Bila kita melihat seseorang yang telah berusia namun kekal sihat dan bertenaga, pasti terlintas juga difikiran kita apa rahsia yang diamalkan olehnya. Jika boleh, ingin juga untuk kita dapat amalkan agar di masa tua nannti kita juga kekal sihat sepertinya.
Berkongsi rahsia tersebut, pelakon veteran, Zaidi Omar, 64, mendedahkan dia tidak mengamalkan pemakanan yang berunsurkan gula malah, sentiasa minum air kosong untuk kekal bertenaga demi meneruskan gaya hidup yang sihat.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, dia mengakui tidak mengambil pemakanan yang manis sejak daripada dahulu lagi dan mengamalkan senaman di gimnasium pada setiap hari untuk menjaga kesihatannya.
Di rumah Tiada Gula
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya.
Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Johor itu turut memaklumkan untuk mengelakkan berat badan naik secara mendadak, dia hanya makan nasi separuh pinggan sahaja.
Ads
Malah, Zaidi akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya.
Tidur Awal
Malah, Zaidi akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya.
“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.
Ads
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” jelasnya lagi.
Sebut sahaja gastrik secara tidak langsung ada antara kita beranggapan ianya adalah penyakit popular di bulan puasa. Tapi hakikatnya, pada bila-bila masa pun boleh terjadi.
Bagi yang pernah merasai sakit gastrik ini, tahulah betapa sakit dan senaknya di bahagian ulu hati hingga menyebabkan tidak selesa hingga ada yang terpaksa membongkokkan diri untuk kurangkan kesakitan.
Cara terbaik redakan kesakitan, seharusnya mengambil ubat yang disarankan doktor.
Pun begitu, boleh juga amalkan minuman herba ini sebagai cara alternatif. Untuk Jom baca perkongsian Nurhamimi bagaimana cara menyediakan minuman herba tersebut.
AIR REBUSAN HERBA PETUA MAK
Bulan lepas, mak gastrik teruk. Selepas beberapa hari, mak cek dengan doc, b/p mak naik ke 200, tanpa ada simptom-simptom yang biasa pesakit darah tinggi alami. Tak pernah mak macam ni.
Dipendekkan cerita lah ya.
Kawan baik mak, Cikgu Rohaya ada share dengan mak resepi ni. Katanya baik untuk darah tinggi, kencing manis & gastrik.
Mak amalkan, dan dalam beberapa hari saja alhamdulillah ada perbezaan, ada perubahan positif. Bacaan darah turun, angin dalam dalam badan banyak keluar, tidur nyenyak, sakit ulu hati & sembelit dah tak ada.
Mak pun ada suggest KakMim buat & minum air ni sebab KakMim ada gastrik yang agak teruk jugak.
Ok. KakMim stop kejap minum #PatiHaliaMakMertua yang menjadi amalan itu, lalu KakMim cubalah resepi ni.
Result dia, sakit-sakit & lenguh-lenguh badan hilang, badan berpeluh & rasa sihat, yang paling best, lawas giler. Masuk toilet, duduk je terus poop! Haha. Dah lama tak rasa best mem’berry’ sebegitu. Angin dalam perut ni pulak berlumba2 nak keluar tak amik no giliran dah. Best.
Korang nak try, sila lah. Kalau was-was, jangan lah ya, ataupun dapatkan nasihat dari doktor dulu.
Bila dah amalkan dan badan korang sihat asbab daripada mengamalkan resepi ni, mudah-mudahan pahala mak KakMim & sahabatnya tu Allah lipatgandakan. Insyaallah, aamin.
Pastu, KakMim nak minta tolong doakan mak KakMim yang warded sekarang disebabkan masih dalam pemeriksaan, kerana masalah jantung. Semoga mak diberikan kesihatan & pulih seperti sediakala.
Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair!
Tak sabaq nak balik bekam mak!
Resepi
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis
Secubit halba
Jintan halus
Jintan kasar
Beberapa helai daun pandan
Dua inci halia
Cara penyediaan :
Rebus semua bahan. Setelah rebus warna air bertukar merah. Tapis semua bahan, ambil airnya sahaja.Tuangkan ke dalam cawan, sedia diminum.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi seperti strok dan juga kematian jika tidak dirawat. Lazimnya apabila pesakit akan bergantung kepada ubat untuk kekal tekanan normal.
Namun, tak salah, jika kita cuba cara alami. Sebagaimana perkongsian Dato’ Dr. Hamid Arshat ini mungkin sesuai diamalkan.
Moga bermanfaat untuk kita semua!
Kawal Darah Tinggi
Beberapa panduan yang baik untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mula menghidap penyakit darah tinggi.
Saya pun bila kepenatan dan stres, tekanan darah saya naik 150/90 MmHg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal. Alhamdulillah biasanya pressure akan turun 130/80 mmHg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat timbunan lemak pada dinding (atherosclerosis). Ia sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.
Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu dalam organ-organ terpenting.
Jadi risikonya dalam jangka panjang ialah serangan jantung, strok serta macam-macam lagi gejala kesihatan.
7 rahsia kawal darah tinggi saya:
(1) Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan tinggi karbohidrat. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat dan jauhi air bergas. Satu lagi nasihat saya, kurangkanlah makan daging merah seperti lembu dan kambing.
(2) Bersenam 30 minit setiap hari. Senaman dapat meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ, disamping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga dapat merembes hormon endorfin daripada otak agar menjadikan kita lebih tenang dan ceria.
(3) Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat mengawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, bertafakur dan lakukan deep breathing exercises, umpamanya yoga.
(4) Ambil makanan yang mengandungi vitamin C, beta karotena, flavonoid dan antioksidan yang membantu mengawal tekanan darah dengan menyekat chronic inflammation serta membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu.
(5) Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi serta ulam-ulaman. Antaranya ulam raja, sambung nyawa dan pudina. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga bersifat anti-kanser. Banyakkan makan buah mangga, tembikai, keledek merah, lobak dan berries.
(6) Minum jus lemon, air limau nipis, limau kasturi dan grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau ni boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti-inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-duanya mengandungi bahan antioksidan dan anti-inflammatory.
(7) Ambil minyak ikan, minyak kelapa da ra dan minyak zaitun. Khasiat ikan salmon dan makerel ni terbukti sangat baik dan ia mengandungi Omega-3 serta DHA. Juga berfungsi sebagai anti-inflammatory.
Seperti yang beliau katakan, ulam raja ni baik untuk mengawal kolesterol dan gula dalam darah. Kita pun boleh amalkan cara semula jadi ni tau, caranya kisar pucuk ulam raja dan campurkan sedikit madu asli. Boleh juga campurkan epal hijau atau lobak merah bagi menambah khasiat jus. Minum seminggu sekali pun boleh.
Antara 5 Khasiat Ulam Raja
1. Menaikkan Selera Makan
Menurut kajian, ulam raja dikenal pasti dapat membantu menaikkan selera makan seseorang itu. Caranya adalah dengan mendapatkan 100 gram daun ulam raja yang masih segar. Kemudian, bersihkan daun tersebut dengan air dan seterusnya dimakan secara mentah ataupun ketika anda makan nasi.
2. Mengatasi Masalah Jantung
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan moden, individu yang mengalami masalah jantung turut dapat mengamalkan ulam raja bagi menanggani masalah mereka. Caranya adalah seperti dibersihkan dan dimakan secara mentah ataupun dapat direbus dengan sukatan tiga gelas air dan direbus sehingga tinggal dua gelas air. Setelah itu, minum air rebusan tersebut.
3. Untuk Menghalau Serangga
Mungkin ada yang terkejut, aik untuk serangga?? Yup betul, selain baik untuk kesihatan kita, ulam raja juga mampu membantu kita menghalau serangga. Caranya adalah seperti, ambil daun ulam raja dan ditumbuk sehingga halus. Kemudian, letakkan di tempat-tempat yang dialui oleh serangga.
4. Mencegah Penuaan (Awet Muda)
Mesti ramai kan berminat dengan khasiat yang ini? Tak dinafikan, setiap manusia menginginkan wajah yang sihat serta muda. Lebih-lebih lagi wanita. Oleh itu, seringkan amal memakan ulam raja ni ye.
5. Menghilangkan Bau Mulut
Dengan memakan ulam raja secara rutin, kita secara tak langsung sebenarnya mampu menghilangkan masalah mulut berbau. Selain itu, disebabkan oleh kandungan kalsium yang tinggi di dalam ulam raja, kita juga dapat membantu tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.
Sumber: Dato’ Dr. Hamid Arshat via majalahilmu.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak kira la lelaki ke perempuan, rambut semestinya mahkota bagi seseorang. Boleh bayangkan tak, tiba-tiba rambut yang kita jaga dengan rapi tiba-tiba gugur dan semakin menipis. Sedihnya rasa!
Umur masih belum mencecah 30 tahun, tetapi rambut sudah semakin nipis.
Atas kepala pula, rambut tumbuh jarang-jarang hingga boleh nampak kulit kepala. Pasti perkara ini akan menimbulkan rasa gelisah di dalam hati.
Rambut merupakan aset nombor 1 lelaki. Dengan gaya rambut yang betul, lelaki boleh tampil yakin dan bergaya di khalayak ramai.
Tip rambut sihat dan lebat
1. Minum lebih banyak air
Air sangat penting untuk memastikan setiap sel dalam badan berupaya untuk menjalankan tugas masing-masing. Cuba banyakkan minum air kosong dan tinggalkan minuman berkafein ataupun bergula.
2. Jaga pemakanan anda
Cuba amalkan diet yang lebih sihat. Makan lebih banyak protein seperti ayam dan daging. Selain itu, pastikan anda juga makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ya!
3. Elakkan stres dalam kehidupan seharian
Stres merupakan salah satu punca utama keguguran rambut. Kurangkan stres dengan cara bersenam ataupun dengan melakukan aktiviti yang digemari.
4. Simpan rambut pendek
Rambut yang pendek lebih mudah dijaga. Selain itu, masalah keguguran rambut juga tidak akan nampak terlalu ketara jika anda berambut pendek.
5. Jangan terlalu taksub dengan produk anti rambut gugur yang dijual di pasaran!
Elakkan terpengaruh dengan iklan produk pelebat rambut di media sosial.
Anda tidak tahu apakah kandungan yang terdapat di dalam produk-poduk tersebut. Jangan bazir duit dan masa anda pada kaedah rawatan yang anda belum pasti berkesan!
Apa yang anda perlu elakkan?
1. Elak untuk tidak membasuh rambut anda seperti biasa!
Rambut akan gugur dengan lebih banyak selepas membasuhnya – ini satu kenyataan yang tidak berasas.
Rambut anda akan menjadi lebih lemah dan gugur lebih banyak jika anda tidak membasuhnya langsung. Gunakan syampu yang sesuai dan basuh rambut sebanyak 2 -3 kali seminggu.
2. Guna bahan kimia punca keguguran rambut
Berhenti gunakan produk rambut seperti gel ataupun spray. Produk ini boleh membuatkan kulit kepala menjadi kering dan menyebabkan lebih banyak rambut gugur.
3. Elakkan guna sikat yang mempunyai gigi yang rapat dan kasar
Bertukarlah kepada sikat yang lebih jarang dan lembut. Memberus atau menyikat dengan terlalu agresif boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur dan putus.
4. Jangan gayakan rambut anda terlalu kerap
Penggunaan alat penggaya rambut seperti pengering rambut boleh membuatkan rambut anda jadi semakin rapuh dan mudah putus.
5. Jangan abaikan masalah keguguran rambut anda
Kadang-kadang, masalah keguguran rambut boleh diselesaikan dengan cara mengubah gaya hidup seharian anda.
Oleh itu, penting untuk anda ambil tahu dan cuba dapatkan pendapat pakar tentang punca keguguran rambut yang anda alami. Mana tahu, masalah anda rupanya ada ubat!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.