Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Namun ketentuan sang pencipta tiada siapa yang tahu. Kesedihanan pasti menerpa dalam diri, biarpun sudah lama kehilangan orang tersayang.
Begitulah yang dirasai oleh seorang suami yang kehilangan isteri sejak dua tahun lalu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ. Beliau yang kini tabah membesarkan tiga orang anak-anak yang kesemua lelaki. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak yang sedang mempunyai pelbagai keletah.
Ikuti perkongsian Saudara Khairul Abdullah yang meruntun jiwa ini.
Ads
Aku buka almari baju dan tengok semua baju arwah isteri aku masih di tempat yang sama.
Sudah lebih 2 tahun dia pergi.
Dalam laci semua barangnya masih di tempat yang sama. Hampir semua benda yang dia tinggalkan masih berada di tempat yang sama.
Aku tak usik, aku tak ubah. Sesekali aku sentuh, sesekali aku ambil dan cium.
Keadaan masih sama dalam bilik ini.
Baju dan begnya masih bergantung di tempat yang sama. Barang kemasnya, barang makeup dan segala perfumenya semuanya di tempat yang sama.
Kenapa?
Entah. Aku tak tahu.
Aku suka begitu.
Aku suka keberadaan semua benda tersebut di tempat asalnya. Cukup untuk buat aku merasa sebahagian dirinya masih ada bersama aku dan anak-anak.
Cukup untuk buat aku rasa tidak ditinggalkan.
Ads
RINDU TIADA PENGHUJUNG
Ads
Aku tak move on?
Entah.
Aku tak tahu atau faham apa makna move on itu. Adakah perlu melupakan? Apakah perlu buang semuanya dan lupakan segalanya?
Jika tidak, jika masih menyimpan dan mengingat, adakah aku tidak move on?
Entahlah.
Selepas isteri dikebumikan, aku teruskan tanggungjawab aku besarkan anak-anak. Hidup aku dan anak-anak ok sahaja. Aku tak abaikan sesiapa, aku hidup seperti biasa. Tidaklah aku tertekan, tidaklah aku menderita, tidaklah aku jadi gila.
Aku tak move on?
Move on bagi aku adalah meneruskan hidup.
Alhamdulillah, aku hidup bahagia dengan anak-anak. Cuma kasih sayang dan rindu aku tak boleh aku hilangkan begitu sahaja.
Lagipun memang aku memilih begitu.
Memilih untuk terus mengingat dan merindu.
Kau tahu,
Sentiasa ada setitis manis dalam setiap rindu yang pahit.
Jadi, aku gagahkan demi yang setitis itu.
Kredit: Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai.
Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keadaan abang ipar Shuib iaitu Ahmad Firdous yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19 hampir sama dengan Siti Sarah sebelum ini.
Shuib, 38, memaklumkan di dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual berkata, paru-paru Ahmad Firdous berada dalam kondisi sangat tidak baik.
“Sebab itulah saya tetap mahu teruskan sesi doa dan bacaan Yaasin pada malam ini,” katanya.
Ditidurkan Jam 5 Pagi
Sebelum itu Shuib menerusi Instagram memaklumkan abang iparnya itu dimasukkan ke ICU hospital berkenaan dan ditidurkan pada jam 5 pagi semalam.
“Namun, kira-kira jam 11 pagi, kakak ipar menghubungi saya dan maklumkan keadaan suaminya tidak berapa baik.”Doktor menjelaskan, situasinya hampir sama dengan arwah isteri saya,” katanya.
Sehubungan itu, Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Ahmad Firdous yang juga abang sulung sulung Siti Sarah.
Menurut Shuib, hubungan Allahyarham isterinya dengan Ahmad Firdous sangat akrab.
“Semoga Allah SWT memberi kemudahan kepadanya. Abang ipar dengan arwah sangat rapat dan dia baik orangnya.
“Tapi ketika dia tidak sihat, semangatnya agak lemah. Jadi saya harap dengan bacaan Yassin dan doa pada malam ini, dia diberikan kekuatan untuk bangun dan berjuang. Insya-Allah,” katanya.
Manakala meninjau di ruangan facebook milik Ahmad Firdous ada memaklumkan keadaannyanya sebelum ditidurkan, “Pindah ICU. Masih melawan covid-19 level 4,” tulisnya.
Dua Pekerja Sah Positif Covid-19
Sementara itu, Shuib turut memaklumkan dua pekerjanya disahkan positif Covid-19 dan berharap mereka kuat untuk melawan wabak berkenaan.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sedar atau tidak kita sebagai ibu bapa sebenarnya sering melakukan pembohongan pada anak-anak kita.
Nak lebih jelas tentang itu, ayuh kita baca perkongsian daripada Puan Siti Aminah ini agar kita tahu kesan buruknya terhadap anak-anak kita dan sekali gus kita berhenti berbohong!
Jom semak.
“Adik, tolong ambilkan mak buku tu..”
Anak diam je..tak bergerak langsung..terus bermain dengan Lego.
“Nanti adik ambil buku tu mak bagi adik Dark Choclate dalam peti ais”
Lalu anak kecil itu segera ambil dan hulur buku pada mak nya..
“Mak, nak coklat?” Anak kecil itu menagih janji.
“Alamak adik, coklat dah habis la..
ayah makan semalam..nanti kita pergi beli esok kat Jusco ye..” jawab si ibu yang memang dari awal dah tahu coklat tu dah habis
Ini antara ‘white lies’ yang kita selalu buat pada anak-anak dirumah.
Kita fikirkan hanya bohong sunat saja, tanpa kita sedar ia punya KESAN yang sangat besar dalam pembentukkan akhlak anak.
‘Barangsiapa yang berkata kepada si kecil,
“Kemarilah, saya akan memberimu sesuatu”, lalu ia tidak memberinya,
maka itu adalah sebuah kebohongan’
[HR. Ahmad dalam Al-Musnad (2/452).
Seringkali kita pandang remeh atas perbuatan kita pada anak kecil, tapi Allah tetap mengira perbuatan ini sebagai DOSA
Nabi melarang kita menipu anak kecil, maka tiada istilah Bohong Sunat!
ISTIGHFAR dan mohon ampun dari Allah, juga minta maaf pada anak kecil kita jika kita pernah menipu anak sebelum ini.
2) Anak mulai HILANG KEPERCAYAAN
Satu kajian dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) menunjukkan bahawa anak yang selalu diberi ‘janji kosong’ atau ditipu oleh ibu ayahnya akan hilang kepercayaan pada orang tua mereka.
Kita perlu sedar bahawa perkara asas kepada hubungan anak dan ibu ayah ialah berdasarkan TRUST.
Apabila TRUST ini hilang, mereka tidak lagi menaruh harapan pada kita dan akan mula mencari teman lain yang mereka rasakan boleh dipercayai.
Adakah TEMAN LAIN diluar sana lebih jujur dengan anak kita dan boleh dipercayai?
3) Anak terbentuk dengan ACUAN kita mendidiknya.
Jangan marah atau terkejut bila anak kecil mula menipu kita atau orang lain.
Muhasabah semula perangai kita setiap kali berkata-kata dengan anak.
Adakah kita selalu bercakap jujur dengan anak ? Atau ada selit-selit bohong sunat?
Pernah sekali anak saya Nur solehah berjanji untuk membayar RM1 kepada abangnya Muiz, tetapi dia akhirnya tidak menunaikan janjinya.
Anak lelaki saya datang mengadu sambil menangis beritahu adiknya tak bayar wang,
mula-mula saya rasa nak marah pada adiknya.
Segera saya tersedar rupanya saya ada ‘bohong sunat’ pada Nur solehah untuk bawanya ke kolam renang tapi saya masih tak tunaikan..
Allah, tepuk dahi saya bila saya fikirkan.
Cepat sungguh anak belajar perangai buruk kita..istighfar saya dan terus minta maaf pada si anak.
Kifarah dosa kita menipu anak, anak akan juga mula belajar menipu kita atau orang lain
4) JANGAN JANJI jika tak mampu tunaikan.
Saya belajar bahawa lebih baik kita BIARKAN anak kita berguling kecewa dari kita menipu mereka.
Andaikata kita tak mampu nak beri anak apa yang mereka minta, beritahu dengan JELAS kenapa (reason out why)
Sejak dari kejadian Nursolehah tidak jujur dengan abangnya Muiz, saya serik untuk berjanji pada anak lagi.
Saya terangkan kenapa saya tak dapat bawa dia ke kolam renang kerana saya ada kerja yang perlu ditunaikan dulu.
Saya minta anak BERDOA pada Allah jika dia hendak sesuatu kerana Allah yang Maha Memberi.
Saya mengaku pada anak saya hanya insan LEMAH yang tak mampu tunaikan segala permintaan anak, jadi saya ajar anak mintalah terus pada Allah.
Semalam anak saya MUIZ berdoa direct pada Allah untuk dia beli glue stick kerana saya dan suami tak sempat bawa dia beli di kedai,
Kuatkan CONNECTION anak dengan Allah, supaya mereka sedar kita bukan tempat mereka bergantung harap.
5) Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri
Tepat sungguh peribahasa ni
Jangan pandang remeh bila anak mula belajar berbohong melalui siri-siri bohong sunat yang dia belajar dari ibu ayahnya.
Anak belajar dengan menipu dia dapat selesaikan masalah..dari menipu dia dapat elak dari kena marah. Maka anak akan berterusan menggunakan ‘kaedah’ ini
Lama-lama mereka akan hilang INTEGRITI dalam diri dan tidak mustahil untuk melakukan perkara yang lebih besar seperti meniru ketika exam, tipu cikgu dan lain-lain
Nauzubillah
Besar hikmah Nabi Muhammad saw melarang kita menipu anak kecil, kerana kesannya dalam jati diri anak itu sendiri.
Moga Allah bimbing kita untuk jadi ibu ayah yang baik dalam melahirkan anak-anak yang jujur dan soleh.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.