Rezeki memang tak pernah salah alamat, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bangga dan syukurnya terhadap pencapaian akademik anak sulungnya, Airit Rayyan baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram memaparkan anaknya itu yang sedang mengambil anugerah di sekolah. Rita juga kelihatan bersungguh merakam momen tersebut sebagai kenangan.
Baginya, hadiah ulang tahunnya tahun lepas yang diberi oleh Rayyan adalah dengan berjaya menempatkan diri di MRSM dan tahun ini pula dia dihadiahkan dengan sesuatu yang membanggakannya sebagai seorang ibu.
“Tahun ni Ryan bg hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur Alhamdulillah.
Ads
“Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku, sudah memadai. Rezeki Ramadan,” tulisnya.
Pada masa yang sama, Rita tak terlepas untuk memanjatkan rasa syukurnya dan sempat memberi kata-kata semangat untuk anaknya itu.
Ads
“Mommy tak mintak lebih cuma mommy nak anak-anak mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yg kita mampu berjaya. Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita,” tambahnya.
Untuk rekod, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola tempatan, Aidil Zafuan pada Disember 2008 namun rumah tangganya berakhir pada 5 September 2013. Mereka turut dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki daripada hasil perkahwinannya ini.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar pasangan suami isteri, tentu ingin sehidup semati hingga akhir hayat. Namun jodoh maut, rezeki semua ditangan yang Maha Pencipta. Kita hanya mampu merancang.
Kala hidup bersama kenalah hargai pasangan, jika sudah tiada guna penyesalan. Begitulah yang dikongsi oleh saudara Khairul Abdullah yang juga melalui situasi kehilangan isteri tersayang yang kini membesarkan tiga orang anaknya seorang diri.
Beliau berkongsi coretan menghargai pasangan sementara masih ada. Ikuti perkongsian beliau.
Tadi waktu LIVE, aku share 5 perkara yang pasangan wajib buat sementara belum kehilangan. Nanti pasangan dah takde korang menyesal pulak. So buat 5 benda ni:
Nanti bila pasangan kau dah takde kau akan rindu nak cakap i love you atau saya sayang awak, saya rindu awak dan sebagainya. Waktu tu kau menyesal macam aku. Dah tak guna okeh. So sementara masih ada ni kau cakaplah setiap hari. Selalu juga cakap terima kasih, suami bawak balik barang dapur cakap terima kasih, isteri masak sedap cakap terima kasih, isteri gosok baju cakap terima kasih.
Luahlah selalu. Jangan harap pasangan masing-masing faham. Saling appreciate each other. Jangan merendahkan kerja suami dan jangan sesekali merendahkan kerja isteri kalau dia hanya duduk di rumah.
Isteri, belajar cara jumpstart kereta kalau bateri kong. Belajar dari suami cara isi angin tayar, ikut gi bengkel sesekali dan tengok orang repair dan belajar serba sedikit. Belajar juga macamana nak repair benda-benda simple kat rumah.
Suami belajar cara masak nasi, macamana nak siang dan goreng ikan, macaman nak spaghetti yang anak-anak suka tu. Tak perlu banyak dua tiga masakan dah cukup. Belajar juga cara asingkan dan basuh baju, nak guna setting yang mana dan sebagainya. Macam-macam lagi chores yang kena sama-sama belajar dan ambil tahu.
Macam remeh jer, tapi ini survival skill. It will help a lot.
Buka file dan simpan maklumat pasal pasangan. Letak dalam tu segala username dan password email, FB, IG apa shaja akaun yang ada. Detail akaun bank, akaun kwsp, tabung haji, segala harta, segala hutang piutang dan sebagainya.
List semua details bayaran bulanan, hutang bank, bayaran takaful dan apa sahaja tanggungan. Nombor pin kad bank tu pun tulis di situ, sangat penting okeh. Lagi satu password handphone pun share jugak, sangat penting. Takut apa, kongsilah semua details.
Buka juga fail untuk anak-anak. Masukkan segala details pasal anak, buku biru dan pink simpan dalam tu, segala jadual imunisasi dia. Pasal sekolah dia, pasal rekod perubatan, ubat dia pernah ambil dan segalanya.
Apa-apa jadi senang nak rujuk. Macam kes aku, semua smooth sebab semua rekod disimpan dengan lengkap.
Sediakan wang untuk isteri dan anak-anak. Kalau kita mati, isteri dan anak ada duit untuk teruskan hidup dan mulakan hidup baru. 2 tahun pertama sangat sukar untuk orang yang kehilangan pasangan ni. Kalau takde duit nak survive maka ia akan jadi bertambah sukar.
Cari kawan-kawan ejen takaful dan tanyalah plan hibah yang murah. RM20++ sebulan pun dah boleh dapat RM100K. Cukup untuk pasangan teruskan hidup sementara dia dapat income lain.
Kita selalu tak ambik port pasal ni. Sebab tu banyak gila harta orang islam terbeku di Amanah Raya. Tak boleh nak dikeluarkan sebab tak cukup segala dokumen, tiada perwarisan dan sebagainya. Dekat MAIS dengan serendah RM300 dah boleh buat wasiat. Kat As-Salihin Trustee dalam RM1400 macam tu.
Buatlah. Buatlah semua yang aku ceritakan tu.
Benda ni nampak remeh. Alahhh tak perlulah semua tu. Selagi kau tak rasa maka kau tak tahu betapa pentingnya semua benda yang aku senaraikan di atas. Aku dah lalui semua dan aku share supaya semuanya mudah untuk korang nanti.
Semoga semua pasangan panjang umur dan tua bersama. Namun sesungguhnya, salah seorang akan pergi dulu meninggalkan.
Cuma tak tahu bila. Yang masih diberi kesempatan, buatlah.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Untuk itu, sudah tentu memerlukan sikap yang saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.
Dengan ini sudah tentu hubungan makin sweet dalam mewujudkan keharmonian yang berterusan.
Pelbagai petua untuk kekal bahagia. Barangkali petua ini boleh dijadikan panduan untuk kita muhasabah diri untuk menjadikan diri dan pasangan kita terus sweet.
1.Utamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2.Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3. Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4.Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5.Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
6.Bertolak Ansur
Sikap ini sangat penting dalam hubungan suami isteri. Jika berlaku perselisihan, perlu ada sikap mengalah dan jangan mudah marah. Jangan mementingkan diri dan asyik menegakkan pendapat sendiri sehingga perselisihan tersebut berpanjangan, lebih penting utamakan hati pasangan dan tamatkan perselisihan dengan segera. Jangan sesekali kecewakan pasangan dalam apa-apa jua situasi.
7.Hormat Antara Satu Sama Lain
Menghormati pasangan sangat penting terutamanya apabila berada di hadapan orang lain, iaitu tidak menjatuhkan maruah mereka dengan tidak menyindir dan memerli pasangan, jauh sekali membuka kisah silam yang mengaibkan.
Hal ini termasuklah mengusiknya dengan alasan bergurau. Kadang-kdangn tanpa kita sedari kita telah melukakan hati pasangan dan membuatnya kecewa dan terasa hati dengan kita.
8. Sentiasa Memaafkan
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas.
Contohnya menceritakan kepada pasangan tentang percintaan kita dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu. Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.
9.Jujur Dan Tidak Berahsia
Bercakap benar dan tidak berbohong akan menjadikan pasangan yang sangat dipercayai. Dengan bersikap jujur juga akan menimbulkan rasa selesa.
Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan tidak puas yang sedia ada.
Tunjukkan perasaan sebenar dan berterus terang untuk kebahagiaan bersama, selain menjadikan pasangan tersebut lebih terbuka dan bersefahaman, serta saling mempercayai.
10.Jauhi Perbuatan Yang Menyakiti Pasangan
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasannya. Jika pasangan kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.
Sumber: tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tiba hujung minggu, sudah pasti para ibu akan melakukan rutin wajib iaitu mengemas rumah. Aktviti biasa dilakukan bagi ibu yang bekerjaya. Inilah masa yang sesuai untuk mengemas rumah.
Bagi yang menpunyai kediaman jenis dua tingkat, pastinya menuntut masa dan tenaga yang lebih. Maklumlah perlu mengemas dua tingkat rumah.
Namun, melalui perkongsian puan Hani Mynis memberi tip cara bijak mengemas rumah bagi kediaman berkeluasan besar.
Tak sangka hani belum pernah kongsi satu tips best yang sangat memudahkan kerja mengemas rumah kat sini . Alang2 hani baru lepas siapkan rutin mengemas malam hani, hani kongsikan ya.
Kalau siapa yang pernah dengar sesi sharing/talk dari hari sure pernah dengar sebab ni antara perkara yang hani sarankan utk diadakan bagi memudahkan semasa proses mengemas.
Rahsia rumah yang kemas dan tersusun ialah semua benda berada dalam rumahnya. Kalau belum ada rumahnya, sediakan. Kalau rumahnya sudah penuh, maksudnya sudah masanya utk buat proses sisihan barang (decluttering).
Tapi kebiasaannya (lagi2 kalau ada anak kecil ie toddler) barang-barang akan ‘terkeluar’ dr rumahnya . Contoh nya macam penyangkut baju, barang permainan, pampers bersih, cawan2, pinggan mangkuk, penyepit kuku, sikat. Ni antara barang-barang yang selalu sangat tak berada di rumahnya. Lagi2 kalau lepas ambil barang-barang tapi tak kembalikan ke tempatnya selepas guna
Ni cara hani. Sediakan satu bakul, hani labelkan “i wanna go home”, so hani mulakan proses mengemas satu-satu ruang dengan mengumpulkan semua barang yang tak sepatutnya berada dalam ruang yang hani tengah kemas tu ke dalam bakul ni. Contoh, mcm hani tengah kemas ruang tamu, tetiba sesat gunting (sepatutnya kat dapur) atau sikat (sepatutnya kat bilik tidur), hani masukkan barang-barang ni dalam bakul ni dulu. Lepas je habis sesi mengemas ruang tamu tu, hani bawa bakul berisi barang-barang ni tadi ke dapur dan bilik tidur untuk hani letakkan semula ke rumah masing-masing. Pastikan bakul itu kosong semula akhirnya. Jangan tangguh2 nak letakkan barang kembali ke rumahnya.
Cara ni bagus lagi2 kalau rumah dua tingkat atau jarak dari satu ruang ke satu ruang tu jauh. So, takdalah kita penat ulang alik ke satu-satu ruang, jimat masa, jimat tenaga.
Bakul tu hani beli kat Eco Rm2.10 je, hani pilih bakul yang bertapak segi empat supaya senang dan kemas disimpan (hani letakkan kat cleaning station) dan yang paling penting ada pemegang supaya senang dipegang dibawa ke mana2 ruang.
Semoga bermanfaat
P/s: hani letakkan semua benda yang hani nak gunakan semasa mengemas seperti plastik sampah, lint roller, wet tissue, kain lap dlm bakul ni utk dibawa ke ruang yang nak dikemas kemudian kosongkan bakul utk diisi dengan barang-barang yang nak dikembalikkan ke rumahnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.