Cabaran menghias rumah kampung peninggalan keluarga agar terlihat moden dan cantik tentu ada kesukarannya yang tersendiri. Pun begitu, dengan sentuhan magis Puan Siti Jamilah Ahmad ini, siapa sangka rumah kayu yang dihuni terlihat indah dan kemas bergaya pada dekorasi dalamannya.
Mengetahui kisahnya lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Saya sekeluarga tinggal di rumah ini sejak lepas kahwin, ini memang rumah turun temurun peninggalan famili. kalau hendak dilihat, renovation hanya saya lakukan pada bahagian dapur. Di mana saya sudah ubah suai buat batu, cuma bahagian asal rumah saya tak usik. Sekadar buat pun cat dan tampal walpaper sahaja.
Ads
Kiranya sekarang ini saya tinggal di rumah ini bersama anak beranak, 6 orang semuanya. Anak-anak semua sudah besar, anak sulung 23 tahun usianya dan yang bongsu akan duduki peperiksaan SPM tahun ni, yang lain semua kat U.
Bercerita tentang konsep dekor rumah ini, sebenarnya saya sendiri yang tentukan. Saya memang minat konsep moden. Kalau hendak dibanding antara saya dan suami dalam hal cerewet menghias ni, kira senang cakap dua-dualah cerewet.
Ads
Jadi situasi rumah ini memang beginilah dari masa anak-anak masih kecil hinggalah sekarang sudah besar panjang. Saya akan pastikan rumah akan sentiasa kemas dan bersih. Anak-anak masa kecil dulu memang saya didik agar tidak usik barang-barang.
Ads
Barang deco kebanyakan saya suka beli kedai eco sebab murah boleh bajet, jika ada bajet lebih saya suka pergi ikea dan kaison.
Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membuat karipap bukan sahaja perlu tahu resipinya untuk dapatkan rasa yang enak malah perlu tahu seni klim karipap dan teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan karipap yang terlihat cantik dan memiliki kulit pastri yang rangup. Ini sekali gus akan menjadikan karipap yang terhidang begitu sempurna untuk dinikmati.
Meninjau perkongsian di group Masak Apa Hari Ini, puan Rohana Muhammad berkongsi resipi dan rahsia untuk mendapatkan karipap yang bukan sahaja enak, cantik kulitnya malah kekal rangup seharian bila betul cara dan teknik menggorengnya. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet yang ramai teruja untuk mencubanya.
Jadi apakah sebenarnya rahsia atau cara menggoreng karipap yang dimaksudkan oleh Rohana Muhammad ini. Nak tahu lanjut, baca perkongsian penuh daripadanya di bawah ini.
Inti
4 biji ubi kentang yang sederhana besar
Sebiji keledek yang juga sederhana besar..saya campur keledek dan kentang untuk dapat rasa yang manis dan srtuktur inti yang cantik, potong dadu.
Sedikit isi ayam dan cincang kalau suka isi daging atau udang kering pun boleh.Terpulang.
Sebiji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang atau diketok
2 sudu serbuk kari Babas
Sesudu besar cili boh
Beberapa helai daun kari
Garam dan gula
Cara memasaknya :
Tumis bawang besar dan bwng putih serta cili boh hingga wangi…daun kari sekali…masukkan rempah kari…setelah garing, masukkan isi ayam…bila sudah sebati..boleh masuk kan kentang dan keledek…masulkan air sama paras dengan kentang…perasakan…bila hampir kering…
kacau dan lenyek-lenyekkan sedikit…masak hingga kering…masukkan daun sop dan daun bwng ( jika suka)
Untuk kulit
4 cawan tepung gandum( dapat 45 biji..saiz sederhana yang orang jual 5 biji RM 2)
3 sudu besar marjerin…sedikit minyak
Masak marjerin dan minyak hingga berbuih, angkat dan tuang kan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu sebab panas dan bila sejuk bolehlah gaul dengan tangan. Gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
Tuangkan air yang telah dimasukkan sedikit garam
Uli hingga menjadi doh. Biarkan seketika, selepas itu bulatkan saiz kecil (agak agak).
Canai, bubuh inti dan kelim.
Teknik Goreng Untuk Dapatkan Kulit Rangup Seharian
Masuk kan minyak ke dalam kuali, buka api dan terus masukkan karipap. Mula goreng dengan minyk yang masih sejuk baru dapat kulit yang flowless gitu dan kena ‘main api’. Bila sudah siap gorengan pertama, tutup dulu api sebelum masukkan yang kedua. Kalau masukkan dalam minyak yang panas kulit akan jadi berkerutu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Rakyat Malaysia ni kalau tak jaga ‘kain’ orang tak sah! Ada sahaja nak dipertikaikan dan diperkatakan. Lebih-lebih soal wajah, pantang cantik sikit dikatakan cucuk lah, itu lah ini lah. Aduhai sampai pening dibuatnya!
Malah yang selalu menjadi mangsa untuk dibawangkan ni semestinya orang terkenal atau selebriti. Salah seorangnya pelakon Norish Karman yang baru-baru ini menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bibir dan hidung agar sentiasa kelihatan cantik serta muda.
Menurut Norish di laman Instagramnya, bentuk bibir dan hidungnya adalah semula jadi yang merupakan genetik daripada arwah ibu bapanya.
Malah, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 49, berkata dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk melakukan pembedahan.
” Saya tidak melakukan pembedahan pada bibir, itu hasil dari arwah ayahanda saya, Ustaz Karma mempunyai bibir yang tebal.
” Saya tiada duit yang banyak untuk lakukan pembedahan pada wajah, hidung yang mancung itu hasil dari arwah mak saya berketurunan Arab iaitu Sherifah Salmah Aljunied.
” Lebih baik guna duit untuk infaq pada insan-insan yang memerlukan atau belanja pada anak-anak sendiri dan sahabat.” tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Spa Q itu berkata dia seorang yang takut kepada alatan tajam dan mengakui tidak tahan sakit sekiranya melakukan pembedahan pada wajah.
” Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
” Saya tidak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. Tidak juga akan melakukan botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit.” tambahnya.
Justeru, Norish berkata dia tidak mengambil pusing terhadap tomahan yang dilemparkan, sebaliknya hadapi dengan senyuman.
Meninjau di ruangan komen, ada yang memuji Norish sememangnya cantik semulajadi. Malah ada juga mengakui bahawa hidung milik Norish itu betul-betul tulen.
Sumber: Instagram @thenorishkarman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.