Rata-rata apabila ditanya, masakan apakah yang paling sedap dan selalu membuatkan kita rindu untuk menikmatinya berulang kali. Pasti jawapannya adalah masakan daripada air tangan ibu.

Berkongsi kisah tentang kerinduan merasa makasan ibu, wanita ini turut murah hati berkongsi resipi mee kari sebagaimana yang sellu dimasak oleh ibunya untuk jualan di kampung.

“Mak ceq memang niaga mee kari….orang kat kampung panggil mee kari cik ross bila orang tempah kami adik beradik seronok sebab mak akan buat lebih untuk anak-anak…

“Bila dah dok jauh ni rindu nak makan mee kari mak…tapi terpaksalah buat sendiri walaupun rasa hampir sama tapi nak jugak air tangan mak kan…..jom sapa nak lunch mai lah makan mee kari kami”-momverlouzdish Aliaa

Jadi buat anda penggemar mee kari, bolehlah mencuba sendiri menyediakan menu ini mengikut resipi yang diberikan ini.

IKLAN

Rindu Nak Makan Mee Kari Mak, Wanita Ni Buat Sendiri. Nasib Baik Rasanya Hampir Sama & Ni Resipinya!

Ni saya bagi resepi kuahnya ya….mee dan bahan celur lain rasanya semua dah tahu

(untuk 10 orang)
Rempah kari daging ayam faeza 2 bungkus kecik
Rempah kari ikan 1 bungkus kecil
*Bawang 1 labu besar
*Bawang putih 4 ulas
*Udang kering sikit sahaja….kalau tak ada boleh ganti ikan bilis
*cili kering yang sudah direbus
-blend bahan yang bertanda ***
-Bancuh bahan blend dengan 3 paket rempah tu

IKLAN

Caranya:
-Tumis daun kari,3 beradik dan serai yg di ketuk,lengkuas pon ketuk dan tumis sekali….
-masukkan bahan bancuhan td…
-sampai dh naik minyak masukkn ayam yg dipotong kecik2
-bila ayam dh empuk rempah kari pon dh garing….masukkn air….
-masukkn santan….ikut sy 2 kotak kecik santan tu elok dah….
-masukkn fish cake dan kerang yg dh dikukus
-dh rasa semua elok masukkn tauhu kering yg dipotong…
Siap utk kuahnya…

Turut dikongsi cara menyediakan bawang goreng

IKLAN

Rindu Nak Makan Mee Kari Mak, Wanita Ni Buat Sendiri. Nasib Baik Rasanya Hampir Sama & Ni Resipinya!

Bawang kecil potong menegak nipis-nipis. Panaskan api betul-betul terus masukkan bawang tadi tu. Selalu kacau supaya perang sekata. Bila sudah nampak perang tu terus tutup api….kacau-kacau lagi sikit terus angkat…..bawang ni kena control api je….hangus pahit pulak,  tak masak kang lemau.

 

sumber : Momverlouzdish Aliaa via  MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI