Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
Ads
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
Ads
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Ads
Selamat mencuba!
Sumber: cari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati masakan Cina di restoran Muslim diakui ada penggemar dan peminatnya yang tersendiri. Kalau boleh ingin juga disediakan di dapur sendiri, namun kebiasaannya bahan dan cara memasak berbeza daripada masakan kita orang Melayu.
Jika dapat ‘menuntut’ resipi dan cara buat daripada orang Cina mesti menarik bukan? Barulah keaslian rasa dapat dihasilkan sama seperti kita makan di resotan Chinese Muslim.
Adam Corrie juga ada berkongsi resipi masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang nampak cukup menyelerakan dan cara penyediaannya pun cukup mudah. Jadi apa kata anda cuba buat dengan resipi yang dikongsikan olehnya untuk dinikmati bersama keluarga bersempena seisi keluarga masih berkumpul di rumah sempena Cuti Tahun Baru Cina ini.
Selamat mencuba
Ini dia bahan-bahannya.
1. Ayam di perap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman
2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)
3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.
5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.
6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.
7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat Kuahnya boleh makan dengan mee sizzling..Kalau tak pekat makan dengan nasi.
Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..
Ramai yang suka makan cakoi. Memang ramai suka membeli di kedai. Cicah dengan sos karamel memang sedap.
Bagi yang nak cuba buat cakoi ni boleh cuba dengan menggunakan resipi ini. Hanya menggunakan sukatan cawan aje. Tak perlu risau salah sukatan. Siap ada resipi sos karamel lagi.
Ikuti perkongsian cara buat cakoi ini.
Resepi cakoi simple
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum 2 sudu makan gula ½ peket yis mauripan 1 sudu teh baking powder 1 biji telur 1 cawan air ⅓ cawan minyak masak
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata. 2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh. 3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut. 4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang. 5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang. 6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Resepi sos karamel
1 cawan gula ½cawan susu pekat ½ cawan air 1 sudu penuh butter / marjerin
Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang. Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair. Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair. Masukkan butter dan kacau lagi. Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.
Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat.
Kalau dilihat menu mak-mak kita dulu, biasanya akan memasak menggunakan bahan-bahan asas yang berada di sekeliling mereka sahaja. Oleh sebab itu, orang Melayu yang tinggal di kampung menanam pelbagai tumbuhan seperti lengkuas, serai, halia dan sebagainya.
Apa yang lebih menariknya, walaupun makanan yang dimasak ringkas dan menggunakan bahan-bahan biasa-biasa sahaja, namun bila dimakan memang luar biasa sedapnya. Jika dari awalnya tidak berselera boleh makan bertambah dibuatnya.
Contohnya dengan menu yang satu ini, Sambal Lengkuas. Mungkin tidak semua mengetahui keenakan rasa hidangan ini dan difahamkan hanya orang Kedah yang tahu dan biasa menikmati hidangan tersebut.
Ini sebagaimana dikongsikan olah seorang wanita ini di facebook di dalam group masakan. Nyata ramai orang utara mengakui keenakan rasa sambal tersebut dan membuatkan ramai teruja untuk mencuba rasa.
Untuk anda yang juga teringin merasai sendiri keenakan rasa hidangan ini, bolehlah mencuba untuk membuatnya. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah didapati dan ringkas sahaja penyediaannya.
Sambal Lengkuas
Kebanyakan orang Kedah mesti tau Sambal Lengkuas kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam. Tapi saya suka makan dengan nasi kosong atau ratah pun sedap.
Resipi diajar oleh ibu mertua orang Baling,Kedah.
Bahan-bahan:
Lengkuas muda – 2 penumbuk
Serai – 15 batang
Cili padi – 30 biji (kalau x suka pedas boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh. Ikut selera)
Belacan – besar ibu jari dan kalau nak lebih pun boleh
Kerisik – 4 sudu besar (nak lebih pun lagi sedap)
Garam secukup rasa
Limau kasturi – 5 biji diperah nak airnye je ye. Perah lepas semua sudah tumbuk
Cara-cara:
1.Tumbuk lumat semua bahan kecuali kerisik dan campurkan.
2. Kami simpan dalam fridge. Kalau nak makan baru amik sikit campurkan dengan kerisik.
Tips:
kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Dia jadi macam serunding la.
Meninjau di ruangan komen, nyata ramai mengakui keenakan sambal lengkuas ini dan mereka kongsikan sambil mengimbau kenangan. Antaranya komen Fazida Ida: Klau sy dalam pantang mak akan buat bnyk2…boleh mkn dengan nasi panas.
Keenakan menu ini turut diakui oleh Fadilah Nawawi, tuisnya : sedap..arwah nenek dulu org baling…sambal ni wajib buat kalau bulan puasa..sekarang tok dgn mak boleh buat..lg sedap campur ikn masin yg di bakar…mkn dgn ni saja pun dah sedap
Begitu juga Noreen Ismail melihat menu yang dikongsikan ini terus dia mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya. Tulisnya : Sdapny..Ingt zaman kecik² dlu…ada sambal ni x pa dh la…mkn dgn ikn goreng ja
Saufiah Ismail pula menulis di ruangan komen : Sedap ni…dulu kalau arwah mak kami buat untuk nasi ulam..kami ambil sikit dulu buat makan dengan nasi panas2 lawan dengan ikan gelama masam…fuh cayaq ayaq liuq woo