Kadang-kadang kita sibuk sangat kejar momen ‘wow’ — nak bawa anak cuti jauh, plan keluar makan besar, masuk taman tema mahal. Tapi dalam keghairahan tu, kita lupa… momen paling ikhlas selalunya berlaku masa kita semua tak buat apa-apa yang grand pun. Cuma duduk sama-sama, dekat rumah. Itu je. Tapi bila anak tersenyum, gelak berdekah-dekah tengok cerita kegemaran — itulah momen priceless yang kita akan ingat sampai bila-bila.

Aktiviti Biasa, Tapi Hasilkan Memori Luar Biasa

Tak perlu cari tempat fancy pun nak eratkan kasih sayang. Cuba je main game macam Saidina, UNO atau Jenga — masa tu bukan sekadar main, tapi kita sebenarnya sedang ajar anak tentang sabar, giliran, menang kalah. Lepas tu tambah satu rule lawak — siapa kalah, kena buat aksi kelakar! Baru lagi meriah rumah. Semua ikut gelak, termasuk yang baru lepas gaduh berebut bantal tadi.

Rumah Tak Sunyi Bila Ada Keluarga, Duduk Sama-Sama Tengok TV Pun Cukup Bermakna!

Lepas tu masuk dapur pula — ajak anak-anak tolong masak atau baking. Tak kisah la buat cucur je pun, janji semua rasa ‘ada part’ dalam proses tu. Anak pecahkan telur, ayah gaul, ibu tolong goreng. Kalau baking kek, boleh biar anak hias suka hati — letak sprinkle sampai tak nampak kek pun tak apa. Dapur mungkin ‘banjir’ kejap, tapi hati semua orang senang.

Lepak Depan TV? Ya Allah, Nikmat Dunia!

Dah kenyang, dah penat main… masa untuk chill. Ini part paling best. Duduk bersila, selimut kongsi, popcorn, dan TV on. Astro memang tak pernah menghampakan — dari drama Melayu yang buat kita emo tiba-tiba, sampai ke rancangan hiburan yang buat anak-anak menari depan TV.

Ads

Bila keluar watak favourite macam Hun Haqeem atau Qasrina Karim, terus ada sesi ramalan: “Eh, lepas ni mesti dia kantoi!” “Alaaa kenapa dia buat macam tuu?” — dan perbualan tu boleh berlanjutan sampai minggu depan.

Sama-sama saksikan si cantik Qasrina di Legenda Puteri Qaseh yang mengisahkan tentang permaisuri Kayajaya yang baharu, Puteri Qaseh berhasrat untuk memakmurkan dan memajukan Kayajaya. Namun halangan demi halangan perlu di tempuhi oleh Qaseh demi untuk memastikan rakyatnya bebas dari “Wabak Achum” dan tahktanya tidak dirampas.

Rumah Tak Sunyi Bila Ada Keluarga, Duduk Sama-Sama Tengok TV Pun Cukup Bermakna!Kalau Hun pula, ada Honey Minta Maaf. Sebuah kisah tentang Honey, anak perempuan Pak Imam yang telah lama terbuang dari kampung, kembali untuk membantu bapanya selepas dia kehilangan ingatan tanpa sebab yang jelas. Bersama dengan Hamid, watak baru yang misteri, ahli jawatankuasa surau dan seluruh komuniti kampung Pasir Mega, terpaksa memikirkan cara untuk meningkatkan kehadiran jemaah, bagi menyelamatkan surau tersebut dari ditutup oleh majlis daerah untuk pembinaan kompleks membeli belah.

Rumah Tak Sunyi Bila Ada Keluarga, Duduk Sama-Sama Tengok TV Pun Cukup Bermakna!

Ads

Kalau suka tengok rancangan ‘talk show’ enjoy lah bersama Nabil Ahmad dalam Meletop atau Erra Fazira di Borak Seeni. Bukan sekadar hiburan tetapi juga perkongsian pelbagai ilmu bermanfaat untuk kehidupan seharian. Syok betul!

Rumah Tak Sunyi Bila Ada Keluarga, Duduk Sama-Sama Tengok TV Pun Cukup Bermakna!

Kecil Tapi Bermakna: Bila Kita Ada Untuk Satu Sama Lain

Ads

Kadang tu, tak ada pun aktiviti — sekadar duduk sama-sama dalam satu ruang, scroll phone sambil tengok cerita, tapi hati rasa penuh. Itu tanda hubungan tu kuat. Sebab kita tak perlu cakap banyak, tak perlu buat apa-apa luar biasa — cukup bila kita saling ‘ada’.

Anak pun akan rasa: “Rumah ni selamat. Rumah ni tenang.” Dan semua tu bermula dari momen kecil, macam tengok TV sama-sama lepas makan malam.

Astro: Bukan Sekadar TV, Tapi Jambatan Kasih Sayang

Bila rumah ada Astro, suasana tu jadi hidup. TV bukan sekadar alat hiburan, tapi jadi platform untuk sambung cerita, cipta kenangan dan kongsi emosi. Sama ada nak chill, nak ketawa, nak bonding dengan anak — semua boleh mula dengan satu remote. Tak perlu rebut-rebut sebab kalau tak tengok di TV, boleh strim Astro Go dan tonton melalui gajet pun boleh tau!

Tak kira hari kerja yang penat, hujung minggu yang sibuk, atau hari hujan yang muram — Astro sentiasa ada, setia temani kita cipta momen yang akan anak-anak kenang bila mereka dewasa nanti.

Jom usha cerita-cerita best dengan Astro One hanya RM49.99/bln dan pergi ke laman web sekarang www.astro.com.my untuk info lanjut.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI