Kasih ibu kepada anak tiada penghujungnya. Melihat anak membesar didepan mata, namun hanya seketika, pastinya merentap jiwa.

Begitulah suratan takdir yang ditempuhi seorang ibu ini apabila anak tersayang meninggal dunia akibat kanser pada penghujung bulan April.

Catatannya mengenai anak tersayang di laman facebooknya adalah luahan rindu seorang ibu kepada seorang anak yang telah pergi selamanya.

Hari jumaat kedua tanpa dirimu sayang..
hari ni baru ibu kuat untuk luahkan apa yang yang terpendam dalam hati ibu..
30092011 ~ 26042019
Alfatihah buat anak syurga ibu IMAN ZARA BINTI ZAMZURIN..


Selama 8 tahun Allah swt bagi pinjam kakak untuk ibu.. dah tiba masa kakak kembali ke pangkuan ilahi.. kakak penghuni kedua rahim ibu selepas ibu keguguran.. tapi kakak yang pertama bagi ibu merasa nikmat sbg ibu.. kakak yang pertama bagi ibu pengalaman berjaga malam,tukar lampin dan menyusu.. sungguh indah pengalaman itu kakak.. hari ke hari kakak membesar di depan mata ibu.. membesar sebagai anak yang bijak.. anak yang sangat sopan.. alhamdulillah.. rezki ibu dpt anak seperti kakak..

Disahkan kanser tahun 2016

Pada tahun 2016 kakak diuji sakit.. Allah saja yang tahu peritnya ibu nak terima hakikat ini.. anak sekecil ini diduga sakit yang orang semua takut iaitu KANSER.. ibu mana yang sanggup nk terima?namun kakak lalui dgn tenang.. semangat kakak sangat kuat.. ibu dapat lihat kekuatan tu lahir dari diri kakak.. semangat itu yang buat ibu menjadi kuat dan tabah untuk harungi dugaan ini..

Kanser sudah tiada 2018 tapi sel kanser datang balik

IKLAN

Awal bulan Disember 2018 doktor sahkan sel2 kanser itu sudah tiada.. ya Allah.. ibu trus sujud syukur.. ibu sangat gembira sgt.. anak ibu dah kembali sihat.. dah boleh kembali kesekolah.. kakak pn tak sabar nk sekolah balik.. tp bila dah sekolah kakak sering kali penat.. ibu anggap kakak mungkin tak biasa lg dgn jadual sekolah.. hampir 3 minggu kakak tak nak sekolah.. kalau pergi pn separuh hari je.. tiba lah satu hari perut kakak sakit.. bila ibu nak urut ibu rase keras kt tgh2 perut tu.. ibu tak sedap hati ibu ajak abah pegi HKL untuk rawatan lanjut.. hasil ct scan keputusan sangat mengejutkan.. sel2 kanser tu datang balik!kali ni dah merebak ke hati,limpa,perut dan tulang.. Ya Allah… beratnya dugaan ini. Lg mengejutkan doktor sahkan kakak tak dapat teruskan rawatan lagi kerana kakak tak kan dapat bertahan lama… ibu menangis semahu-mahunya dpn doktor..semua yang berlaku bagaikan mimpi.. longlai tubuh ibu nak terima hakikat ini.. ibu dan abah buat keputusan untuk bawa pulang kakak ke kampung.. disana kita punya keluarga..kita punya sokongan di saat2 kita tgh sedih.. makin hari kesihatan kakak makin merosot.. bila tgk kakak sakit.. ibu redha kakak pergi.. ibu tak sanggup kakak tp kakak sangat kuat.. kalau sakit pun hanya airmata yang mengalir.. ibu genggam tangan kakak.. ibu ajar kakak berzikir.. agar kesakitan tu dpt reda sikit..makin hari perut kakak makin besar.. doktor pakar buat keputusan untuk tebuk perut kakak untuk buang cecair yang ada dalam perut kakak.

Kakak tinggalkan ibu selamanya.. Al- Fatihah 

IKLAN

25.04.2019 kakak masuk hospital tp malangnya prosedur tu tak dapat diteruskan sbb result darah kakak kurang memuaskan.. terpaksa tunda sehingga result darah cantik.. malam tu kakak taknak tido.. kakak asyik meracau je..macam2 kakak cakap.. kakak nak relaks.. kakak nak masuk bilik.. kakak nak balik pukul 4pg kakak cakap ade orang datang.. ibu tengok xde sape pn dtg.. lepas tu kakak cakap sakit.. ibu bagi mkn ubt.. kakak meracau lg.. makin lama kakak makin kurang respon.. heartbeat kakak pon makin berkurang.. ibu ingt kakak nak tido biase lepas makan ubt tahan sakit kakak akan tido.. rupenya kakak tido selama lamanya. patut la kakak mmg xnak tido malam tu.. rupanya kakak nak tinggalkan ibu buat selama lamanya.

Ya Allah… kakak dah tinggalkan ibu,abah dan nia.. tinggallah kami di dunia ini.. berpisah di dunia selama lamanya.. ibu rasa ibu kuat rupanya ibu tak kuat kakak.. rindu nya pada kakak hanya Allah saja yang tahu.. tak puas lagi ibu jaga kakak.. tapi Allah lebih sayangkan kakak.. dari kakak menanggung sakit lebih baik kakak pergi.. ibu percaya di sana lebih indah.. tiada lagi kesakitan yang perlu kakak tanggung.. Alhamdulillah.. semua proses pengebumian kakak ibu dapat buat.. mandikan.. kafankan.. senyum je muka kakak.. cantik sangat.. tak puas ibu tgk.. seolah olah kakak sedang bergembira menuju kepada Allah.. ya Allah jagalah dia untukku.. sesungguhnya aku sangat rindu pada nya..
AL FATIHAH

**coretan ini bukan untuk menagih simpati sesiapa.. coretan ini hanya luahan hati seorang ibu yang kehilangan anaknya**

 

Sumber: Juwita Marlinda