Wajah manisnya sering menghiasi dada akhbar mahupun majalah sebagai model busana muslimah sedari awal 2015 lagi. Siapa sangka, dari model dia melangkah ke hadapan dengan mencuba bidang lakonan.
Sementelah kini, penonton sudah mengalu alukan kelibat insan seni bertudung. Lihat sahaja pelakon yang sudah punya nama dan terkenal tetapi berhijab seperti Mira Filzah, Ummi Nazeera, Zulin Aziz, Wan Sharmila, Elfira Loy dan ramai lagi.
Kini, pemilik nama Husna Mustafa mula dikenali ramai. Siapa sangka, rupa-rupanya Husna sudah punya dua orang cahaya mata. Namun, pengarah dan penerbit berani meletakkan namanya sebagai teraju utama berjudul Mencari Kiblat Cinta sedang bersiaran di TV Okey
Drama 26 episod terbitan NS Star Studio milik Darling Ngasri itu turut dibintangi Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee.
Menurut pemilik nama penuh, Sharifah Husna Syed Mustafa biarpun bermula agak lewat, dia tidak pernah menyesalinya. Malah statusnya yang sudah berkahwin juga tak disembunyikan.
“Saya berkahwin di usia 22 tahun. Kini saya sudah berusia 34 tahun. Suami pula dua tahun lebih tua daripada saya. Saya berkahwin betul betul selepas tamat pengajian di sebuah universiti.
Ads
“Kami dikurniakan dua orang anak. Anak pertama, Putera Adam Harith berusia (11) dan kedua, Puteri Adra Hana (8). Selama ini pun saya tak pernah menyembunyikan status diri dan gambar bersama dikongsi di media sosial. Saya percaya rezeki datang dari Allah. Kita sebagai manusia kena terus berusaha
“Suami pun antara penyokong kuat apa yang saya lakukan selama ini. Dia tak pernah menghalang minat saya. Daripada zaman sebelum berlakon, sibuk dengan uji bakat peragaan dan iklan komersial… dialah yang akan menemani,” katanya yang pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah universiti.
Ads
Bagaimanapun menurut anak kedua daripada empat beradik kelahiran Johor Bahru itu, pada saat memutuskan untuk terjun ke bidang lakonan, suami agak berat hati memberi keizinan.
“Pada awalnya saya percaya dia mempunyai pendirian sendiri untuk mempertimbangkan keputusan saya jadi pelakon. Saya yakinkan dia yang boleh buat (berlakon).
“Alhamdulillah hingga saat ini, dialah yang terus bagi semangat untuk saya lebih berjaya di arena lakonan. Cuma saya harus tahu batas sebagai isteri yang mencari rezeki sebagai pelakon,” katanya.
Ads
Jelas Husna yang pernah menjadi model klip video lagu Satu nyanyian Najwa Latif pada awalnya dia bergelut memastikan kehadirannya disedari.
“Maklumlah saya mula di ambang 30 an selain sudah berkahwin. Sukar juga untuk memecah tembok itu. Namun lama kelamaan peluang yang diberi saya manfaat sebaik mungkin.
“Daripada situ, ramai sedar saya menunjukkan komitmen tinggi. Cuma saya tak mensasarkan populariti, cukup jika bakat ini dapat diterima. Kalau popular itu semestinya bonus,” katanya yang turut belajar berlakon dengan pelakon Zulhuzaimy.
Pelakon kacak, Norman Hakim ini bukan sahaja bahagia dengan kehidupan bersama isteri tersayang, Memey Suhaiza dan dua anak mereka, Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim.
Lebih membahagiakan bila mana hubungan bersama bekas isterinya, Abby Abadi dan suami barunya juga sudah harmoni dan ada sahaja aktiviti yang mereka sekeluarga lakukan bersama anak-anak mereka Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, serta Maria Danisha Hakim.
Pasangan yang bakal menimang cahaya mata ketiga ini juga turut teruja dan tak sabar melihat si kecil yang katanya perempuan. Seronoklah Memey dah ada geng lepas ini.
Malah, Norman juga sentiasa di sisi dan menemani Memey setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan bayinya.
Terbaru, pelakon Gerak Khas ini memuat naik satu video selepas menemani isterinya ‘check up’.
kata Norman” 9th check-up on the 3rd trimister..& it’s a final countdown
Dalam masa yang sama, Norman turut berkongsi doa di laman sosialnya itu:
“Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya,taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah..Aamiin Ya Rabbal Alamiin❤️ #normey3rdjr
Dalam masa yang sama, dia turut meminta pengikut di laman sosialnya itu mendoakan isteri kesayangannya itu supaya dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Mohon doakan semoga segalanya dipermudahkan buat isteriku,makmumku,ibu kepada cahayamata2ku…❤️
Ada antara netizen yang turut memberi komen dan mendoakan yang baik-baik buat Memey sehingga selamat melahirkan anak kelak.
Semoga dipermudahkan segalanya utk kedua2nya… Sy doakan memey dan bby selamat keduanya….. Aminnn
Tersentuh hati tgk video nie..kalaula semua hsbnd2 mcm abg norman, mesti bhgia semua bini2 kt dunia nie..haha..anyway, semoga dipermudahkan segalanya wat kak memey n family..amin..
Amin ya Allah.. suka Sngat tgok family Abg @normanhakim_786 dan kak @memeysuhaiza .. Smoga sntiasa di Murah rzki.. Amin..??
Mngalir airmata mlihat keindahan pasangan ni..semoga si ibu selamat melahirkan dan ank yg dilahirkan jgk selamat..inshaAllah..
Peti sejuk, barangan elektrik yang sangat penting untuk menyimpan makanan baik yang mentah mahupun sudah masak. Pernah tak anda berdepan masalah ia tiba-tiba tidak berfungsi, dengan kata lain rosak atau tidak sejuk.
Rupa-rupanya ada yang kita buat menyebabkan ia rosak. Ini lima perkara yang nampak biasa tetapi boleh mengundang masalah. Cara ini dikongsikan oleh Kedai Baikpulih Hairul Vcool.
1. Jangan buka pintu terlalu lama
Jika pintu di buka lama, motor compressor terpaksa bekerja lebih keras kerana suhu sejuk dari peti akan keluar. Jadi, apabila ditutup, compressor terpaksa bekerja keras untuk sejukkan semula ke suhu yang telah disetkan.
2. Jangan letak barang panas dalam peti sejuk
Jangan terus masukkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. Ini kerana ia berbeza suhu, misalnya suhu makanan 40 darjah selsius manakala peti sejuk -18 darjah selsius.
Perubahan suhu akan berlaku di dalam compartment dan peti sejuk perlu bekerja keras untuk sejuk semula. Jika peti sejuk jenis inverter, ia akan bekerja lebih keras, maka compressor akan cepat rosak. Sejukkan dahulu makanan sebelum masukkan ke dalam peti sejuk, pesannya.
3. Elak isi muatan banyak dalam peti sejuk
Isipadu peti ais (300L, 400L dsb) menunjukkan kapasiti yang boleh dimasukkan. Bila terlebih muatan, ia akan menutup ruang peredaran udara di dalam peti ais dan boleh menyebabkan ia menjadi ‘semput’.
4. Jaga kebersihan peti sejuk
Makanan yang tamat tempoh boleh mengeluarkan bau dan ini menjejaskan makanan lain. Apabila makanan lama tidak dibuang atau dikeluarkan, ia akan menyebabkan peti menjadi padat sehingga boleh menyebabkan berlakunya tumpahan.
Tumpahan makanan di dalam peti ais bukan sahaja boleh mengotorkan peti ais, tetapi menyebabkan peti berkarat. Malah, getah pintu juga boleh pecah dan akhirnya menyebabkan ia tidak dapat ditutup dengan rapat, mendorong kepada permasalahan lain.
Sebaiknya, keluarkan barang di dalamnya untuk dicuci pada bahagian dalam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
5. Berkongsi kepala plug
Penggunaan soket yang sama boleh menyebabkan peti ais cepat rosak. Apabila pengguna kerap menutup dan membuka suis apabila menggantikan kepala plug pada soket dengan plug peralatan elektrik yang lain.
“Paling banyak sekali plug peti ais berkongsi dengan mesin pengisar (blender). Masa nak guna blender, dia tutup peti ais, dia pasang blender. Dah siap blender, dia pasang peti ais pulak. Jadi on off on off, peti ais akan jadi cepat rosak,” jelas Hairul lagi.