Roti Telur Berhantu, Bunyi Macam Ngeri Tapi Bila Makan Tak Boleh Stop. Resipi Mudah, Guna 3 Bahan Je!

Share

Ibu-ibu ni kalau masuk dapur mesti pening nak fikirkan menu kan. Dari sarapan membawa kepada makan malam. Kalau pagi tu asyik makan nasi lemak atau roti bakar bosan juga kan. Apa kata cuba Roti Telur Berhantu ni. Nama pun lain macam tapi pasti  anak-anak sukakannya nanti.
Boleh dibuat sarapan mahupun untuk minum petang. Resipi ini dikongsikan oleh puan Bahiah Saripuddin ​​​​​​.

RESEPI ROTI TELUR BERHANTU


Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kureng.
Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Boleh la view step senang namatey. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti.
Selamat mencuba!
#dapurcheyah

Bahan-bahannya. Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.

Cara membuat:

Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat
Kacaulah bagi ianya sebati
Celup roti
Haa bagi dua belah celup taw.
Gorenglah tanpa minyak atau less sebab kalau minyak banyak ia meresap oiii. Makan minyak la.
Haa nampak manis warnanya boleh la angkat
Cheyah potong empat taw. Kalau tak nak potong pun tak kisah.
Dah angkat tu dia takkan keras. Dia lembut kelepek gini.
Tapi makan dia soft waktu panas-panas.

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

IKLAN