Untuk menyediakan roti jala, nampak mudah tapi rasa kesedapan roti roti jala bergantung pada kelembutannya dan kesedapan kuah yang mengiringinya.
Apabila lembut rotinya dan sedap kuah karinya dimakan bersama kuah kari ayam atau kari daging sudah tentu licin dijamu seisi keluarga roti jala tersebut.
Tapi langkah pertama untuk kesedapan itu, sudah tentu roti jalan kena sempuran kejadiannya dan lembut hingga ke petang. Adunan pastinya kena sempurna barulah semuanya jadi lebih dan lembut.
Jom ikuti resipi oleh Puan Azwa Mohtar. Sukatan yang mudah untuk penyediaan roti jala. Gerenti menjadi!
Bahan-bahan:
Ads
1 kg Tepung Gandum
1 sudu makan Marjerin
1 sudu makan Garam Halus
1 sudu teh pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
Cara penyediaan:
Ads
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Ads
4. Siap! Siap sedia untuk hidangan seisi keluarga.Lembut sampai ke petang. Jangan lupa buat kuah kari ayam untuk cicah bersama roti jala.
Pecal Jawa, Rahsia Enaknya Terletak Pada Kuahnya. Ni Resipi Tak Menyesal Cuba!
Sekiranya anda sedang tercari-cari menu yang menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan antara seleksi hidangan dalam merai tetamu ketika majlis open house, hidangan pecal adalah antara yang boleh disenaraikan.
Ini antara menu tradisi ini pastinya membuatkan tetamu akan makan bertambah.
Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada kuah kacang, jika power kuahnya maka sedap lah pecal yang disediakan.
Nak cuba sediakannya?
Jadi apa kata anda ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang):
150 gm kacang tanah- sangai, buang kulit dan kisar separa halus (kasar dan halus)
10 tangkai cili kering- kerat, basuh dan toskan.
5 tangkai cili padi akar (resepi mat dan Abbot 10-15 tangkai… K.An tak tahan pedas melampau, 5 tangkai pun dah berasap…)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan -dibakar
2 inci isi cekur- (k,An tak letak sebab tak ada stok)
1 1/2 sudu besar udang kering- rendam 10 minit, toskan dan sangai
1/2 sudu teh pati asam jawa Adabi + dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula
1/2 cawan air
Bahan lain:
1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
1 ikat kangkung – celur
1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
timun -hiris panjang-panjang
jantung pisang, celur
pucuk ubi- celur
Ekstra tips: celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak. Sayur nampak cantik dan jantung pisang tak lebam
Dah menjadi hidangan ruji setiap pagi makan telur separuh masak bersama roti. Bukan sahaja mudah, malah mengenyangkan dan penuh dengan nutrisi!
Biasanya kalau buat telur separuh masak pasti akan tunggu air didih, kemudian masukkan telur dan bairkan beberapa minit. Kadang kalau terlalai, tak jadi separuh masak, jadi masak sepenuhnya!
Tahu tak, sebenarnya ada cara lagi mudah nak buat telur separuh masak ini, hanya dengan menggunakan airfyer je! Lebih jimat masa dan confirm menjadi seperti yang dikongsi oleh Puan Arina Rashid di laman Facebooknya. Jom cuba!
CARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK GUNA AIR FRYER
Ada peminat telur separuh masak dekat sini? Ini kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.
Rina nak share cara paling senang. Tak perlu guna air atau bekas macam dekat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer. Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Cara rina buat telur separuh masak ni senang sangat.
Cara-caranya:
1. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.
2. Telur straight ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.
3. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.
4. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.
5. Kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.
*Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi.
Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.
Kunyit antara bahan asas yang digunakan dalam masakan. Bukan itu je, ia memiliki khasiat tertentu, baik daripada pucuk hingga ke umbinya.
kalau ibu-ibu jenis yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Cukup mudah dengan cara ini.
Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak.
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini.
Cara menyediakan benih untuk disemai.
Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
Medium tanaman.
Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Cara tanam
Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam.
Pencahayaan.
Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Siraman.
Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air.
Pembajaan.
Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.