Tidak dinafikan jemput-jemput antara menu paling mudah untuk disediakan. Cukup ada tepung dan ikan bilis pun sudah boleh sediakan jemput-jemput yang ringkas.
Pun begitu, jika inginkan jemput-jemput yang lebih gebu dan lembut, sebenarnya ada beberapa petua.
Selain perlu memasukkan telur di dalam ramuan, tahukah anda pilihan tepung yang digunakan juga memberi kesan untuk hasilkan jemput-jemput yang lebih istimewa dan pastinya nampak gebu.
Lazimnya, tepung yang digunakan adalah tepung gandum. Pun begitu apa kata kali ini cuba gantikannya dengan tepung kek.
Ads
Secara ringkasnya, resepi jempot lembut ini ada mengandungi;
Ads
Telur – 1 biji
Tepung naik sendiri @ tepung kek – 500 gram
Air secukupnya sampai boleh menjemput (air suam @ air suhu biasa)
Boleh campak apa2 hiasan dan lauk pauk seperti – ikan bilis, udang, daun sup, bawang, ataupon taugeh
Resepi ini valid untuk segala jenis jompot termasuk, Jemput-jemput pisang, Jemput-jemput manis, Jemput-jemput labu
Jemput-jemput sukun dan sebagainya.
Hidangan istimewa di pagi raya tentunya selain menu rendang, Daging Masak Hitam sesuai juga dijadikan menu pilihan keluarga.
Hidangan ini kalau digandingkan bersama pulut, ketupat, lemang dan sebagainya memang cukup menyelerakan.
Jadi apa kata anda sediakan terlebih dahulu rempah homemade untuk memastikan Daging Masak Hitam yang bakal dimasak nanti berasa dan enak.
Penyediaan ramuan rempah ini dikongsikan oleh Norzaleha Umar.
Sekarang sis nak kongsi rempah untuk daging masak hitam pulak..
Andai kata ilmu yang sis kongsi ni memberi manafaat utk semua dan ada ganjaran pahala untuk nya.. Sis sedekahkan semua pahala tu untuk arwah mak dan ayah sis..
Bahan-bahan :
2 sudu besar ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu lada hitam
Cara penyediaan :
1. Bahan rempah disangai
2.Setelah itu dikisar
Ekstra info :
Untuk menyediakan Menu Daging Masak Hitam hanya 2 sudu diperlukan.
Biasanya bila bab urusan masak memasak ini, kita sebagai ibu yang biasanya lebih pakar menyediakan pelbagai menu kegemaran keluarga. Namun perkongsian kali ini cukup berbeza dan istimewa, bila mana seorang lelaki yang juga ayah kepada dua cahaya mata ini boleh menyediakan menu chicken chop yang nampak cukup menyelerakan.
Kehebatannya dalam memasak tidak boleh dinafikan, oleh itu tidak hairanlah bila mana dia sering berkongsi pelbagai resipi dan foto makanan di media sosial. Untuk itu, apa kata kali ini bersempena musim cuti sekolah, kita ambil kesempatan mencuba resipi yang dikongsikan olehnya. Pasti seisi keluarga menggemarinya.
Ini perkongsiannya di page MAHN
“Assalam sis, semalam sy post pasal chicken chop tapi xde respi. Siap ade PM jangan letak gambar kalau makan kat kedai. Amboiiii….Jadi harini sy repost balik sekali dengan resepi dan cara sy buat sendiri ya. Kesian pulak klu x letak respi macam tinggalkan cinta gantung tak bertali kat sis2 semua. Haha
“Jadi sis2 yang tengah kerja tu dah bolih plan berdinner malam ni. Kalau tempat kerja sis tu ade supermarket, nanti waktu lunch boleh lah pegi beli barang2 ni.
“X renyah mana pun….kebanyakannya menggunakan bahan2 asas, kite buat from scratch pun ade. Mula2 mungkin akan renyah, tapi bile dah selalu buat, kite akan rasa easy peasy“–Wan Luqman
CARA BUAT CHICKEN CHOP
Okay, mula2 kite perlukan ayam bahagian whole leg. Klu sebut kaki, nanti orang ingat kaki ayam je dak? Haha…part leg ni adalah bahagian thigh dan peha. Kite kena debon sendiri. Kikis isi2 di thigh tu, buang tulang dia. Utk tulang yg bersambung dengan peha tu, patahkan saja. Ketuk kat buku lali utk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik je tulang drumstik tu.
RAHSIANYA : Kalau nak juicy, rendam dalam air garam 1 malam atau 2-3jam….proses ini dipanggil sebagai brine. Lepas tu bilas dulu ayam tu kang x pasal darah tinggi.
Batterkan ayam tu dalam apa2 jenis tepung. Dalan episod ni, kite batterkan dalam bancuhan tepung kepci. Lepastu utk bancuhan kering, tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder….takde tepung kepci pun xpe, tepung gandum pun on…Bile dah rendam ayam dalam bancuhan batter, gaul pulak dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.
Panaskan minyak sesedap rasa. Baru goreng. Waktu ni tangan jangan gatal nak usik2 balik ayam tu, biar dalam 5minit, agak2 sebelah tu dah mengeras, baru balikkan.
Sesambil tu, mari kite sediakan bahan2 untuk sos. Memasak ni, kena multitask tau. Kalau tunggu nak buat satu2, jawabnye dari berjam2 la baru nak siap 1 masakan. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.
Untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam
Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan seleri tu. Kemudian masukkan semua bahan2 diatas. Sos blackpepper, sy guna jenama life.
Masukkan 500ml air. Biarkan menggelegak. Tak perlu gula ya sbb sos tiram tu after taste dia dah manis, lagipun sos blackpepper tu ada manis2 dah.
RAHSIANYA: Boleh je guna instant brown sauce glaze tu. Bancuh dengan air dan masak atas kuali. Dicadangkan brand knorr atau swiss bear.
Oh ya…patutnya tepung gandum ni dicampur sewaktu masukkan marjerin tadi tu. Bile marjerin dah cair, masukkan tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tadi terlupa… Hahah.. Masukkan 2sb tepung gandum.
RAHSIANYA : Ada orang tanya apa beza tepung gandum dan tepung jagung tu? Yes tepung jagung juga boleh jadi sebagai agent pemekat. Tapi ialah lebih sesuai untuk hidangan lain seperti mee udang ke, mee bandung ke, kuay teow kungfu, ladna, kuay teow hongkong atau sweet sour. Sbb bancuhan tepung gandum ni dia berkilat dan ‘berlendir’. Kite nak pekat yg powdery.Kalau suka creamy, boleh masukkan krim atau susu. Lemak berkrim. Akan jadi gravy for diane steak.
EKSTRA RAHSIA : Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah. Memang ajaib ciptaan Allah ni. Bay leave atau daun salam.Daun salam ni, kalau masak sup, daging hitam, nasi beriani ke, rendang ke, memang sedap. Dia membantu enhance kan lagi rasa rempah tu. Macam mane eh nak cakap, bagi melengkapkan rasa masakan berempah tu.
Oh ya, bile dah siap masak, tapis lah sos ni dulu utk asingkan bahan2 dalam tu seperti seleri, bawang putih dan lebihan ketulan tepung. Nak tahu sos ni dah ok? Bile seleri tu dah lembut.
Untukcoleslaw, hiriskan halus2 kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1sk gula, mayonis ikut suka dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata. Memamg sedap tau.
RAHSIANYA :Mayonis yg sedap adalah brand saji, kimbal dan miyachi. Miyachi paling sedap. Berlemak dan krim. Ladis choice yg sadis tu buat kenangan je lah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.