Kerajaan memberi sumbangan RM10,000 bagi setiap mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tiga tapak perkhemahan di Jalan Genting Highlands-Batang Kali pada Jumaat.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media. Beliau berkata, kerajaan turut menghulurkan sumbangan RM1,000 kepada keluarga mangsa yang tidak meninggal dunia.
Menurutnya, bantuan itu akan diselaraskan kerajaan Selangor dan Persekutuan dan ia akan diberikan dalam waktu terdekat,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kejadian pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin dari negara luar turut menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu.
“Kerajaan juga mengulangi rasa dukacita dengan tragedi menimpa kepada keluarga mangsa seperti anak kecil dan wanita yang telah meninggal dunia,” jelas beliau.
Ads
Anwar memberitahu, penghargaan turut diberikan kepada semua petugas keselamatan dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) sejak awal pagi Jumaat.
Ads
“Saya melahirkan penghargaan kepada mereka kerana saya tahu mereka bekerja dalam suasana sukar dan berisiko tinggi,”ujarnya.
Hasil siasatan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Galian, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada kaki cerun lemah akibat aliran air di bawah tanah.
Ads
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Hisamuddin Termidi juga memaklumkan bahan homogen muka bumi disifatkan gagal bertahan dan turut runtuh.
Biasanya jika kita lihat roti yang hampir tamat tempoh dan masih belum luak dimakan, mulalah kita terfikir untuk sediakan menu seperti puding roti atau sebagainya untuk pastikan roti tersebut habis dimakan.
Pun begitu, tahukah anda selain dimasak roti tersebut boleh juga untuk dijadikan baja tanaman kita.
Bagaimana caranya dan anda ingin tahu?
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail ini pastinya membantu kita menyuburkan lagi tumbuhan dengan menghasilkan sendiri baja menggunakan roti.
Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan di dalam 2 liter air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
EXTRA TIP
Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak dijumpai berseorangan diri di tepi jalan di Cheras Utama kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu dengan badan yang penuh kesan lebam dipercayai mangsa dera.
Menurut individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia tiga atau empat tahun itu, Ahmad Nor Faizal Mohd Nor, 37, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai dengan menunggang motosikal sebelum terlihat kanak-kanak terbabit di tepi jalan.
Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati berpatah semula sebelum melihat kanak-kanak itu melambai ke arahnya.
“Riak wajahnya dalam ketakutan, kepalanya bengkak dengan kesan darah selain badan turut ada kesan lebam sementara jari telunjuk tiada kuku.
“Saya ada bertanya dia hendak ke mana sebelum kanak-kanak itu memberitahu dia sesat lalu membawanya pergi makan di warung berhampiran.
“Pada masa itu, saya turut bertanya kepada orang di situ (warung) sama ada mengenali kanak-kanak terbabit namun tiada yang mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dia kemudian memaklumkan perkara itu ke dalam kumpulan WhatsApp penduduk, masjid dan sebagainya namun semua tidak mengenali kanak-kanak itu.
“Ketika itu saya lihat keadaannya sangat teruk dengan kesan luka baru dan lama di badan selain terdapat darah pada rambutnya.
“Kaki sebelah kanak-kanak terbabit juga tempang dan apabila dia tanya dia menjawab dalam sepatah-sepatah,” katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan dia turut melihat ada kesan gigitan berbentuk gigi di badan kanak-kanak terbabit manakala salah satu jarinya tiada kuku dan tidak dirawat dengan baik.
“Ketika saya tanya kenapa dia dipukul kanak-kanak terbabit hanya memberitahu papa minum bir (mabuk) lepas itu dia dipukul.
“Dia (kanak-kanak itu) juga ada beritahu mamanya juga dipukul sementara kesan cedera pada kepala kerana dihentak ke dinding,” katanya.
Katanya, dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu selepas penduduk tidak mengenalinya.
“Saya sebagai seorang bapa melihat kanak-kanak terbabit diperlakukan lebih teruk daripada binatang kerana jika hendak marahkan anak pun perlu ada batas.
“Tidak kisahlah kanak-kanak itu warga asing atau tempatan, tetapi dia tetap kanak-kanak tambahan pula mukanya cuak apabila ditanya ingin pulang ke rumah atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota rondaan cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen sebaik dimaklumkan orang awam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi selain tidak menemui butiran atau dokumen pengenalan diri.
“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
“Mangsa kemudian dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Hujan lebat beberapa tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan ibu kota dilanda banjir kilat.
Menurut laporan astro awani, enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.
Setakat ini, enam kawasan yang dilanda banjir kilat enam itu termasuk terowong (di hadapan) Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
Beberapa laman sosial turut memaparkan keadaan banjir kilat di Jalan Kuchai Lama.
1550 :
Berhati-hati ketika memandu. Banjir kilat di sekitar Pusat Bandar.
Terowong Tabung Haji
Terowong Chan Sow Lin
Jalan Pudu
Jalan Sri Pemaisuri
Jalan Tun Razak
Jalan Pahang#kltu
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.