Menghias rumah antara yang menjadi kesukaan kaum ibu. Tak perlu deko yang terlalu sarat, memadai atur letaknya yang ringkas namun sempurna. Sejuk mata memandang dan sesuai dengan ahli keluarga di dalam rumah tersebut.
Bagi yang bijak mengatur letak, tiada masalah jika ruangnya agak sempit. Begitu juga dengan wanita ini berjaya mengubah ruang kecil di dapurnya tampak lebih menarik dan hebat.
Jom kita cuci mata dan lihat tip ini dikongsikan oleh saudari Liyana Elly . Mana tahu ibu-ibu berminat untuk mencuba. Kosnya pun tak mahal dan berbaloi untuk dicuba bagi menampakkan kelainan di kediaman anda.
Alhamdulillah..
Berkat rakan2 group ni nye idea,berjaya jugak kami pasang.Low cost budget je sebab rumah PPR je..?So,dapur pun kecik molek cinonet..?
total cost RM65.10 =31 keping ..beli kat Kedai Eco.Harap2 bertahan lama la hendaknya Insya Allah.kalo tak btahan pun kena redha sebab nama pun low budget ?
Ads
tapi nak pasang agak mencabar sebab dapur rumah ni jenis menyenget dan banyak liku2 kehidupan di tepi2.Tp,alhamdulillah 2 jam lebih dah siap..
Ads
thanks again yg sudi bg idea n tnjuk ajar ✌
Perkongsian ini turut dikomen oleh warganet yang memuji hasil yang diperoleh selain turut berminat untuk berbuat demikian.
Nurliza AliSticker ni mmg khas utk lantai ka..apa namanya..teringin jgk nk psg
Pelawak dan pelakon, Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin dalam satu temu ramah bersama Suria fm berkongsi kisah hidupnya yang tidak diketahui ramai.
Lebih dua dekad dalam industri hiburan, Ropie berkata, dia tidak risau jika momentum yang dikecapinya itu hilang kerana percaya, rezeki setiap manusia sudah ditentukan.
“Zaman kejatuhan saya tahun 1999-2000 selepas kumpulan Cecupak dibubarkan memang ‘sakit’ waktu itu. Pernah dulu saya terpaksa menyamar pakai topeng, kutip dan jual tin-tin kosong. Waktu tu memang susah, anak pula kecil lagi. Selain tin saya juga jual bateri-bateri dan juga suratkhabar.
“Waktu itu saya tinggal di Kuala Lumpur dan tak nak balik kampung untuk menyusahkan keluarga yang sudah susah. Anak saya waktu itu baru 3 orang masih kecil. Jadi pendapatan tak cukup tapi hidup mesti diteruskan.
“Saya janji umur 45 kalau tak berjaya akan cari kerja tetap tak kisahlah terpaksa jadi pengawal keselamatan atau sebagainya. Saya tak malu buat kerja-kerja apapun. Tapi bila tengok ada tawaran jadi saya teruskan. Itulah pengalaman hidup saya dahulu,”kongsi Ropie lagi yang dijemput bersama Illya dalam satu segmen pagi bersama SuriaFm.
Melihat dirinya yang suka melawak, namun sejujurnya akui Ropi, sebagai manusia biasa ada limit dalam bergurau.
“Tetapi kalau dengan orang ramai saya tak marah sebaliknya saya tegur dengan berhemah. Kalau ada peminat yang excited saya anggap itu perkara biasa. Terima kasih kerana banyak menyokong saya selama ini.
Tidak gemar berkongsi hal peribadi, Ropie berkata, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya dia inginkan keluarganya menikmati kebebasan tanpa dibebani tumpuan.
“Saya hidup gembira bersama isteri, Syirin yang turut bertindak sebagai pengurus. Kami mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, dia yang mengurus dan menyusun jadual kerja saya.
“Saya tahu, jika diuruskan orang lain, saya akan jadi agak manja. Saya bersyukur dengan kehadiran Syirin dan apabila dia ada di sisi, tiada wanita lain yang berani mendekati,” katanya.
Bercuti dengan menaiki pesawat atau naik flight mungkin tidak semudah dahulu. Lebih-lebih lagi waktu pandemik ini. Sebab tu kena ada checlist untuk persediaan.
Apatah lagi jika anda bercuti atau melancong dengan anak kecil. Justeru, perkongsian puan Syahirah Omar ini mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam membuat persediaan.
Harini saya nak share pengalaman naik flight dengan anak-anak lepas kita semua dibenarkan merentas negeri. Mungkin info ni sedikit sebanyak membantu mak ayah yang nak travel bawa anak-anak. Info ni mungkin ada perubahan dari semasa ke semasa.
Saya travel ke Penang baru ni dengan 3 orang anak ,menaiki penerbangan Air Asia. Kalau travel dengan anak-anak ni tak boleh belasah je, kena plan betul-betul. Terutamanya ada anak kecil.
Berikut adalah checklist persediaan sebelum, semasa travel menaiki pesawat. Kalau plan betul-betul InsyaAllah semuanya smooth.
1. Untuk tiket murah, boleh beli tiket lebih awal. Saya terus beli tiket sebaik saja pengumuman rentas negeri dibenarkan. Flight kami flight pertama ke Penang, mungkin sebab tu murah. Alhamdulillah rezeki saya sefamily dapat tiket RM17.50 pergi dan balik. Ada lagi murah dari ni ok.
2. Online check in siap-siap, kemudian print boarding pass, masukkan dalam satu zipper bag beserta kad pengenalan/ mykid family members yang travel. Jangan letak berasingan sebab zipper bag / file ni perlu dipegang sentiasa sampailah masuk dalam pesawat. (For children below 12 years old, for domestic travel (e.g. within Malaysia) please present either identification card (e.g. MyKid in Malaysia) or the original birth certificates as proof of identity)
3. Jika ada anak kecil, bawa stroller. Anak saya Mayraa umur 5 tahun pun saya bawa stroller. Sebab airport KLIA2 penat betul nak berjalan. Kalau nak tumpang buggy tu selalunya lebih utamakan warga emas. Stroller ni selalu akan ditinggalkan di pintu masuk kapal.
Waktu di airport Penang, saya terus dapat stroller masa turun pesawat, cuma bila tiba di airport KLIA2, kena tunggu lambat sikit di bahagian oversize baggage. Tak dapat waktu turun flight. Jauh sikit menapak bawa anak sebelum tuntut luggage.
4. Beberapa hari sebelum travel, social story pada anak-anak tentang perjalanan mereka nanti. Do and don’ts di airport, dalam flight, dan sebagainya. Kalau anak masih kecil boleh cerita sambil lukis. Penting tau supaya anak bagi kerjasama sepanjang perjalanan.
5. Sehari sebelum travel, saya buat RTK antigen test di rumah. Beli test kit, buat sendiri dirumah. Ini memang tanggungjawab kita sendiri sebagai individu yang nak pastikan diri betul-betul sihat sebelum travel. Sebab di airport nanti, tak ada lagi dah ujian ni semua. Result pun mereka tak tengok. Itu travel requirement setakat hari ini la.
6. Packing baju ikut kesesuaian tempat nak pergi. Nanti boleh buat laundry, tak payah bawa baju satu almari. Jadi mudah untuk kita nak uruskan luggage dan anak-anak.
7. Siapkan satu set baju anak kalau untuk anak yang masih kecil, diaper extra dan ubat-ubat penting untuk dalam flight. Walaupun flight 1 jam, saya tetap bawa ubat-ubat yang penting termasuk plaster. Masukkan je dalam beg doremon mak-mak. Bukan apa, ghisauuuu kalau muntah ke sakit ke cirit ke kan.
8. Bawa extra face mask, hand sanitizer, wet tissue, pelapik toilet bowl kalau perlu( saya memang bawa untuk tandas awam). Pun masukkan saja dalam beg doremon saya.
9. Bawa biskut, roti, air kalau anak-anak lapar. Karang beli kat airport harga sedikit mahal awak sedih pula. Bawa je dari rumah bekal sesiap. Jangan lupa flusk air panas untuk susu anak. Beri anak minum air/susu waktu nak take-off dan landing sebab eardrum mereka sakit sedikit disebabkan tekanan udara.
10. Powerbank masukkan dalam handbag juga ya, jangan masukkan dalam luggage waktu check in, nanti jenuh nak memunggah sebelum drop luggage. Power bank dan laptop hanya dibenarkan bawa dalam carry-on luggage saja.
11. Kalau flight jam 7.30 pagi contohnya, sebaiknya datang airport 3 jam sebelum. Sebab ramai betul orang walaupun saya sampai airport KLIA2 jam 5 pagi. Macam haritu, hanya dua kaunter saja dibuka tau. Jadi, memang jenuh beratur.
Jadi kena tidur awal, dan bangun awal pagi. Pandai- pandai la adjust waktu tidur anak beberapa hari sebelum lagi.
12. Pakaikan anak diaper untuk anak yang masih kecil walaupun dia sudah pandai ke toilet. Persediaan untuk kecemasan saja. Risau dia nak membuang waktu nak berlepas atau tengah beratur panjang. Kalau anak yang dah besar, make sure semua ke tandas sesiap sebelum boarding.
13. Buat check list sebelum tinggalkan rumah.
– Cabut kepala gas
– Cabut plug penapis air
– Off semua suis yang perlu
– Kunci semua pintu dan tingkap
– Bilangan luggage yang perlu di bawa, check betul-betul semua barang jangan tertinggal.
– Pastikan cas semua telifon bimbit, power bank.
14. Iron baju semua siap-siap sehari atau dua hari sebelum travel. Wajib. Jangan pagi tu baru kelam kabut.
15. Bawa note book, pen, pensil warna,toys, untuk anak-anak kalau mereka bosan sangat supaya tak ada adegan baring kat lantai airport. Gadget tu guna waktu dalam flight atau kecemasan. Jimat sikit bateri.
16. Handphone sentiasa perlu ada ditangan untuk check in dan untuk mereka check status vaksinasi kalian. Hanya yang sudah lengkap dua dos dan cukup tempoh saja dibenarkan untuk travel. Jangan lupa untuk masukkan anak-anak dalam list dependents mysejahtera dan update status COVID-19 mysejahtera.
17. Jika memerlukan perkhidmatan grab awal pagi, perlu booking dengan lebih awal grab yang anda kenal. Kalau saya, saya bertolak ke airport jam 4.30 pagi. Alhamdulillah jiran saya hantarkan.
18. Waktu nak boarding, kalau travel dengan anak-anak, saya prefer masuk yang akhir sekali. Jadi tak perlu bersesak, just masuk, cari seat, tunggu sekejap kemudian terus tunggu pesawat berlepas.
Bila dah sampai, kalau ramai, saya biarkan penumpang lain keluar dulu, biar kami yang terakhir. Berbeza masa musim PKP tempoh hari, crew kapal akan minta keluar row by row. Sekarang pepandai le memasing dah besar panjang.
Sepanjang di airport memang ramai manusia, tapi keadaan terkawal. List ni mungkin sedikit sebanyak membantu kalian. Banyakkan berdoa, selawat semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kalian.
Cuma saya rasa kita kena jaga diri kita dan keluarga kita sebaik mungkin. Tanggungjawab kita untuk sentiasa peka dengan anak-anak kita supaya patuh dengan SOP, tak berlari kesana kesini bebas macam dulu lagi.
Teruskan hidup dengan jalani norma dan mentaliti baharu.
Syahirah Omar ❤️
* Untuk travel requirements Sabah, Sarawak, Labuan, dan penerbangan international, rujuk link di ruangan komen.
Perut yang kembali buncit selepas setahun melahirkan anak membuatkan kita terfikir apakah penyebabnya masalah perut kita. Makanan sudah dijaga, malah
berbengkung juga sudah cukup lengkap ketika proses berpantang.
Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.
Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Vince Chong berkongsi perjuangannya menghidap bipolar jenis 2 sejak 2015 serta bagaimana sokongan keluarga, rawatan dan gaya hidup sihat membantunya bangkit semula.