Semalam telah berlangsungnya sambutan Hari Wanita di seluruh dunia. Rata-rata telah mengungkapkan kata-kata istimewa buat wanita dan ada yang menghadiahkan bunga sebagai simbolik pada hari tersebut.
Tidak ketinggalan, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang berkongsi video bersama isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Yang menarik perhatian dalam perkongsian di laman Tiktok itu, adalah emosi kedua-kedua wanita hebat yang dilihat sebak tidak dapat menahan air mata sedang meluangkan masa di sebuah restoran.
Aktress dengan nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah ini turut menitipkan pesanan istimewa buat ibu kepada dua orang nak itu di ruangan kapsyen.
Ads
“Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang luar biasa dan yang jelita! Teruskan bersinar, bukan sahaja hari ini tetapi setiap hari.
“Terutama buat adik saya yang cantik ini, Shu. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi.” Tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, diakhir video tersebut memaparkan mereka berdua berpelukan dengan senyuman sepertinya tabah menghadapi ujian yang datang.
@bellaastillah_94Happy Womens Day to all the incredible and beautiful women! shine on …not just today but everyday. Especially to my beautiful adik, Shu Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi❤️
Terdahulu, Shuhada telah mendakwa bahawa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali diwajahnya sehingga menyebabkan wanita itu menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri yang menyebabkan kecacatan kekal.
Sumber: TikTok @bellaastillah_94
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu.
Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Jadi bila susu dengan ikhlas dan kasih sayang maka akan membentuk hubungan yang erat, makanan yang berkhasiat dan anak akan melalui pembesaran yang baik.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
Sebaiknya cari tempat yang khusus untuk ibu menyusu bagi mengelakkan fitnah. Menyusukan anak di dalam kereta boleh tapi pastikan aurat ibu sentiasa terjaga.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.
Jom ikuti perkongsian beliau dan amalan sunnah Nabi Muhammad kita menghargai isteri tersayang.
10 cara Nabi SAW menghargai isterinya (sempena anibeseri 10)
1. Memberi mas kahwin yang tinggi sebagai penghargaan. Dalam hadis sahih Muslim (no 1426) mas kahwin Nabi SAW 500 dirham (1200 gram perak). Satu gram perak RM4.4. Lebih kurang RM5000
2. Tidak memukul isteri, anak-anak serta khadamnya. ما ضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم شيئا قط بيده، ولا امرأة، ولا خادما، إلا أن يجاهد في سبيل الله sahih Muslim 2328
3. Berdikari di rumah dan tidak menyusahkan isterinya.
ما كان إلَّا بشَرًا مِن البشَرِ كان يَفْلي ثوبَه ويحلُبُ شاتَه ويخدُمُ
نفسَه
Nabi saw melakukan tugas seperti manusia lain di rumah, membersihkan baju, menyediakan minuman susu dan berkhidmat utk diri. Ibnu Hibban
4. Tidak membalas suara tinggi isterinya. Bila Aisyah bersuara tinggi Nabi Saw memujuknya dengan baik.
فَسَمِعَ عَائِشَةَ وَهِيَ رَافِعَةٌ صَوْتَهَا يَقُولُ لَهَا يَتَرَضَّاهَا
5. Menjadi suami funny. Nabi saw menyebabkan Aisyah ketawa. فَوَجَدَهُ يُضَاحِكُهَا hr ahmad utk point 4 dan 5
6. Memujuk isterinya yang bersedih seperti Nabi pujuk Sofiyyah yg menangis dan berkata.
إنك لابنةُ نبِيٍّ وإن عمَك لنبيٌّ
وإنك لتحتَ نبِيِّ فبِمَ تفخرُ عليك
7. Sangat tenang dan tinggi kesabaran dalam keadaan yang tegang. Bila aisyah marah kerana cemburu dan memecahkan pinggan makanan yg diberikan ummu salamah. Nabi SAW hanya mengutip makanan dan mencantumkan pinggan tersebut. Nabi saw berkata pada khadam yg menghantar makanan itu:
غارت أمكم ibu kami cemburu
Sahih Bukhari 5225.
8. Romantis. Nabi SAW baca al-Quran di riba aisyah لقد كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يضَعُ رأسَهُ في حِجري وأنا حائضٌ ويقرأُ القرآنَ hr Ibnu Majah 523
9. Jujur dgn pasangan. Bila ummu salamah menghalang masuk rumah kerana bimbang dari rumah isteri yang lain. Nabi SAW memberitahu ada masalah kencing ما فعلت ولكن وجدت حقنا في بولي ibnu Abi Dunia
10. Sporting dan membawa isteri ke tempat hiburan. Apabia org2 habsyah bermain perisai dan tombak tidak bermata. Nabi ajak Aisyah melihat acara riada di Masjid dan tidak balik sehingga Aisyah sudah bosan. Aisyah berdiri belakang Nabi dan Pipi aisyah bertemu pipi Nabi Ketika itu.
كان السودان يلعب بالدرق والحراب فقال: تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ؟ فَقالَتْ: نَعَمْ.
فأقَامَنِي وَرَاءَهُ، خَدِّي علَى خَدِّهِ، ويقولُ: دُونَكُمْ بَنِي أَرْفِدَةَ، حتَّى إذَا مَلِلْتُ، 2906 sahih Bukhari
Oleh kerana ramai yg share, Saya tambah lagi:
11. Benarkan isteri bersama kawan sesekali. Nabi saw benarkan aisyah bermain dgn kawan2:
وَكَانَتْ تَأْتِينِي صَوَاحِبِي فَكُنَّ يَنْقَمِعْنَ مِن رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ
Kawan2 ku dtg bertemu ku utk bermain patung , mereka mengelak dari bertemu Nabi saw. Hr Muslim 2442
12. Beriadah bersama isteri:
تعالَى حتَّى أسابقَكِ فسبقتُهُ
Mariah kita berlumba lari. Aisyah mengalahkan Nabi.
Sahih
Demi menyahut seruan kerajaam utk berjimat, Sempena anibeseri ni kita bawak jalan2 KL je 🤣
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu bapa bukan suatu yang mudah. Ini kerana ibu bapa kena tahu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak yang buat perangai. Malah jika salah didikan akan memberikan kesan yang negatif kepada anak-anak.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais moga bermanfatt untuk dipelajari bersama.
Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri !
5 perkara ni kalau mak ayah buat kat rumah boleh beri kesan buruk jangka panjang pada anak-anak.
Jangan buat 5 perkara ni ;
1 : Tak Tahu Apa Anak Nak
– Ikut cakap mak ayah, jangan degil ! Kalau cakap macam ni memang anak tak mahu ikut punya.
– Anak ni macam layang-layang. Nak layang-laynag terbang tinggi kena tarik guna konsep “tarik lepas tarik lepas”.
– Dengan anak pun tak boleh bagi arahan sahaja, tak pernah nak tanya apa anak mahu. Percayalah, semakin kita ambil tahu kemahuan anak semakin anak akan dekat dengan kita.
2 : Tak Peduli Apa Anak Nak
– Dah tahu apa anak nak kena ambil peduli, jangan di abaikan pula. Boleh luluh hati mereka nanti.
– Walaupun kecil tapi cuba usaha dapatkan kerana usaha kita itu akan menjadi ingatan anak sampai dewasa nanti.
– Berbudi pada anak mesti masa mereka kecil, dah besar nanti baru mereka ada hati nak membalas.
3 : Pandangan Anak Tak Penting
– Ya betul, orang dewasa lebih banyak makan garam, pengalaman lebih luas, dan penuh ilmu tapi tak bermakna pandangan anak muda ini tak berguna.
– Kita tak akan jadi lebih berjaya jika kita masih dengan zon selesa kita, kemajuan hanya mimpi tanpa penambahbaikkan sistem sedia ada.
– Sudah tiba masa mak ayah ambil kira pandangan anak anak, beri peluang anak anak buat keputusan sendiri. Mak ayah “Lead & Guide” sahaja agar tak sesat.
4 : Dambakan Pujian dari Orang Luar
– Terlalu mempedulikan apa kata orang, takut malu, takut kalah dan takut di persendakan sehingga memaksa anak jadi “sempurna” di mata orang dewasa.
– Malah di mata mak ayah hanya keputusan cemerlang sahaja di anggap bagus dan layak menerima pujian.
– Gagal peperiksaan tak memberi makna anak akan sentiasa gagal, tapi mak ayah akan “gagal” di mata anak jika gagal menilai usaha mereka.
5 : Tak Tunjuk Teladan Baik
– Mak ayah kena berubah bila dah ada anak, tak boleh masih sama macam masa bujang. Tidur tak boleh sampai ke petang walaupun cuti, makan tak boleh atas katil dan cakap kena sensored sikit.
– Anak adalah juara “Copy & Paste” tau, jangan melenting pula kalau nampak anak buat apa yang kita buat.
– Mahu anak suka membaca mak ayah dulu kena baca buku depan mereka, nak anak jadi seorang yang pandai berfikir mak ayah tak boleh la cepat gelabah bila ada masalah.
Ingat ye, Jangan buat !
Mohd Fhais Pentingkan anak-anak dulu baru kita akan jadi orang paling penting dalam hidup mereka.
p/s : Tolong kongsikan juga pada Mak Ayah lain ya yang selalu terlepas pandang benda macam ni supaya mereka pun dapat manfaat.
p/s : Saya juga selalu berkongsi banyak tips rumahtangga dan parenting di telegram. Join di sini -> t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.