Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Rezeki juga bukan sekadar wang ringgit tapi pelbagai bentuk yang dikurniakan kepada kita. Dan kita terima dan redha apa yang tuhan bagi kepada kita.
Begitulah yang dikongsikan ini.
REZEKI
Hamka pernah berkata,
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.
Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.
Ads
Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.
Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda
Ads
Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Ads
Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.
Kredit: Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebab Dipinang Ketika Masih Belajar, Ustaz Amal Baca Yassin 40 Hari Dan Solat Istikharah.
Ungkapan “Bercinta Selepas Nikah” sudah tidak asing lagi dalam masyarakat yang kemudian penghujungnya menjadi sebuah cinta yang bahagia.
Baru-baru ini Majalah Keluarga telah memaparkan perkongsian Ustazah Asmak Husin yang meminang suaminya ketika masih belajar. Membuktikan bahawa tidak salah jika seorang wanita itu dulu yang ‘approach’ lelaki. Malah usia perkahwinan pasangan ini telah 20 tahun dan dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga.
Terbaru melalui perkongsian di facebook, suami kepada Ustazah Asmak Husin pula berkongsi bagaimana dia menerima pinangan daripada wanita semasa bergelar pelajar.
Inilah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah. Seterusnya ikuti pendedahan suami pendakwah bebas ini bahawa keputusan yang dibuat bukan sebarangan tetapi dengan amalan tertentu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Pengalaman ustaz di “approach” ustazah Asmak Husin”
Disebabkan cerita ustazah Asmak viral semalam. Harini ustaz pula dipaksa staf untuk tulis pengalaman di approach ustazah.
Tak tahu lah nak mula dari mana sebab memori orang lelaki ni “short term” bukan long term seperti perempuan.
Awalnya saya tak pernah berhasrat untuk berkahwin muda dan tak terlintas langsung nak kahwin semasa belajar.
Satu hari saya membaca buku tentang tokoh pemikir Islam, terjumpa satu kata-kata ulamak yang menyedarkan saya tentang pentingnya untuk berkahwin.
Tulisnya:
“Lelaki mesti berkahwin, kerana kelebihan lelaki kahwin awal akan menjadikan hidupnya lebih bertanggungjawab dan ada hala tuju yang jelas”
“Dengan perkahwinan kita dapat mencetak generasi pejuang dakwah rasulullah”.
Dari situlah saya mula sedar pentingnya lelaki untuk berfikir serius tentang perkahwinan.
Tapi tak ada lah sampai saya segera mencari calon.
Ketika saya tahun 3 di Universiti Malaya. Adik ustazah telefon saya untuk sampaikan hasrat kakaknya.
Saya memang dah lama kenal ustazah kerana kami satu persatuan anak negeri Kelantan.
Awal tu saya konfius juga nak terima ke tak.
Sebabnya antara ciri-ciri idaman saya bukan isteri dari bidang pengajian agama.
Saya nak cari bidang lain supaya mudah “blend” dengan keluarga saya yang biasa-biasa.
Tapi bila saya fikir balik, saya perlu isteri yang faham agama. Kerana isteri lah yang akan menjadi pendidik kepada anak-anak saya nanti agar mereka dapat menyambung rantai perjuangan dakwah Rasulullah.
Jadi untuk meyakinkan hati yang masih berbolak balik, saya amalkan baca yasin selama 40 hari dan solat istikharah.
Ini bukan amalan nabi. Hanya amalan tok guru dan orang lama-lama untuk dapatkan keyakinan hati.
Bagi saya soal perkahwinan ini isu besar. Yang menentukan masa depan kita & perjuangan Islam. Sebab itu memang minta sungguh2 petunjuk dari Allah dan minta juga nasihat tok saya.
Alhamdulillah akhirnya kami disatukan. Pejam celik dah lebih 20 tahun kahwin. Petang semalam meraikan ulang tahun anak sulong kami yg ke 20.
Semoga sedikit perkongsian ustaz dapat dijadikan panduan & inspirasi buat anak muda lelaki di luar sana untuk serius berfikir soal perkahwinan.
Umum mengetahui bahawa sambutan hari raya tahun ni adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Lebih menyedihkan ini merupakan kali kedua, hari raya tidak dapat pergi menziarahi ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Kesedihan ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa tetapi pastinya lebih terkesan kepada kanak-kanak. Jika sebelum ini mereka dapat berkunjung ke rumah jiran dan kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan berdekatan namun kini sebaliknya.
Begitu juga dengan kisah keluarga ini. Tanpa disangka, kesan arahan PKP 3.0 itu telah memberi kesan mendalam kepada anaknya yang berusia lima tahun sehingga menconteng pintu bilik dengan melukis gambar seakan kawan-kawanya datang beraya.
Menurut puan Masliana Nordin menerusi facebooknya, sebelum ini anak tidak pernah berani untuk menconteng dinding di rumah. Namun menjelang hari raya tempoh hari, beliau terkejut mendapati ada contengan di pintu bilik.
“Anak umur 5 tahun buat keja, sejak kecik tak pernah langsung conteng dinding tup-tup menjelang hari raya di pkp 3.0 . Apakah? Protes tak boleh ajak kawab beraya ke nih.”
Katanya lagi, apabila ditanya apakah maksud gambaran lukisannya itu, mengejutkan buat dirinya apabila anaknya menjelaskan bahawa itu adalah kawan-kawannya yang datang beraya ke rumahnya. Malah anaknya siap memberitahu nama kawan-kawannya.
Dalam pada itu, beliau tidak nafikan mungkin anaknya bosan tidak dapat bermain di luar rumah seperti biasa yang menjadi antara faktor penyebab anaknya bersikap demikian.
Dalam pada itu warganet turut bersimpati dengan kanak-kanak berkenaan yang memahami bahawa lumrah kanak-kanak ingin meraikan hari raya dengan pergi menziarahi ke rumah kawan-kawan.
Dah menjadi kebiasaan bagi orang ramai untuk abadikan ucapan buat tersayang di laman sosial sendiri. Lebih-lebih lagi bagi yang menyambut tarikh-tarikh penting mereka seperti ulangtahun perkahwinan ataupun hari lahir.
Baru-baru ini, penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitip ucapan istimewa buat isterinya, Datin Azrene Ahmad melalui kapsyen di laman Instagram sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16.
“WE MADE IT!! 16 years today Adik Sayang!! Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali2 BUKAN dari kita berdua, tetapi always dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.
“Terlalu besar pengorbanan both of our families to make sure our love is justified with a pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab.
“Thank you Adik Sayang, for all your sacrifices for me big and small, yang abang tahu dan yang abang tak tahu.. Abang hargai every one of it!” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut juga, Fazley turut berkongsi dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini.
“Syukur Alhamdulilah, walau pun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk 2 pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan 3 anak2 lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuanNYA takkan mampu sesiapa pun ubah.” tambahnya.
Dalam perkongsian lain, Datuk fazley juga memuat naik hadiah yang diberikan untuk isteri tersayang yang berupa bunga 16 jambak simbolik kepada 16 tahun tempoh perkahwinan mereka.
Terdahulu, Datuk Fazley selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sumber: Fazley Yaakob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di