Pemergian buat selamanya, tak dinafikan sepotong ayat ini cukup digeruni ramai sama ada melibatkan hayat sendiri mahupun insan tersayang. Hakikatnya ia adalah rahsia Allah yang boleh terjadi tanpa kira masa, di mana dan tanpa mengenal siapa sahaja.
Namun setiap umat Islam pasti mengimpikan pengakhiran yang baik, dalam erti kata lain husnul khatimah.
Menerusi perkongsian terbaru PU Amin di Instagramnya, terdapat seorang jemaah umrah wanita yang tiba-tiba rebah dan telah dijemput Ilahi di KLIA sebentar tadi. Difahamkan dia baru saja mendarat ke tanah air setelah selesai melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Selagi belum sampai ke rumah…Almarhumah masih berstatus ‘tetamu Allah’ Pemergian ini sangat dicemburui kerana menurut PU Amin selagi belum tiba ke rumah kediamannya, Almarhumah Norasiah bt Alwi masih berstatus ‘tetamu Allah’.
Selain itu, dia turut mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga jemaah umrah berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut sama bersedih dan ‘iri hati’ dengan pemergian Almarhumah yang sangat mulia tersebut. Tidak ketinggalan, mereka malah berkongsi cerita masing-masing yang pernah didatangi berita pemergian usai pulang dari Tanah Suci juga.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan pasangan ini dalam tuntutan kerja masing-masing lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
Kesempatan ‘mencuri masa’ Dr Husna Zahry Rafie yang sedang bercuti membolehkan pasangan ini membawa anak-anak berjalan-jalan. Melihat kareater Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Gajet pilihan terakhir
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Luangkan masa dengan masyarakat
Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.
“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.
Mahu 7 anak
Ditanya mengenai menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, Dr Husna memberitahu ada dalam perancangan cuma bergantung pada masa sementelah anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.
“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak,”jelas Dr Husna lagi sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi November 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau anak-anak dulu, bebas dibiarkan bermain kat luar. Tak kisah la apa pun, bermain basikal, main bola, lompat getah, dan bermain lari-lari. Sememangnya itulah kehidupan yang pergi dihadapi oleh mereka. Dunia yang bebas dengan masalah.
Tapi kini, sejak munculnya pelbagai jenis gajet, anak-anak lebihnya masa di rumah. Banyak habiskan masa di hadapan screen tak kisahlah televisyen mahupun telefon pintar menonton video atau bermain permainan.
Perkara ini sememangnya ini amat merisaukan untuk ibu bapa. Mereka perlu memantau juga anak-anak.
Namun, lain pula dengan video ini apabila ibu bapa membawa anak mereka ke sebuah muzium penjara telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Tiktok, keluarga ini pada ketika itu sedang melawat sebuah muzium penjara yang terletak di Melaka. Pada ketika itu, dapat dilihat juga pegawai bertugas sedang menunjukkan bagaimana cara sebatan bagi pesalah di penjara tersebut.
Dalam pada demonstrasi tersebut, si ibu dan bapa turut mengusik anak mereka yang suka bermain telefon dengan bertanyakan kepada pegawai tersebut adakah kanak-kanak yang suka bermain telefon akan mendapat sebatan yang sama.
Dek kerana faham dengan situasi tersebut, pegawai berkenaan mengiyakan saja dan memesan agar jangan selalu bermain telefon.
Situasi itu membuatkan si anak menangis kerana takut akan mendapat nasib sebatan yang sama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa terhibur melihat respon dari adik berkenaan. Malah, ada juga yang bersetuju nasihat begini kepada anak kecil supaya mereka tidak terus lalai dalam dunia gajet ini.
Setiap Hari Naik Tangga Ke 11 Block Flat 5 Tingkat Buat Jualan, Adik Shahmi Tak Kisah & Tak Malu Demi Ibu.
“Ni adik Shahmi. Baru 15 tahun. Dia anak tunggal dan dia anak yatim dari kecil. Dari umur 10 tahun bantu ibu, setiap hari dia akan pergi naik tangga ke 11 block flat 5 tingkat bagi memastikan Nasi Lemak Kuning dan Laksam masakan ibunya habis. “
Ketika rakan sebayanya sedang leka dengan gajet dan berseronok, namun sebaliknya buat adik Shahmi yang menggalas tanggungjawab untuk membantu ibunya mencari rezeki.
Remaja ini yang bercita-cita menjadi doktor ini tidak pernah culas membantu ibunya sejak usia 10 tahun lagi!
Kegigihan anak yatim ini memastikan jualannya habis setiap hari telah meraih perhatian ramai. Perkongsian yang dikongsi oleh FS Channel membuatkan wargamaya mengalir air mata.
Sesungguhnya kala merasakan kita susah sebenarnya ada insan lain juga struggle untuk meneruskan kehidupannya.
Nyata kesungguhan adik Shahmi harus menjadi teladan yang membantu ibunya setiap hari tanpa jemu. Sikap remaja yang harus dicontohi di kala ramai genarasi muda hari ini semakin hilang jati diri.
Ikuti perkongsian berikut:
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ni adik Shahmi. Baru 15 tahun. Dia anak tunggal dan dia anak yatim dari kecil.
Dari umur 10 tahun bantu ibu, setiap hari dia akan pergi naik tangga ke 11 block flat 5 tingkat bagi memastikan Nasi Lemak Kuning dan Laksam masakan ibunya habis.
Letih sangat bila ikut adik ni bagi orang. Macam mana lah dia boleh naik tangga hari-hari. Adik ni akan jerit kuat-kuat ” nasi lemak ” bila sampai setiap tingkat.
NASI LEMAK MURAH RM1 SEBUNGKUS
RM1 je sebungkus dan sambal nasi lemak dia sangat sedap. Makan satu mesti nak lagi.
Adik ni banyak kali ucap terima kasih bantu dia dan bagi dia hadiah.
Adik Shahmi cakap jom lah support dia niaga berdekatan kawasan flat Taman Bukit Angsana Cheras. Confirm puas hati.
Yang berdekatan dan tinggal di kawasan tu kalau dengar adik Shahmi jerit “nasi lemak” cepat-cepat buka pintu beli..
KELUARGA: Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.