Sudah lama rasanya tidak dapat pulang ke kampung halaman, hingga ramai antara kita merindui indahnya pemandangan kampung yang mendamaikan. Kalau boleh setiap lorong dan ceruk ingin kita jelajahi bagi mengimbau kenangan indah dan sekali gus melepas rindu yang terbuku di hati.
Disebabkan rasa rindu itu jugalah, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Topanjey telah menggunakan aplikasi Google Street View untuk ‘membawa’ dirinya berada di kampung yang cukup dirinduinya.
Mula-mula ingat nak Street View rumah sebab rindu
Tetapi apa yang mengejutkan dan cukup menyentuh perasaansetelah menghampiri kawasan rumahnya di kampung, paparan Google Street View ‘menemukan arwah ayahnya yang sedang berada di depan pintu rumah untuk bersiap ke masjid untuk menunaikan solat di masjid secara berjemaah.
Ads
Arwah ayah ada lagi masa ni. Masa ni, mesti ayah nak gi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid setiap waktu.
Video yang dikongsikan olehnya telah mengundang sebak di hati netizen dan ramai mendoakan arwah ayahnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin…
Jika sebelum ini pihak kerajaan membenarkan ziarah hari raya hanya boleh dilakukan merentas daerah sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa, hari ini kerajaan mengeluarkan maklumat bahawa perjalanan tersebut hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.
“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.
“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya.
“Jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah. Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi. 20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial dalam rumah tersebut.
“Bagaimana pun semua pihak masih perlu mengikuti SOP ketika beraya dengan sentiasa menjaga penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta amalan kebersihan diri,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah perkahwinan bukan hanya didasari dengan wang ringgit semata-mata. Keikhlasan, keprihatinan, kasih sayang dan saling bertoleransi antara faktor penting dalam membuatkan tiang rumah tangga teguh berdiri. Biarpun hidup sederhana namun cukup bahagia.
Apa erti memiliki wang ringgit dan pangkat besar sedangkan rumah tangga hambar, hubungan suami isteri berantakan dek kerana ego dan sebagainya.
Apa yang dikongsikan saudara Syafiq Ridhwan cukup menyentuh hati. Satu contoh pengorbanan seorang isteri dan juga keprihatinan suami dalam melengkapi rumah tangga mereka.
“Bang, kalau saya nak beli handbag tu boleh?”
Saya pandang isteri, selepas itu saya kalihkan pandangan ke arah handbag yang tersusun rapi di atas rak. Handbag berjenama mahal ni semuanya kelihatan cantik.
“Tapi kan awak dah ada handbag” tanya saya semula.
“So tak payahlah ya, duit ni ada banyak lagi nak guna” ujar saya semula. Namun, jauh di sudut hati, saya selalu memasang impian untuk beli. Saya tahu dia teringin sangat.
Sampai hari ini saya masih ingat momen tersebut. Momen ketika awal-awal kahwin dahulu. Bukan handbag, malah apa jua keinginan, semua kami bataskan. Bukan tak ada duit sangat, ada je. Cuma takut-takut duit tu diperlukan bilamana kecemasan.
Jadi, handbag bukanlah satu keutamaan. Asal ada sebenarnya sudah memadai.
Selepas hampir 4 tahun, bila saya tengok balik handbag yang isteri pakai, masih lagi handbag yang sama dulu-dulu. Handbag yang kami beli longgok depan satu butik ni. Lebih kurang puluhan ringgit sahaja harga.
Dan handbag itu juga menjadi saksi pernikahan kami, elok saja terletak di atas dulang. Tak lupa, handbag ini juga menjadi saksi bagaimana wanita ini melayan saya sebagai seorang suami dengan baik. Bangun pagi buatkan bekal sarapan, siapkan makan malam.
Menjaga anak kami dengan baik, berjaga malam untuk pastikan anak kami dapat tidur dengan lena. Berusaha sehabis baik memastikan anak kami dapat membesar dengan sihat.
Kadang-kadang saya terfikir kerja kuat, dapat duit, untuk apa duit tu dibelanjakan. Adakah hanya untuk membayar hutang. Walhal menggembirakan hati isteri dan keluarga juga salah satu daripada tuntutan agama.
“Awak tengah cari handbag kan? tanya saya satu hari.
Dan nyaris-nyaris sebenarnya saya terlupa. Tiba-tiba petang tadi,
“Bang, bukalah bungkusan ni” pinta isteri saya.
Bila saya buka sahaja bungkusan, rupanya handbag yang dia minat tu dia dah beli. Tersenyum gembira dia. Mana taknya, handbag jenama ni lah yang dia dok teringin sejak awal kahwin dulu. Handbag nilah yang dia pendamkan rasa sebab beralah untuk benda-benda lain.
“Nak bayarkan yang mahal-mahal belum mampu tau, tapi kalau ada rezeki lebih, kita cari yang lain pulak nanti” ujar saya bila melihat dia tengah tersenyum gembira.
Pada kita nampak kecil, tapi percayalah, walau sekecil-kecil perkara sekalipun ia sebenarnya cukup untuk menggembirakan hati seorang isteri.
Begitulah,
Kawan tetap kawan, tapi isteri dan keluarga tetap paling utama. Pada akhirnya, mereka inilah yang bersama dengan kita waktu susah dan senang.
Hargailah mereka yang setia bersama dengan kita. Nak gantikan semua kasih sayang dan kesetiaan yang diberi dengan harta benda, belum tentu dapat terganti.
Setiap kali gambar atau videonya dimuat naik di media sosial, pasti mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, ramai yang suka melihat gelagat puteri sulung kesayangan pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura ini. Gelagat Nur Fatima Aisya membuatkan ramai yang geram melihatnya.
Dia yang kini sudah memasuki 7 bulan, seperti kanak-kanak lain seusianya, pasti sudah diperkenalkan dengan makanan. Begitu juga dengan Fatima.
Perkongsian gelagat Fatima yang excited apabila disuapkan makanan cuit hati ramai. Dengan wajahnya yang comel rambut diikat dua menambahkan kegeraman sesiapa yang melihatnya.
Apatah lagi, dia nampak cukup berselera dengan menu yang disuap itu.Menerusi perkongsian tersebut, diberitahu yang Fatima alah dengan ikan salmon.
Justeru, Fazura menyediakan menu sayur bayam, nasi dan ikan kod. Tak sangka menu tersebut benar-benar menambat seleranya.