Tiada lagi ucapan ‘terima kasih sayang’ buat isteri Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris. Sungguh tidak menyangka bulan April akan menjadi bulan duka buat dirinya.
Kala ini, itulah emosi yang dirasai oleh Siti Aisyah Mohd Roslan,34, isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa lalu iaitu pada 23 April lalu.
“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.
“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya.”
Siti Aisyah juga turut meluahkan rasa syukur berikutan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.
Rindu Ucapan Suami
Tiada lagi dakapan penenang jiwa, tiada lagi kata-kata manis dan senyuman dibibir, kini hanya tinggal kenangan manis untuk diingati kala meniti usia.
“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital.”
Bahkan Siti Aisyah turut mengucapkan ucapan terima kasih buat arwah suaminya yang merupakan seorang yang bertanggungjawab sebagai suami, ayah dan menantu.
Ads
Reda dengan apa yang terjadi, Siti Aisyah berjanji akan terus berjuang untuk membesarkan anak-anak lambang cinta mereka.
“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang.”
Perkongsian yang meruntun jiwa
Dalam pada itu beberapa hantaran turut dikongsi oleh Siti Aisyah dengan luahan hati yang mengundang sebak.
Ads
Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter pasukan keselamatan itu bertembung dan terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak baru-baru ini.
Menurut Anzalna Nasir, nama tersebut bermaksud ‘ Princely Ruler ‘ dalam bahasa Inggeris.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’ .
Dalam perkongsian itu juga, Anzalna turut menitipkan doa buat cahaya mata keduanya ini agar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,”tulisnya lagi.
Wajah comel Emirhan ini telah mencuri perhatian ramai. Rata-rata memuji kecomelan putera kedua pasangan ini, lebih-lebih lagi hidung Emirhan yang mancung dan wajahnya persis bapanya.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan suka bersedekah. Namun amalan murni ni telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mengambil kesempatan dengan kewujudan sindiket pengemis termasuk warga negara asing. Malaysia menjadi lubuk mereka atas sikap dasar kesian dan simpati.
Namun hakikatnya, dalam Islam perbuatan mengemis dan meminta-meminta dilarang oleh agama Islam.
Lebih pelik, para pengemis ni memperolehi pendapatan lebih banyak dapati para perniaga yang gigih berusaha untuk menjana ekonomi keluarga.
Begitulah yang situasi yang dilalui oleh perniaga ini yang diluahkan melalui facebooknya. Pendapatan yang diperolehinya adalah lebih jauh sedikit berbanding pengemis.
Ikuti perkongsiannya ini.
Akal, emosi dan sentimen
Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah Nanas MD2, Nanas potong MD2 dan Jus Nanas MD2 100%.
Aku seronok dan tidak segan untuk menjual Nanas di jalanan dan kaki lima.
Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam2 pelanggan.
Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen.
Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan 2 orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai Kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu. Yang makcik tu akan letaklah keropok2 (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok2 pun, macam tak minat jual sgt pun. Yang pakcik pula, bawa bam (takde kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yg dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yg dijual. Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul2 di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa ‘kelate’ dan akan cuba create ‘small talk’ dengan aku mungkin sebab segan dgn kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga ditanahair sendiri.
Kalau dibandingkan bisnes model aku dengan mereka, jauh lebih sukar bisnes aku sebab utk aku set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itupun kalau aku dapat parking MPV aku dekat dengan kaki lima dan dapat offload barang dgn lebih efisyen. Itupun kalau parking ada kosong. Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi Nenas seberat 50-100kg, peti sejukbeku polystrene berisi Nenas potong dan Jus, penimbang digital, 3 keping plywood utk letak Nenas, kain utk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester Nenas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dll. Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit Nenas, membuang mata Nenas, memotong Nenas, slow juicing nenas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dgn stiker produk, dll. Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.
Gambar hiasan
Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk Nenas2ku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati Pakcik Makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saje pelanggan yang ‘mencampakkan’ 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa2 pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!
Sedang aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam2 dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yg dapat meyakinkan mereka.
Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nenas ku, kusangkakan nak beli nenas, rupa2nya nak tukar duit saje. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan utk apa, rupa2nya diberikan RM5 itu kepada setiap seorg Pakcik dan Makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Takdepun dia nak beli satu pun jualan Nanas ku. Takpelah.
Gambar hiasan
Dari jam 8.30 sehingga 9.30 mlm , aku anggarkan pendapatan PakCik Makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorg. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial2 nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yg basah, dll. Seronoknya ‘perniagaan’ mereka.
Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note 50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note 10 dan 5. Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgn mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih utk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ la mereka dapat banyak duit. Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa ‘tak sedap’ sebab mereka tahu aku tahu ‘taktik’ mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik2 dgn aku, biasalah sembang2 tanya itu ini. Kadang2 macam kenen2 nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma taknak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses Nanas2 tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.
Gambar hiasan
Jadi aku layan gitu2 je mereka dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yg aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit org. Pakcik tu terasa. Terus bangun blah. Malu kot.
Aku perati, dekat2 jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok2 le tu. Dan disuruh seorg budak kecik utk pergi ke Pakcik dan Makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan Makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yg lumayan. Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa2 faedah kepada anak2 jati Malaysia yg masih ramai yg susah dan gigih berusaha siang malam.
Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’.
KOPIAH
Muka aku sebijik macam Cina. Org Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, org Melayu tgk atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punye ‘kejayaan’.
Jadi, walaupun aku paling tak suka ‘menunggang’ agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yg sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Hahaha. Giler!
Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus ‘cerdik’ mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak2 kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. Patutlah sehingga harini orang Islam ke, Melayu ke masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal ke, handphone sendiri ke, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.
Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak ‘cerdik’ di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara2 maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dll yg rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.
Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH.
Kalau anak-anak dulu, bebas dibiarkan bermain kat luar. Tak kisah la apa pun, bermain basikal, main bola, lompat getah, dan bermain lari-lari. Sememangnya itulah kehidupan yang pergi dihadapi oleh mereka. Dunia yang bebas dengan masalah.
Tapi kini, sejak munculnya pelbagai jenis gajet, anak-anak lebihnya masa di rumah. Banyak habiskan masa di hadapan screen tak kisahlah televisyen mahupun telefon pintar menonton video atau bermain permainan.
Perkara ini sememangnya ini amat merisaukan untuk ibu bapa. Mereka perlu memantau juga anak-anak.
Namun, lain pula dengan video ini apabila ibu bapa membawa anak mereka ke sebuah muzium penjara telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Tiktok, keluarga ini pada ketika itu sedang melawat sebuah muzium penjara yang terletak di Melaka. Pada ketika itu, dapat dilihat juga pegawai bertugas sedang menunjukkan bagaimana cara sebatan bagi pesalah di penjara tersebut.
Dalam pada demonstrasi tersebut, si ibu dan bapa turut mengusik anak mereka yang suka bermain telefon dengan bertanyakan kepada pegawai tersebut adakah kanak-kanak yang suka bermain telefon akan mendapat sebatan yang sama.
Dek kerana faham dengan situasi tersebut, pegawai berkenaan mengiyakan saja dan memesan agar jangan selalu bermain telefon.
Situasi itu membuatkan si anak menangis kerana takut akan mendapat nasib sebatan yang sama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa terhibur melihat respon dari adik berkenaan. Malah, ada juga yang bersetuju nasihat begini kepada anak kecil supaya mereka tidak terus lalai dalam dunia gajet ini.