Sejak dua tiga hari ini, sesetengah tempat di Lembah Klang dikatakan stok roti agak susah didapati dikedai.
Punca kekurangan stok tidak diketahui dengan jelas, namun ada berita memaklumkan ada sebahagian kilang roti terkenal di naiki air banjir.
Bagi penggemar roti tentu tak keruan jika tak makan roti. Apa kata cuba buat sendiri roti di rumah. Memang rasa pun dah macam kedai.
Ikut resipi ini, memang menjadi!
Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 1 sudu makan marjerin 3 sudu gula 1 cawan susu sama ada full cream, low fat atau fresh yang suam (ikut kesukaan masing-masing) 1 sudu makan yis dan sedikit garam.
Cara penyediaan:
Ads
Gula digaul bersama susu pilihan anda tadi dan yis. Biarkan bahan tersebut seketika dalam keadaan berbuih seperti di gambar mangkuk.
Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam adunan tepung bersama sedikit garam. Biar adunan nampak cantik
Ads
Uli bahan tadi seketika sebelum masukkan pula marjerin dan diuli sekali lagi. Kemudian dibiarkan seketika untuk memberi masa tepung adunan tadi naik cantik. Bentukkan ke dalam bekas dan bakar. Sempurna!
Untuk membakar roti ini, anda disarankan menetapkan suhu pembakar dalam 200 hingga 230 C selama 30 hingga 45 minit sahaja. Tetapi kalau warna roti sudah bertukar kuning seperti di dalam gambar, keluarkan saja.
Demi kelangsungan hidup, diakui sejak kebelakangan ini ramai antara kita perlu lakukan pelbagai usaha untuk mencari rezeki. Bukan mudah untuk lalui hidup yang kian mencabar kini, apatah lagi andai sudah berusia.
Walaupun kadang kala jumlah pendapatan yang diperolehi tidaklah sebanyak mana, namun demi sesuap nasi digagahkan jua untuk bekerja.
Ini sebagaimana dapat dilihat menerusi satu perkongsian video yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook KakSah Katering Besut, memparkan seorang wargaemas berniaga air tebu di tepi jalan.
78 Tahun Masih Bekerja
Menerusi perkongsian video tersebut dapat dilihat seorang lelaki yang telah berusia 78 tahun dengan kudratnya yang semakin lemah, namun tetap diusahakan untuk mencari rezeki.
Tidak mahu hanya berserah dalam hal mendapatkan rezeki, tetap diusahakan dengan membuka gerai air tebu di tepi jalan.
Apa yang lebih menyentuh hati, pakcik ini menguruskan perniagaannya dengan setiap tugas seperti dari memesin tebu hinggalah membungkuskan air yang diminta pelanggan, semuanya dilakukan sendirian tanpa dibantu oleh sesiapa.
Posting ini tular di media sosial apabila pengguna facebook mengajak orang ramai untuk membantu pakcik ini dengan membeli air tebu jualannya.
“Jom support ayoh kita jual air tebu… gerai ayoh dekat benar (sahaja)… berdekatan restoren Rumbia, pejabat agama, bengkel Kemas dan laluan pejabat Daerah Besut.
“Allah… ayoh kito ni berumur 78 masih kuat mencari rezeki. Kito anok mudo (anak muda) marilah tolong beli air tebu ayoh biar ayoh balik awal,” serunya.
Live yang berdurasi 10 minit itu juga menampakkan tangan pak cik terketar- ketar menuangkan air ke dalam cawan sambil menjawab pertanyaan lelaki yang merakam video tersebut.
Menurut perakam video, ayah telah lama berniaga di situ.
“Ayoh jual air tebu ni sejak saya masih kecil. Pernah menjual menggunakan basikal. Dulu kedai ayoh ni dilanggar… ini baru lagi ayoh buka semula.
“Sedihnya rasa… ayoh umur dah berusia masih bekerja.
“Harga air tebu ayoh hanya RM2. Ayoh pon mesin sendiri tebunya itu… marilah kita ramai-ramai membeli,” katanya.
Apa yang lebih sayu tatkala melihat terpancarnya kegembiraan di raut wajah tua itu apabila lelaki tersebut memborong kesemua air tebu yang dijual.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ketika ini kita masih kekal di rumah bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Jadi bagi yang suka berkebun boleh cuba menanam pokok terung.
Tidak perlu tanah yang luas, hanya mengunakan pasu sahaja. Namun untuk berkebun ni kena ada ilmu dan cara yang betul bagi memastikan tanaman subur.
Ikuti perkongsian lelaki ini cara menanam terung dalam pasu.
KAEDAH TANAM TERUNG. Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium. Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu BAJA NLEGROW Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja. 2. Penanaman pokok. Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama. 3. Penjagaan.
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat. Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli. Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir. 4. Pemangkasan. Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun. 5. Lalat buah. Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia. 6. Siraman. Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik. 7. Kebersihan. Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mat pun sedap memandang. So, itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Meskipun sudah berpisah sejak 2014, hubungan pelakon era 1980-an, Liza Abdullah dengan bekas suami tetap baik.
Malah kemanisan antara keluarga Liza dan bekas suami jelas terserlah ketika meraikan perkahwinan anak keduanya itu. “Hubungan saya dengan keluarga bekas suami masih macam dulu. Keluarga saya dan bekas suami sama sama nak yang terbaik untuk anak kedua biarpun semuanya berlangsung dalam serba sederhana.
“Ada yang sudi membantu dan menaja. Biarpun anak kedua saya tak bertunang dan hanya diadakan majlis merisik sebelum ini, saya sebagai ibu bersyukur dan berharap jodohnya akan sampai ke jannah.
“InsyaAllah bulan Disember ini, anak lelaki sulung, Zulhaffiz Zariq pula akan berkahwin,” katanya.
Menerusi perkahwinannya dengan Zolkefli, Liza dikurniakan empat anak. Tiga daripadanya lelaki termasuk Zulsyahmi Naqib dan Zulsyahmi Afiq
Pelakon yang kini sedang hot dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2 menerima menantu sulungnya apabila anak perempuan tunggal kedua, Nurnaffiz Syahiddah Zolkefli, 27, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Syahidan Rosli.
Majlis berlangsung di rumah ibu saudara pengantin perempuan di Shah Alam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Malah di majlis pernikahan itu, pemilik nama penuh Norliza Abdullah itu tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak dan bercampur baur. “Perancangan asal memang nak buat majlis di dewan besar. Berangan nak buat majlis serba meriah. Tanpa diduga kita diuji dengan pandemik Covid 19. Jadi agak kucar kacir perancangan yang ingin dibuat.
“Malah dengan keterbatasan dan ujian melanda banyak perkara yang tak dapat dipenuhi. Nak jemput ramai tetamu pun tak boleh. Memang ada yang terasa hati dan ralat tak dapat undangan. Tapi saya harap mereka semua dapat memahami situasi kita kini.
“Namun saya tetap bersyukur majlis berlangsung dengan seadanya. Malah teman rapat seperti Datuk Shah Rezza dan Datuk Ziela Jalil serta kenalan lain ada hadir dan menyokong,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Liza bersyukur kerana ukhuwahnya dengan teman baik seperti Shah Rezza dan Ziela Jalil bertahan hingga hari ini.
“Usia persahabatan kami sudah mencecah lebih 30 tahun. Merekalah teman saya berkongsi suka duka, bergaduh manja, bertekak sampai baik balik. Dari zaman saya solo, berkahwin, berpisah hingga ke mahkamah, Shah Rezza dan Zielalah yang setia menemani.
“Shah Rezza sendiri antara teman yang selalu buat majlis atau acara untuk menyatukan kami dengan kawan lain,” kata.
Liza hingga kini juga terus aktif berlakon dan diberikan watak. Malah katanya, jadual berlakonnya sampai bulan November depan sudah penuh. Beliau juga mempunyai kelab peminat di bawah akaun Instagram @lizzaabdullah_fc
Liza juga memaklumkan dia dan Ziela akan memasarkan produk susu kambing mereka di bawah jenama Lala (gabungan nama mereka, Ziela (La) dan akronim Liza Abdullah (La) tak lama lagi.
Ibu tunai haji sendirian jadi perhatian ramai apabila 10 beradik menulis nota-nota kecil pada setiap kelengkapan haji buat memudahkan urusan ibu tersayang di Tanah Suci.