelas, pasti ada murid yang ketinggalan. Yang mana mereka tak faham tapi mereka tak tanya pula. Bila mereka tanya, penerangan yang diberi mereka faham seketika. Pulang lupa pula. Tambah-tambah bila cikgu mula masuk topik yang seterusnya.
Topik yang mereka belum betul-betul faham, mereka akan tak dapat kuasai.
Ini tips KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MAHU MEMBANTU anak-anak mereka belajar di rumah. Yang tak nak bantu, tak apalah.
Ini bukan paksaan. Ini bukan gesaan. Ini cuma tips asas bagi ibu bapa yang berkobar-kobar nak bantu anak, cuma tak tahu cara.
Nah, inilah caranya. Aku bantu kalian tunjuk jalan.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan kalian yang jenis suka bantu ajar anak-anak di rumah juga.
Kerjasama ibu bapa dan guru pasti lahirkan generasi yang lebih berjaya.
Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar ibu, perkata utama yang menjadi impian setiap wanita adalah melihat zuriat membesar di depan mata. Namun, keterbatasan waktu seperti kerjaya menyebabkan ada antara ibu yang terpaksa mengorbankan hal ini.
Pun begitu, seboleh mungkin, mereka mahu membesarkan dan menjaga anak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi pelakon cantik manis, Anzalna Nasir turut berkongsi perkara yang sama. Menurutnya dalam satu perkongsian di laman instgram baru-baru ini, dia mahu mengasuh anaknya, Mohamad Eidrees yang kini berusia tujuh bulan tanpa bantuan pembantu rumah, Anzalna menggunakan rezeki dan peluang yang diberikan kepadanya.
Malah dia sanggup menolak tawaran berlakon demi anaknya itu.
“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah. Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu. @mohamadeidrees #EmoMommy #HanifJunior #8MonthsOld