
Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Kredit: Yayar B. Awang Noh
Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!

Nasi Daging mungkin kedengaran kurang mengiurkan bagi masyarakat di sebelah Selatan dan Pantai Timur. Namun bagi masyarakat Utara, Nasi Daging dirasakan cukup istimewa.
Malah ia umpama hari yang istimewa. Nasi Daging boleh dikatakan menjimatkan kerana ia tidak memerlukan kos bahan yang banyak walaupun terpaksa membelanjakan sedikit untuk kos membeli daging. Selebihnya, hanya bahan untuk menyediakan Air Asam, menu yang digabungkan bersamanya. Mudah sahaja!
Bagaimana nak hasilkan Nasi Daging yang power? Tujuh langkah ini sila jangan abaikan.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.Stok Air Rebusan Daging
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
- 5 cawan beras
- 2 sudu makan rempah kurma
- 5gm kulit kayu manis
- 5gm bunga lawang
- 5gm bunga cengkih
- 5gm buah pelaga
- 1 sudu makan marjerin
- 1 ulas bawang merah -dihiris
- 1 ulas bawang putih -dihiris
- 1 helai daun pandan
- 1/4 cawan susu cair
- 10 biji tomato kecil – dipotong dua
- Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan marjerin.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
- Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
- Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
- Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
- Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji tomato -dihiris
- 3 ulas bawang merah -dihiris
- 3 biji cili padi -dihiris
- Sedikit asam jawa
- 1 sudu makan kerisik
- 3 batang cili merah *
- 4 biji cili padi*
- Belacan bakar besar ibu jari*
- Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bahan bertanda * di atas.
- Satukan kesemua bahan hiris.
- Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
- Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
- Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Nak Cili Kisar Dan Bawang Kisar Tahan Lama Sehingga Sebulan. Ikut Petua Ni.

Biasanya kaum ibu yang gemar memasak akan kisar cili dan bawang dalam jumlah yang banyak untuk dibuat stok agar mudah urusan memasak. Namun jika salah menyimpan akan menyebabkan bahan kisar itu berkulat walaupun disimpan dalam peti. Namun menerusi facebook, Ani Zam terdapat petua, terdapat cara mudah untuk memastikan cili dan bawang kisar kekal segar.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar n bawang kisar agar tahan lebih lama
Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer..stok utk seminggu..
Dah nak masuk bulan puasa ni , senang buat stok macam ni.
CILI KISAR
Cara membuat cili kisar.
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili
Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih
Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar
Bila telah mendidih , tutup api
Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender
100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas)
Blender menggunakan air tapis
Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais..
Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
BAWANG KISAR
Cara membuat bawang merah kisar
6 biji bawang besar , 10 biji bawang kecil
Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
BAWANG PUTIH KISAR
Cara-cara membuat bawang putih kisar
5 labu bawang putih
Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Selamat mencuba!
Sumber: Ani Zam
Tengok Gambar Pun Dah Tahu Sedap, Resipi Ayam Bakar Blackpepper Pembuka Selera Keluarga

Balik-balik masak, ayam goreng. Anak pun selalu request, ayam goreng. Dah naik muak rasanya makan benda yang sama. Betul tak?
Cer jom tukar menu sikit, dari asyik makan benda sama je, kita cuba buat Ayam Bakar Blackpepper resepi dari Dani Shoppe’s ni! Tengok pun dah terliur, belum lagi rasa kan? Jom cuba!
Selamat berhujung minggu rakan mahn. Masak ape tuuuuu? Harini saya buat ayam bakar, tabur lada hitam skit. Mcm biasa la resepi ringkas je, boleh ubah suai bahan sesuai selera ye. Boleh jugak kalau nak pakai sos kimball tu, tp sy takde tu yg buat mcm ni.
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.