Sejak perlaksanaan PKP untuk mengelak penularan covid-19, ramai rakyat Malaysia mengalami impak. Malah ada yang kehilangan perkerjaan, pemotongan gaji dan cuti tanpa gaji. Namun ada yang kurang sedap didengar apabila ada mempersoalkan gaji kakitangan sehingga ada yang mencadangkan pemotongan gaji kepada kakitangan kerajaan ini.
Menerusi facebook, Rol Sham, beliau menyuarakan pendapatnya mengenai isu yang diperkatakan dan percaya kepada setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.
IKUTI PERKONGSIAN INI
UNTUNGNYA ORANG KERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM GAJI JALAN?
Semenjak PKP ni ramai kata untunglah jadi cikgu gaji tetap jalan, untunglah kerja gomen walaupun apa berlaku gaji tetap jalan siap ada yang dapat bonus dan BPN lagi. Hutunglah.
Kan untungkan mereka sampai ada cadangan suruh pemerintah potong gaji penjawat awam agar mereka juga turut membantu dalam keadaan sekarang.
Sebelum saya lanjutkan coretan saya, izin saya kenalkan diri. Saya hanyalah rol sham penjual jalanan yang menjual kebab dan roti john bukan penjawat awam hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani. Jelas ye. Nanti ada kata saya ni juga penjawat awam tu pro penjawat awam.
Pernah dengar tak “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”. Jadi itulah kisah yang saya ingin sampaikan.
1. Kenapa kita rasa amat cemburu terhadap penjawat awam? sebab gaji tetap jalan macam biasa.
Ads
2. Kenapa rasa mereka patut dipotong gaji agar dapat membantu keadaan sekarang ini.
Jawapan saya tidak perlu cemburu dan potong gaji mereka. Sebab dengan gaji mereka, mereka sedang membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil seperti kami.
Golongan manakah paling ramai membeli produk makanan kami sewaktu PKP atau sebelum PKP. Mereka penjawat awam bergaji kecil mahupun besar . Mereka ini yang selalu ke pasar malam berhenti beli sebab balik tak sempat nak masak mahupun keletihan. Bukan sahaja penjawat awam bahkan swasta yang bergaji kecil. Mereka inilah penyumbang besar ekonomi kami.
Kami pula membantu peruncit membeli stok daripada peruncit manakala peruncit membeli daripada pemborong dan pemborong membeli daripada perkilang.
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada T20?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada peniaga lain?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada penjawat awam?
Ads
Sepanjang saya berniaga tidak pernah lagi sekali sy dpt pelanggan daripada T20 (bukan sektor gomen ye) walaupun sebiji roti john berharga 5hinggit dan kebab 3hinggit. Tidak pernah.
Pelanggan saya banyak daripada penjawat awam, pekerja swasta m40, pekerja kilang, perkebun, pesawah dan majority adalah penjawat awam.
Tapi kenapa kita tidak rasa bersyukur apabila pemerintah kekal gaji mereka tanpa potongan. Kita perlu bersyukur sebab bila gaji penuh mereka tidak berkira-kira untuk berbelanja beli goreng pisang mak cik kiah ke nasi lemak pak maon ke atau juadah sampingan lain.
Namun jika gaji dipotong mereka akan mula berkira-kira kalau aku beli chicken chop harga 10hinggit aku tambah lagi berapa ringgit dpt beli ayam seekor atau beras 5kilo lagi berbaloi kena jimat ni gaji dah kena potong.
Nampak minda mereka akan berubah. Jadi apa berlaku pada peniaga micro makin lama makin hilang pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup.
Gaji mereka dapat mereka tidak akan simpan pasti ada sikit untuk berbelanja. Jadi kenapa kita harus cemburu.
Ads
Dengan pemotongan gaji penjawat awam adakah ia membantu menaikkan jualan kita?
Jika ye kenapa dari sebelum PKP ada pejuangan gaji minima sepatutnya tidak perlu gaji minima kan. Saya bukan nak membela penjawat awam atau kakitangan swasta bergaji penuh tanpa potongan. Tapi mereka adalah antara penyumbang pembangunan ekonomi kecil.
Macam saya sekarang dimusim PKP kebanyakan customer saya adalah guru, polis, misi, pekerja kilang, pekerja sektor dibenarkan buka kebanyakan daripada mereka kalau penduduk kampung ada, mereka beli tapi kena jimat jugalah sebab punca pendapatan mereka terjejas saya faham itu.
Jadi yang berikan cadangan atau pihak yang cemburu itu dah lihat ke jualan kita harini berapa peratus daripada golongan penjawat awam yang dipersoalkan hutunglah gaji jalan.
Tak rasa bersalahkah?
Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, jadi berhenti merungut dan terus berusaha. Alhamdulillah hariini roti john sy tak banyak jual tp still bersyukur masih ada duit masuk. InsyaAllah esok mungkin ada lebih sikit untuk hari ini jom kita bersyukur jika pun hanya RM 1 sahaja yang masuk. Kerana itu bukan rezeki daripada pembeli atau pemberi tapi itu adalah rezeki daripada Allah.
Sekian #abgkebabmenulis bagi yang tidak sependapat dengan saya, saya mohon maaf. Saya hanya luahkan sikit rasa sahaja.
“Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita”
Kredit : Rol Sham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rezeki memang tak pernah salah alamat, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bangga dan syukurnya terhadap pencapaian akademik anak sulungnya, Airit Rayyan baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram memaparkan anaknya itu yang sedang mengambil anugerah di sekolah. Rita juga kelihatan bersungguh merakam momen tersebut sebagai kenangan.
Baginya, hadiah ulang tahunnya tahun lepas yang diberi oleh Rayyan adalah dengan berjaya menempatkan diri di MRSM dan tahun ini pula dia dihadiahkan dengan sesuatu yang membanggakannya sebagai seorang ibu.
“Tahun ni Ryan bg hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku, sudah memadai. Rezeki Ramadan,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Rita tak terlepas untuk memanjatkan rasa syukurnya dan sempat memberi kata-kata semangat untuk anaknya itu.
“Mommy tak mintak lebih cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yg kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita,” tambahnya.
Rita juga memberi pesanan agar menjadi yang terbaik bukan untuk memuaskan hati orang lain malah, untuk diri sendiri.
Untuk rekod, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola tempatan, Aidil Zafuan pada Disember 2008 namun rumah tangganya berakhir pada 5 September 2013. Mereka turut dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki daripada hasil perkahwinannya ini.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, maksudnya begitu mendalam bagi keluarga bekas komando Abdul Halim Mat Ludin, 61 ini.
Darah perwira dan cintakan negara yang ada dalam dirinya terlihat mengalir di dalam jiwa cucunya Muhammad Haziq Muhammad Hariq,6.
Menurut laporan yang dikongsikan Bernama tentang kisah yang cukup luar biasa ini, benarlah melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.Demikian yang diperaktikkan oleh datuk kepada cucunya itu.
Menurutnya, “Kita nak latih masa dia budak. Bila dah tua, 7, 8 tahun.. masa tu dah tak jadi.”
“Dari umur dia kecil lagi saya sudah terapkan minat dia terhadap tentera, saya belikan alat-alat senjata mainan, dan saya letakkan pada tubuhnya ketika dia tidur, supaya minat dia timbul.
“Setiap kali lepas mandi, lepas menyusu ibunya dan bila-bila masa saja, saya akan letak senapang itu.”
“Kemudian bila dia sudah besar sikit saya mula latih dia, tiap-tiap hari saya bagi latihan berdasarkan latihan yang saya terima semasa di kem dahulu, termasuk jalan lasak, kedudukan menembak, berenang, memanjat tali, masuk hutan dan lain-lain lagi.”
Jahitkan Baju Celoreng
Selain itu, Abdul Halim juga menjahit sendiri baju celoreng untuk cucunya, yang dipakai setiap kali melakukan semua latihan tersebut.
Menjelas lanjut, beliau berharap dengan semua latihan tersebut, akan membolehkan Muhammad Haziq membesar dengan penuh disiplin dan memiliki ketahanan mental serta fizikal yang tinggi.
“Saya juga berharap dia dapat mengikuti jejak langkah saya masuk komando dan dia dapat ambil alih tempat saya suatu hari nanti.”
Didoakan semoga suatu hari nanti apa yang diusahakan oleh datuk dan cucu ini menjadi kenyataan….Amin.
Ciuman terakhir seorang ayah, empat tahun menanti, si kecil ‘datang’ sekejap saja. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Ciuman Terakhir Seorang Ayah, Empat Tahun Menanti, Si Kecil ‘Datang’ Sekejap Saja
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.