Jangan tak percaya, ada di kalangan orang dewasa mempunyai rasa takut melampau atau fobia berjumpa doktor gigi bagi mendapatkan rawatan.

Malah ada yang sanggup menahan rasa sakit sehinggalah tidak dapat lagi dikawal barulah ke klnik gigi untuk mendapatkan rawatan.

Sebagaimana perkongsian ini, doktor gigi ini berkongsi tip seorang pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Untuk mengelak pesakitnya pitam akibat gemuruh ketika mendapatkan rawatan. Ia bagi mengelak tekanan darah pesakit naik hingga boleh mengundang bahaya.

Nak tahu tip menafaat ini ikuti perkongsianya.

Risau Pesakit Pitam, Dr Gigi Ini Kongsi Tip Cabut Gigi Bagi Penghidap Darah Tinggi.

Encik, encik ok ke? Dia mengangguk-angguk kepala.
Risau pesakit pitam..kerana beliau ada tekanan darah tinggi. Namun sebelum prosedur, pesakit maklumkan bahawa dia sudah makan ubat dan monitor bacaan tekanan darah tingginya baik-baik saja.

Sebenarnya ini kes pesakit saya semalam, sebaik sahaja selesai cabut gigi gerahamnya. Darah keluar tidak berhenti-henti seperti air paip bocor. Kelam kabut kami dibuatnya.

KENAPA BERLAKU PENDARAHAN?
Ini adalah hiperemik, bermaksud tisu yang mengelilingi gigi sangat radang dan bengkak dengan salur darah – salur darah kecil. Justeru itu, selepas cabutan gigi, tisu-tisu ini lebih berkemungkinan untuk berdarah secara berlanjutan.
.
Saya mengaplikasi tekanan secara manual pada kawasan cabutan menggunakan pek gauze. Saiz gauze perlulah kecil supaya hanya melitupi soket cabutan.
Gauze yang digunakan boleh dilembapkan supaya darah tidak membeku pada gauze dan darah beku yang terbentuk tidak tertarik daripada soket apabila gauze dikeluarkan.

IKLAN

Kemudian saya jahit gusi bekas cabutan dan pesakit menggigit gauze kuat.
Pesakit duduk rehat sementara saya menghabiskan pesakit lain. Kemudian saya panggil pesakit semula dan memeriksa darah.

Alhamdulillah setelah tiada pendarahan yang banyak baru saya benarkan pulang.
Terdapat sedikit darah tercampur dalam air liur. Oleh itu, pesakit tidak perlu terlampau bimbang dengan jumlah kehilangan darah yang dialami.
Selepas prosedur cabutan, pesakit dinasihati untuk menggigit (bukan kunyah) pada gauze selama 30 minit. Gauze perlu disimpan dalam mulut selama 30-45 minit.
Pesakit juga dinasihati mengurangkan percakapan untuk 2-3 jam selepas cabutan.
.
APA YANG PATUT ANDA TAHU SEBELUM CABUT GIGI?

Doktor gigi atau pembantunya akan mengambil sejarah peristiwa yang boleh memberi kesan selepas cabutan.
Beberapa soalan akan ditanya berkenaan penyakit yang mungkin ditanya sebelum cabutan, contoh samada terlupa mengambil ubat, riwayat penyakit pembekuan darah, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Pesakit dengan bacaan tekanan darah sebanyak 160/100 mmHg ke atas lebih berkemungkinan untuk berdarah. Cabutan sebolehnya ditunda dan sekiranya perlu, pesakit dirujuk kepada pengamal perubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.
.
BERIKUT ADALAH TIPS PENGHIDAP TEKANAN DARAH TINGGI SEBELUM MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK PERGIGIAN :

IKLAN

Risau Pesakit Pitam, Dr Gigi Ini Kongsi Tip Cabut Gigi Bagi Penghidap Darah Tinggi.

1. Rehat dan tidur secukupnya sebelum ke klinik pergigian. Badan yang kepenatan biasanya meninggikan tekanan darah.
2. Datang ke klinik pergigian pada awal pagi apabila badan anda masih segar dan bertenaga.
3. Makan sebelum datang kerana rawatan pergigian mungkin akan mengambil masa yang lama dan mengelakkan rasa pening dan pitam.
4. Pastikan ubat tekanan darah tinggi yang dibekalkan oleh doktor perubatan diambil mengikut preskripsi.
5. Jangan terlalu takut atau gementar untuk berjumpa doktor gigi. Beritahu doktor jika anda mengalami perasaan takut yang melampau dan ambil masa untuk tenangkan diri.
Sekiranya tekanan darah masih tinggi setelah mengamalkan semua tips diatas, biasanya anda akan dirujuk kepada pegawai perubatan untuk memantau dan mengawal penyakit hypertensi dan rawatan cabutan akan diteruskan apabila tekanan darah anda lebih terkawal.
.
ADA APA YANG BOLEH DIELAKKAN SUPAYA PENDARAHAN TIDAK BERLAKU?

1. Pesakit disarankan supaya tidak merokok untuk sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan kerana akan mengganggu proses penyembuhan. Merokok boleh mewujudkan tekanan negatif yang boleh menyebabkan darah beku terganggu.
2. Pesakit juga perlu mengelakkan daripada menghisap atau meludah terlalu kerap kerana ini akan mewujudkan tekanan negatif dan menganggu darah beku. Penggunaan penyedut (Straw) selepas cabutan juga tidak digalakkan.
3. Pesakit dinasihati untuk berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak selama 24 jam selepas cabutan. Ini kerana tekanan darah mungkin naik dan seterusnya menyebabkan pendarahan.
.
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL JIKA PENDARAHAN MASIH TIDAK BERHENTI
➡️ Elakkan daripada berkumur berketerlaluan kerana ini akan mengeluarkan darah beku dari soket.
➡️ Kemudian, sekeping gauze perlu digigit di kawasan cabutan selama lebih kurang 30 minit. Gauze perlu digigit dengan tekanan yang setara.
➡️ Uncang teh juga boleh digigit selama 30 minit. Uncang teh perlu dilembapkan dengan air dan kemudiannya dilipat setengah. Asid tannik di dalam teh berfungsi menghentikan pendarahan dengan menyebabkan konstriksi salur darah.
➡️ Jika tiada kedua-dua gauze atau uncang teh, sapu tangan kapas yang bersih boleh dilembapkan dan digunakan juga. (Jangan sesekali menggunakan kertas tisu atau kapas pada peringkat ini).
➡️ Gulungkan sapu tangan supaya boleh muat diantara gigi bersebelahan soket. Ia perlulah cukup besar supaya apabila gigi dirapatkan, gulungan ini mengenakan tekanan yang mencukupi kepada soket.
➡️ Sekiranya pendarahan berterusan selepas tekanan dikenakan selama 30 minit, hubungilah klinik pergigian untuk arahan dan nasihat selanjutnya.
Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber: Azila Mohd Kasim

IKLAN

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Risau Pesakit Pitam, Dr Gigi Ini Kongsi Tip Cabut Gigi Bagi Penghidap Darah Tinggi.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI