Kita biasa dengar dengan persekitaran tempat kerja yang toksik boleh menyebabkan seseorang itu hilang semangat seterusnya mengalami tekanan perasaan. Namun tanpa sedar bahawa sebenarnya bukan tempat kerja sahaja tetapi rumah anda sendiri!
Pernah rasa letih, asyik nak keluar dan stress bila balik rumah. Ini lah sebabnya! Tanpa kita sedar sebenarnya rumah boleh menjadi pencetus kepada persekitaran toksik buat anda. Tentu anda tak sedar kan!
Sebenarnya Barang-barang yang tidak lagi digunakan, pakaian lama, barang rosak, dan memori lama yang tidak relevan semuanya boleh mempengaruhi kesihatan mental, emosi, dan fizikal kita. Sebagaimana perkongsian daripada paparan Motivation bermanfaat untuk kita berfikir sejenak mengenai apa itu yang dikatakan persekitaran toksik di rumah!
1.Barang-barang yang anda tidak lagi gunakan. 2.Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak dipakai. Termasuk pakaian dalam yang rosak. 3.Barang-barang yang sudah rosak. 4.Kad dan nota lama. 5.Pokok-pokok yang mati atau sedang sakit. 6.Resit lama dan majalah usang. 7.Kasut yang sudah rosak. 8.Barang-barang yang memanggil memori lama yang tidak lagi relevan. 9.Jika anda ada anak kecil, mainan yang sudah tidak digunakan, tidak berfungsi, atau yang telah rosak.
Kelebihan Bila Anda Bersihkan Barang-Barang Ini:
1.Kesihatan anda akan bertambah baik. 2.Kreativiti akan semakin berkembang. 3.Hubungan dengan orang sekeliling akan menjadi lebih baik. 4.Kapasiti untuk berfikir secara rasional akan meningkat. 5.Mood akan menjadi lebih positif.
Ads
Soalan Yang Membantu Anda Membuat Pilihan:
1.Kenapa saya masih simpan barang ini? 2.Adakah barang ini penting untuk kehidupan saya hari ini? 3.Bagaimana perasaan saya jika saya lepaskan barang ini?
1.Kurangkan bunyi bising yang melampau. 2.Gunakan cahaya yang lebih lembut. 3.Pilih warna-warna yang lebih neutral. 4.Elakkan bau bahan kimia yang kuat. 5.Kurangkan memori sedih dalam rumah. 6.Selesaikan projek-projek yang tertangguh. 7.Wujudkan tenaga positif dalam rumah anda.
Langkah Bersih-Bersih: Buat pembersihan secara menyeluruh dengan menggunakan kotak untuk organisasi. Mulakan dengan laci atau kabinet, dan selesaikan satu ruang pada satu masa mengikut kadar anda sendiri: a) Sampah. b) Barang yang perlu dibaiki. c) Barang yang boleh dikitar semula. d) Barang yang masih dalam pertimbangan. e) Barang untuk dihadiahkan. f) Barang untuk didermakan. g) Barang untuk dijual.
Semasa anda membersihkan, perhatikan bagaimana perubahan itu memberi kesan kepada diri anda. Membersihkan ruang fizikal adalah langkah untuk mengatur minda dan hati. Latih diri untuk melepaskan barang-barang material yang hanya memenuhi ruang, dan anda akan mendapati bahawa ia juga membantu anda melepaskan perkara yang lebih besar dalam hidup.
Ads
Dengan ini, dengan perkongsian yang dipaparkan ini, membersihkan rumah bukan sekadar mengemas ruang fizikal, tetapi juga cara untuk mengatur minda dan hati kita.
Dengan mengamalkan konsep melepaskan barang yang tidak lagi berfungsi dalam hidup kita, ia memberi ruang kepada tenaga positif, idea baharu, dan hubungan yang lebih harmoni.
Ambil langkah kecil, satu laci pada satu masa, dan rasai perubahan dalam diri anda. Ingat, kebahagiaan bermula dengan ruang yang tenang dan teratur. Selamat mencuba!
Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu… sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
* Niat (Rujuk gambar)
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
* Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
SEMOGA BERMANFAAT
Sahabat Hijrah Anda
Sumber: Oh Sedap Ker
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain, bahagia pasti melimpahi keluarga itu. Perkongsian pelakon Gerak Khas, Abby Abadi yang melahirkan rasa syukur dikurniakan suami seorang yang ringan tulang membantunya menguruskan anak-anak.
Melalui muat naik instagramnya, Abby memberi kata pujian kepada suaminya yang menguruskan urusan pergi dan balik anak-anak dari sekolah. Turut berkongsi sekeping gambar suami bersama anakk-anaknya dalam kenderaan.
“Abah yang baik ialah Abah yg rajin hantar anak2 pergi & ambil balik sekolah hehe.
“Inilah antara rutin suami sejak kahwin dengan saya 5 tahun yang lalu (ehh salah baru nk masuk 4 tahun ) Hantar/ambil ambil Baby besar kita gi sekolah.
“Kak Dania tu sementara je (15hb masuk asrama balik). Lepas dah selesai urusan anak2, kadang Abah gi beli breakfast utk Mama yg mengada ni, kadang beli utk Opah, hantar kat Opah pulak.
“Kira mmg rajinlah suami ni kesana sini melayan. Dah selesai semua baru dia pergi selesaikan kerja dia..
“TQ tau Abah. Semoga ALLAH balas kebaikan sayang dgn sebesar2 ganjaran ye. Amin Bawak kereta ke Klang harini hati2. Baca doa biar ALLAH jaga.
Sebagai seorang bertekak Melayu, tak lari kalau makan benda-benda pedas kan? semakin pedas, semakin menggiurkan. Sambal totok petai rangup yang begitu sinonim dengan bangsa Jawa ini menjadi piliihan ramai kerana mempunyai rasa yang tersendiri, pedas-pedas masin dan sangup. fuh makan dengan nasi panas begitu saja pun memang boleh buat tambah nasi lah!
Amaran : Sebelum anda teruskan membaca arikel ini pastikan anda telah membatalkan niat anda untuk diet, kerana apabila melihat gambar dibawah, anda akan terus mencari dan makanan ini boleh jadi ejen penambah nasik! Bahaya untuk diet anda
Dah batalkan niat diet? okay mati kita mulakan!
Proses pembuatan dia sangat lah senang, bahan dia pun memang senang nak dapat.
Bahan-bahan
1 biji bawang besar
15 biji cili hijau (kalau nak pedas lagi boleh lebihkan)
1 ulas cili merah besar
1 inci belacan
semangkuk petai segar
segenggam ikan bilis
kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu
Cara-cara
Gorengkan bawang besar, cili merah besar, belacan dan cili hijau. jangan terlalu garing. Asalkan kecut saja bahan tadi dan toskan.
kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu
2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama sehingga garing
3. Tumbuk bahan semua tadi sehingga lumat.
Tips : Nak lagi sedap, ikan bilis tu masukkan selepas bahan tadi dan tumbuk kasar saja. Bila makan dia akan rasa rangup-rangup tau
kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu
4. Terakhir sekali, masukkan petai segar dan gaul dan siap!
kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu
p/s ; kalau nak masukkan garam sikit pun boleh. Tapi jangan banyak sangat sebab belacan dan ikan bilis tadi sudah masin. boleh rasa-rasa dulu.
kredit gambar Facebook @Rafiza Idayu
Boleh dihidangkan dengan nasi panas, tambah dengan telur goyang, campur dengan sambal totok ni. fuh! memang ‘terangkat’ beb!
Bagi yang nak makan tapi tak ada idea nak masak lauk apa, boleh cuba ini dekat rumah ya. simple, cepat dan mudah saja nak buat. selamat mencuba…
sumber : Facebook @Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.