Ibu bapa mana tidak gembira dan bahagia tatkala melihat anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah punya keluarga sendiri. Segala pengorbanan membesarkan mereka dari kecil sehingga dewasa berbalas bila mana raut kebahagiaan melatari wajah si anak.
Apatah lagi jika membabitkan anak perempuan. Umum mengetahui, menjaga anak perempuan bukanlah semudah yang disangkakan. Kita juga sering mendengar orang tua-tua dulu berpesan, nak jaga dan didik anak perempuan ini bukan mudah berbanding dengan anak lelaki. Perlu beri perhatian lebih! Namun bila melihat mereka berjaya dan bahagia itu sudah cukup buat seorang ibu. Mungkin itu juga yang dirasai oleh Puan Faizatul Akmar Hisan, ibu kesayangan pelakon dan hos terkenal Mira Filzah. Melihat ketiga-tiga anak perempuannya kini sudah pun bahagia dan mempunyai suami yang boleh membimbing mereka, wanita ini sudah bahagia.Luahan rasa ibu ini menerusi laman instagramnya cukup menyentuh hati.
Ads
Ads
Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu. Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.
Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga Mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN
Pernah dengar kan lagu ni, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, nyanyian P. Ramlee & Saloma.
Sedangkan lidah lagi tergigit Apa pula suami isteri Buang yang keruh ambil yang jernih Baru teguh peribadi Apa guna kita bertengkar Suami isteri harus bersabar Kasih sayang rukun dan damai…
Malah, Pepatah Melayu ini menggambarkan kehidupan alam rumah tangga tak semuanya indah. Sebab itu, kena ada sikap tolak ansur dalam rumah tangga.
Namun perkongsian oleh saudara Akhtar Syamir boleh dijadikan jika ia berlaku. Moga bermanfaat bersama.
Perkara yang perlu dielakkan ketika bertengkar.
Amarah itu sangat membinasakan. Selisih faham, perbalahan dan pertengkaran adalah lumrah di dalam kehidupan.
Ada dua kesudahan akibat dari pertengkaran. Kesudahan yang baik atau yang buruk sebenarnya bergantung kepada perkataan, ayat dan kelakuan kita sesama ianya berlaku.
Kesudahan yang pertama amat positif. Pertengkaran membuatkan perhubungan menjadi semakin rapat. Suami dan isteri tahu tahap mana yang membuatkan ianya menjadi terlampau. Ini bermakna suami atau isteri lebih mengenali diri pasangannya. Hasilnya, pasangan ini akan dapat mengelakkan pertengkaran di masa hadapan. Dengan erti kata lain, belajar dari kesilapan.
Kesudahan kedua menjadi topik penulisan kali ini. Hasil dari pertengkaran itu menjadi kebinasaan kepada perhubungan. Ianya menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Jalan penyelesaian tidak dapat dicari kerana dikaburi amarah dan telinga seperti ditutup rapat.
Ini terjadi apabila perkataan, ayat dan kelakuan yang menghancurkan digunakan semasa bertengkar.
Apakah perkataan yang beracun, membinasakan dan menghancurkan apabila digunakan pada waktu itu? Apakah kelakuan yang jika dibuat, boleh merosakkan?
1. Talak dan cerai.
– Jangan jadi bodoh. Maaf saya terpaksa berkasar. Kadang-kala perkataan ini jadi terlalu murah sehingga digunakan berkali-kali sehingga ianya seperti tiada nilai. Gaduh yang biasa pun nak guna perkataan ni. Tersalah kata, cakap cerai. Terlambat balik, cakap pasal cerai. Masak tak sedap dah cakap pasal talak. Baju tak bergosok dah cerita pasal talak. Sedangkan perkataan ini sangat berat dan bahaya.
– Kenapa ianya berbahaya, kerana kesan perkataan itu. Cerai dan talak bukanlah satu permainan. Jika dilafazkan maknanya dilafazkan. Jika tersalah lafaz sehingga talak tiga, semuanya sudah terlambat. Fikir dahulu sebelum nak guna perkataan ini. Gunakan otak yang ada dan bukannya amarah semata-mata.
2. Mengungkit kesalahan lalu.
– ini antara perkara yang paling suka dilakukan. Ianya bakal menambahkan luka yang sedang berdarah. Walaupun tidak ada kena mengena, tetapi tetap mahu diungkit kerana marah yang lama itu tidak habis-habis lagi.
– Ianya membinasakan kerana perkara yang kecil boleh menjadi lebih besar tanpa kita sedari. Mungkin pada mulanya hanya pertengkaran kecil disebabkan lambat beri fokus kepada pasangan semasa menggunakan telefon. Tetapi apabila masalah lalu diungkit, ia merebak kepada pertengkaran lama mengenai kecurangan dan lain-lain. Perkara ini amat memenatkan kerana ianya tidak akan berakhir.
3. Menggunakan kekerasan.
– Bukan hanya lelaki, perempuan juga boleh menggunakan kekerasan semasa bertengkar. Dari cakar, tumbuk, sepak, hinggalah baling barang itu dan ini.
– Hanya lelaki dayus sahaja yang memukul isterinya dan hanya isteri derhaka sahaja yang memukul suami.
– Kepercayaan terhadap pasangan juga semakin berkurang dan mungkin akan hilang. Siapa yang sanggup dipukul dan disakiti? Jika yang dipukul itu lari, mulalah terhegeh-hegeh nak beri janji dan kata-kata manis. Mungkin ada yang boleh bersabar, tetapi percayalah yang ianya tidak akan dilupakan. Pasti akan diingati sampai bila-bila.
4. Cabar-mencabar.
– Ini tak lain tak bukan datang dari amarah dan ego. Kepada yang biasa cabar-mencabar ini, percayalah yang semasa marah memang rasa kuat, memang rasa boleh hidup sendiri, tetapi jangan ketar lutut bila cabaran itu dipenuhi.
– Jika cabaran untuk memukul, pastinya ia akan mendatangkan kesakitan. Jika cabar untuk bercerai, kalau ianya betul-betul terjadi, jangan menyesal. Fikir dulu berbaloi tak kehilangan semuanya? Betul ke boleh hidup tanpa pasangan? Mampu ke tak mampu? Anak-anak macam mana? Rumah, kereta macam mana? Fikir sedalam mungkin sebelum mencabar. Jika pertengkaran disebabkan hal yang kecil sahaja, sangatlah tidak berbaloi.
5. Menunjukkan kekurangan dan kelemahan pasangan.
– Perkataan seperti “muka hodoh macam ni pun nak perasan handsome”. “Dah la tak cantik, badan pun gemuk”.
– Merendahkan pasangan apabila bergaduh membuatkan yang menerimanya bukan hanya marah, tetapi lebih dari itu iaitu sangat kecil hati. Kecil hati ini kesannya mendalam. Ianya lebih dari marah dan mendatangkan kebencian. Bila sudah dibenci, memang sukar untuk kembali baik.
6. Mengutuk dan menyalahkan ahli keluarga.
– Memang mudah untuk menyalahkan orang lain. Tetapi jangan mula salahkan ibu dan bapa pasangan. Walaupun kadang-kala mereka mungkin menjadi penyumbang kepada pertengkaran, tetapi fokuslah pada orang yang di depan mata. Anasir luar itu ialah anasir luar. Jika suami dan isteri itu yang tidak kuat, memang mudah untuk dipengaruhi orang lain.
– Menyalahkan ahli keluarga pasangan tidak akan menyelesaikan masalah. Sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu mengawal orang lain. Selesaikan masalah sendiri tanpa perlu libatkan orang lain. Jika kita tarik orang luar masuk, ianya akan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.
– Menyamakan pasangan dengan ibu bapanya juga satu perkara yang tidak patut dilakukan. Kerana ini menunjukkan perasaan tidak hormat kepada mereka. Pastinya anak itu akan bercakap mengenai hal ini kepada ibu bapanya dan mereka pula tidak akan menghormati anda lagi.
7. Membandingkan perhubungan lalu.
– Ini sedikit terpencil kerana tidak semua orang ada lebih dari satu hubungan. Tetapi jika ada, jangan sesekali bangkitkan apabila bertengkar.
– Jika perhubungan lalu itu lebih baik, pastinya anda tidak akan berada di dalam perhubungan ini, betul tak? Jadi, berhentilah menipu diri sendiri dan membangkitkan lagi kemarahan pasangan dengan perbandingan itu.
8. Memaki hamun.
– Bodoh, bangsat dan lain-lain perkataan buruk sering digunakan oleh orang yang tidak dapat menahan kemarahannya. Lelaki dan perempuan sama sahaja dalam bab ni. Jika mulut jenis yang celupar, memang akan memaki hamun.
– Memaki hamun ini amat murah dan hina. Anda tidak akan dapat apa-apa pun dengan memaki hamun. Anda rasa puas, anda rasa macam menang, padahal semua itu perasaan untuk pujuk diri sendiri je. Sekali anda babikan pasangan, dia akan ingat sampai tua. Itu pun kalau masih bersama sampai ke tua.
9. Melepaskan kemarahan kepada anak.
– Ini tahap paling hina mengalahkan binatang. Binatang bergaduh pun tak pukul anak. Tetapi kita sering dengar anak menjadi tempat ibu bapanya melepaskan kemarahan dan menunjukkan kemarahan. Ada pasangan yang tahu, suami atau isterinya amat menyayangi anak dan mereka sengaja menyakiti anak supaya secara tidak langsung dapat meyakiti pasangan. Memang hina dan busuk orang sebegini.
10. Mengelak dan melarikan diri.
– Sudahlah buat salah, tak nak selesaikan pula. Hilangkan diri seperti keluar dari rumah atau buat tidak tahu seperti tidak ada apa yang berlaku. “Life goes on” katanya, “move on” katanya, “enough is enough” katanya. Hidup mesti terus dan sudah-sudahlah tu tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan ianya terpendam dan menyakitkan hati.
– Segala masalah yang tidak diselesaikan, bakal meletup di lain hari. Hari ini mungkin anda boleh lari, esok lusa belum tentu. Akhirnya apabila ia meletup, tiada apa lagi yang tinggal.
11. Bergaduh besar depan anak dan orang ramai.
– Ini sangat memberi kesan yang buruk. Yang paling teruknya ialah aib keluarga tidak lagi dijaga. Jika bertengkar depan anak, ia bakal memberi tanggapan tidak baik oleh anak dan boleh mendatangkan tekanan kepada mereka.
– Pasangan juga akan rasa malu dengan anak atau sesiapa sahaja. Kesan dia akan berpanjangan, bukan pada waktu itu sahaja.
TINDAKAN LEPAS BERTENGKAR
Jadi, apa yang perlu dilakukan selepas bertengkar? Jika anda mahu menampal semula luka, dan menyembuhkan hati yang lara, buatlah perkara ini.
1. Ucapan maaf yang ikhlas. 2. Berikan ruang dan masa. 3. Jangan ulangi kesilapan yang sama. 4. Bersungguh-sungguh untuk berubah. 5. Cuba ambil semula hatinya.
Amarah itu memang bahaya. Sebenarnya satu penyelesaian yang paling baik ialah sabar dan tenang. Itu sahaja. Sabar dan tenang boleh membuatkan anda nampak dengan terang, dengar dengan jelas dan berfikir dengan lebih baik. Tidak kira lah anda di tempat yang betul atau salah. Sabar dan tenang sentiasa lebih baik dari amarah.
Semoga dapat memberi ilmu dan memberi manfaat. Silakan kongsi dengan menekan butang SHARE supaya lebih banyak pasangan yang tahu mengenai hal ini dan dapat mengelakkan dari memburukkan lagi keadaan.
Jika anda berjaya baca sampai habis, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya insan terpilih sahaja yang boleh baca sampai habis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sehingga ke hari ini, tiada sesiapa mengetahui punca pasangan romantik Brad Pitt dan Angelina Jolie bercerai. Namun, baru-baru ini, terbongkar fakta baru mengenai kisah keganasan rumah tangga yang terjadi di antara kedua-dua pasangan ini.
Menerusi dokumen mahkamah yang didedahkan sepanjang keduanya bercerai, Jolie mendakwa Pitt telah mencekik salah seorang daripada enam anak mereka, memukul salah seorang yang lain pada bahagian muka dan menarik rambut serta menghempas dia di dalam sebuah pesawat peribadi.
Insiden tersebut berlaku pada September 2016 sewaktu mereka dalam perjalanan dari Perancis ke California.
Ia telah meninggalkan trauma yang dalam terhadap anak anak mereka dengan Jolie mengatakan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan siku.
Lima hari selepas kejadian yang amat mengerikan itu, Jolie memfailkan penceraian diikuti menjual pegangan bersama dalam pemilikan ladang dan kilang anggur pada September 2021.
Pitt bagaimanapun tidak bersetuju dan memfailkan saman terhadap Jolie kerana telah menjual ladang dan kilang anggur yang dimiliki bersama.
“Dia telah cuba membuat yang terbaik untuk melindungi anak anak mereka. Namun selepas Pitt mengeluarkan saman dan membekukan beberapa aset kerja bersama, ia memaksa Jolie untuk mendedahkan masalah mereka kepada umum,” tulis kenyataan yang dikeluarkan peguam Jolie seperti dilaporkan DailyMailuk.
Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.
Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.
Menurut Yusry, kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan baik . Lisa melahirkan bayi ketiganya pada jam 2.30 pagi (15 Jun). Berita tersebut dihujani ucapan tahniah oleh rakan selebriti dan juga peminat pasangan tersebut.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.