Dah nak masuk 4 bulan kita dalam mood PKP, maksudnya dah 4 bulan la kita tak makan nasi kenduri. Betul tak? Rindunya alahai rasa!
Sementara tunggu covid-19 ni betul-betul reda, jom kita bawa feel makan nasi kenduri tu dalam rumah kita dengan buat sendiri je Ayam Masak Merah, resipi dari tukang masak kenduri Pakwan Katering. Memang superb lah, tengok pun dah terliur! Jom cuba!
Ayam masak merah sering menjadi menu wajib sewaktu kenduri kahwin dan menjadi lauk yang paling ditunggu-tunggu tetamu yang hadir. Kami kongsikan resipi dari seorang pengusaha katering, Pakwan cara memasak ayam masak merah yang paling sedap dan meletop. Rasanya yang pedas-pedas dan masam manis memang sangat sedap dimakan dengan nasi putih, apatah lagi kalau dimakan dengan nasi minyak. Jom cuba.
Resipi Ayam Masak Merah Kenduri
BAHAN UTAMA : Seekor ayam ( potong 16 bahagian) -Goreng kunyit dan garam
Ads
BAHAN-BAHAN LAIN : – 1 Senduk Cili Kering Kisar – 2 Batang Serai diketuk – 2 Sudu gula pasir – 1/3 botol sos cili kimball – 1/3 botol sos tomato kimball – Sedikit air asam jawa – Garam
BAHAN-BAHAN KISAR : – 8 biji bawang besar – 5 biji bawang holand – 10 ulas bawang putih – Sebesar ibu jari halia
*blend semua diatas
Ads
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah diblend dan masak sehingga garing.
Masukkan satu senduk cili kering kisar dan 2 batang serai diketuk.
Ads
Masukkan 2 sudu gula pasir , 1/3 botol sos cili kimball dan 1/3 botol sos tomato kimball, setelah itu masukkan sedikit air asam jawa dan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan gula dan garam.
Siap dan sedia untuk dihidangkan
TIPS: Untuk mencantikkan rupa ayam masak merah, tambahkan gula semasa menumis cili kering, ini menjadikan ayam masak merah nampak lebih menarik dan berkilat .
Kredit Resipi & Foto : Pakwan Katering via Ilham Resipi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ha dah nak raya ni tak kan la tak ada persiapan kan. Menu raya orang kita ini tak boleh dilawan dengan menu lain. Memang sedap dan selalu tergiang-ngiang je. Tak raya pon rasa macam nak raya semata-mata nak makan menu raya.
Semua dah rancang ke nak masak apa untuk menu raya? Antara menu raya yang wajib ada setiap tahun mestilah nasi impit dengan kuah kacang. Bukan tu je, jimat bila ada kuah kacang sebab boleh makan dengan makanan selain nasi impit contohnya satay.
Nak buat kuah kacang sendiri tapi renyah dan tak berbaloi. Jangan risau, ada resepi mudah dan sedap yang kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Jom kita cuba resepi ini.
Cara Buat Kuah Kacang Pekat Dan Sedap
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang tanah yang digoreng dan dikisar
2 sudu teh pes asam jawa
Gula melaka @ gula putih
Garam
Santan
Air
BAHAN KISAR:
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah (besar)
Segenggam cili kering
Resepi Kuah Kacang Simple
CARA PENYEDIAAN:
2. Kemudian, masukkan asam jawa adabi sedikit demi sedikit supaya kuah kacang tidak terlalu masam.
3. Masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering tadi. Jika kuah tidak pekat, boleh masukkan lagi kacang.
4. Selepas itu masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut citarasa sendiri. Yang suka kuah kacang manis boleh lebihkan gula.
5. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih lemak dan sedap.
6. Terus masak dan kacau hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.
7. Kuah kacang siap untuk dimakan bersama nasi impit, satay atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
TIPS BIJAK: Kuah boleh dibuat awal. Makin lama dipanaskan, makin sedap rasanya. Ada yang suka tambah udang kering. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air. Boleh ikut selera masing-masing.
Melihat kek marble yang gebu sepertinya ini boleh membuatkan sesiapa pun rasa teringin untuk mencuba rasa. Apatah lagi bila peniaga itu sendiri yang berkongsi resipinya, bertambah semangat pula untuk kita mencuba menyediakan resipi tersebut. Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan kek marble ini untuk menu minum petang bersama keluarga.
“Ok arini mak ajar satu lagi kek mudah yang bagi mak sedap la dan bagi customer pun sedap la kalau tak diaorang tak beli ramai-ramai kat bakery mak kan..
adudu gebus kan.RM8 je perslice satu loyang dapat 6 slice kalau jual seloyang korang boleh jual RM25-30 tengok kekedekutan penduduk area korang. Takut ko jual mahal sangat dieorg rela makan roti sapu kaya je.”
Kek Marble Double Coklat Viral
Bahan-bahan
Cair kan butter atau majerin timbang 150g (1 cawan 1/2)
5 biji telur gred B
1 cawan gula kastor/170g
1 sb ovalate
2 sb susu pekat
1 sk esen vanila
1 cawan 1/2 tepung selfrising 150g
1/4 cawan susu segar
mix semua sampai gebus
Cara penyediaan:
.
1. Mix semua sampai gebus
.
2. Masuk kan butter atau majerin cair tadi suam-suam ya, baru moist
.
3. ok kacau rata
.
4. Adunan tadi kalau nak kacau dalam mixer pun boleh. Nak kalih kan kat besen pun boleh senang kacau pas tu plus on 2 sebab serbuk koko dan 1 cawan milo
.
5. Ambik sebahagian dan plus add on 1 sudu kecil emolco coklat dan kacau
.
6. Lapik loyang 9×9 dengan baking paper dan letak adunan betindan macam tu. Bakar suhu oven 25-75 liter 130-140 darjah je masa 45-55 mnt oven 100 liter ke atas
140-150 darjah masa 55-1 jam bergantung kepanasan oven masing2 semua xsama api atas bawah guna rak no 1 ya.
.
7. Dah masak panas-panas tu sisip tepi-tepi dia tebalik kan atas redai.dah lepas 3-4 jam baru tanggal baking paper nya dan baru dapat ketak-ketak corak jaring tu.masa panas corak tu tak keluar sebab permukaan kek garing dan keras siket
.
8. Dah siap 1 loyang potong 6 so korang boleh jual 1 slice RM5 mak jual RM8 korang jangan jual mahal sangat nanti kene kecam dengan jiran ko masa beli sayur
Alhamdulillah mak harap semua paham step mudah mak bg ya.kalau korg buat jual mak halal kan dunia akhirat.Tp ustaz kata setiap benda baik yg kita buat jgn harap kan balasan.Nnt jd xikhlas.maka mak xnak mintak apa2 dr anak2 mak.cukup la korg pandai baking mak dah happy
Apabila menyebut amalan pengambilan madu dalam keluarga, umum mengetahui ia adalah suatu perkara yang sangat bagus. Khasiat madu dapat dimanfaatkan oleh anak-anak hinggalah orang dewasa, ini memandangkan madu juga dikenal sebagai sahabat kepada penjagaan kesihatan.
Oleh itu, ada baiknya kita mengetahui secara detail tentang khasiat, tip dan pantang larang pengambilan madu ini bersama Dr. Suri Roowi, Pakar Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan. Jom semak.
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?
Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan.
Soalan 1:Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2: Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 3 : Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim
pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan
difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotik iaitu
menggalakkan pertumbuhan bakteria
baik seperti bifidobakteria, laktobasillus
dan merencatkan pertumbuhan bakteria
berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat
dalam madu yang mungkin terikat bersama
bahan lain dalam usus besar manusia
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 4 : Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan
memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala
walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan
menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun disimpan bertahun-
tahun.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama.
Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda-tanda bagi kaum yang mereka berfikir….
a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang.
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia.
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.
d.Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e.Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan 5 : Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas
Moga Bermanfaat
Ektra Info Tentang Dr Suri Roowi
Beliau adalah Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan – Makanan Kesihatan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.