Kita menjadi suami isteri telah begitu lama. Dari pagi hingga ke malam, dari hari ke minggu. Dan dalam perjalanan hidup menjadi suami isteri ini, pernah kah kita bertanya dengan diri, selama ini Tuhan terima tak apa yang kita buat sepanjang menjadi suami isteri ni?
Kita bekerja siang dan malam mencari rezeki, Tuhan terima ke tak? Kita masak, basuh baju, kemas rumah selama ini, Tuhan pandang ke? Kita bersabar dan redha dengan setiap ujian ni, Tuhan nilai?
Ya. Ada 2 tanda amalan suami isteri itu Tuhan terima.
1. Selalu merasakan banyak yang belum dibuat.
Suami isteri yang Tuhan pandang mereka didalam rumahtangga, selalu saja rasa mereka masih kurang memberi. Suami rasa dia belum ajak anak isteri mencintai Allah. Dia rasa tanggungjawab pada anak isteri masih banyak tak terlaksana. Begitu juga isteri. Merasakan khidmat dan taat pada suami banyak belum tertunai. Merasakan dia belum jadi isteri yang baik. Akhirnya, mereka berdua setiap hari membaiki diri dan membaiki sembahyang. Dan Tuhan merahmati dan mencukupkan setiap kekurangan suami isteri ini.
2. Berterusan membuat kebaikan
Kebaikan yang dibuat oleh suami isteri, bukan kerana pasangan mereka. Berdua membuatkan kebaikan kerana mahu redha Tuhan. Mahu mencari pahala. Mahu membuatkan rumahtangga itu benar menjadi syurga buat mereka sekeluarga. Sekalipun berdepan dengan perangai dan sikap diri pasangan masing-masing namun berdua tetaplah menjadi dan membuat baik juga, walau susah dan walau payah. Waktu kalah dengan nafsu dan marah-marah, mereka mampu tenang dan bertaubat semula. Tuhan kekal menjadi tujuan dan kekuatan menghadapi ujian dan nikmat yang silih berganti.
Begitulah kalian.
Rumahtangga bahagia yang Tuhan mahu bukan sekadar kita berdua menghabiskan masa berbulan madu.
Bukan juga sekadar selfie dan keluar makan berdua selalu.
Pada pandangan Tuhan, suami isteri yang bahagia itu mereka walau berhiburan, namun hati kekal bersama Tuhan.
Setia disisi walau diuji.
Kekal percaya walau jiwa dan raga diberi sakit sesakitnya.
Rumahtangga bahagia kerana taqwa.
Rumahtangga derita kerana dosa.
Sumber: Abu Hurairah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telah diumumkan bahawa pada hari khamis ini, 13 Mei 2021, kita semua bakal meraikan Aidilfitri.
Masih sempat lagi untuk melakukan persiapan menghias rumah, menukar langsir dan sebagainya. Paling penting, rumah mesti bersih dan bebas habuk. Paling penting rumah berbau harum!
Apa kata ikut petua ni, tentu rumah kekal wangi dan bersih.
1. RUMAH WANGI SEMERBAK
Tidak perlu beli penyembur wangian lagi di rumah, guna minyak wangi DIY cukup. Caranya, sediakan satu botol penyembur, pelembut kain (Downy paling wangi), dan air kosong. Campurkan air kosong dengan Downy (1:1) ke dalam bekas penyembur, kemudian sebatikan. Sudah siap! Cuba sembur pada katil, langsir, sofa jenis fabrik, karpet, sarung kusyen. Uiihh, bau dia memang semerbak dan kekal lama tau!
2. LANTAI KILAT DAN WANGI
Teknik yang sangat berkesan, mop lantai dengan air panas dan pelembut baju yang wangi. Sediakan air panas dalam baldi, kemudian campurkan sedikit pelembut baju. Kemudian mop macam biasa. Hasilnya, lantai berkilat, bersinar dan wangi!
3. KIPAS BEBAS HABUK
Gunakan sarung bantal lama untuk buang habuk pada kipas. Kalau kita guna kain buruk atau penyapu, habislah semua habuk bertaburan atas lantai. Jadi gunalah sarung bantal lama untuk mudahkan kerja kita. Hasilnya, kips bersih, lantai pun tidak berhabuk.
4. BERSIHKAN BIDAI
Gunakan stoking lama atau span untuk cuci habuk pada bidai atau blinds. Secara tidak langsung, kita boleh cuci kedua belah permukaan bidai kalau guna stokin.
5. CERMIN BERKILAT
Hentikan teknik mencuci cermin guna kain buruk basah. Memang melekitlah cermin kita nanti. Cara tepat mengelap cermin ialah guna surat khabar lama dan pencuci cermin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kini terdapat pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan ramai kita menghadapi masalah kesihatan.
Ia termasuk wanita. Malah salah satu masalahnya adalah masalah berkaitan dengan peranakan.
Baca peringatan Doktor Zubaidi Hj Ahmad yang terkenal dengan perkongsian kesihatan di laman facebooknya. Moga jadi panduan bersama.
Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem. Walau bagaimanapun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.
.
Saya membahagikan 3 punca utama yang menyebabkan masalah rasa tidak selesa atau sakit di bahagian abdomen.
1. RASA SAKIT ATAU TIDAK SELESA DISEBABKAN OLEH MASALAH BERKAITAN DENGAN SISTEM KENCING
.
Biasanya jangkitan air kencing akan menyebabkan rasa seperti panas atau terbakar apabila anda membuang air kecil dan sering mengalami rasa tidak puas kencing dan terpaksa pergi ke tandas beberapa kali.
.
Jangkitan kuman yang bermula dari pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang. (Jangkitan kuman di buah pinggang dinamakan pyelonephritis). Biasanya pesakit akan merasa tidak sihat, demam dengan suhu badan yang tinggi dan mengalami rasa sakit belakang. Selain itu jika sakit di bahagian bawah abdomen ini merebak dari pinggang dan turun ke bahagian pangkal paha dan kemaluan, ia mungkin disebabkan oleh batu karang di buah pinggang atau mana-mana bahagian dalam sistem kencing.
.
Untuk ini, doktor akan melakukan ujian air kencing. Jika terdapat darah dalam air kencing, ini bermakna ujian yang lebih teliti harus dijalankan kerana ia adalah tanda yang bahaya. Ketumbuhan dalam sistem kencing jarang berlaku, dan jika ia berlaku selalunya pesakit mengalami masalah dalam jangka waktu yang lebih lama, mungkin beberapa bulan.
. 2. RASA SAKIT ATAU TIDAK SELESA DISEBABKAN OLEH MASALAH BERKAITAN DENGAN SISTEM USUS
.
Sakit yang timbul daripada masalah yang melibatkan sistem usus biasanya melibatkan soal penghadaman dan pemprosesan najis. Biasanya ia disebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit. Kesakitan yang biasanya digambarkan ialah sakit yang bersifat “datang dan pergi”atau seperti bergelombang.
.
Rasa sakit dan tidak selesa akibat kembung di bahagian ini, selalunya disebabkan oleh gas yang berkumpul kerana tidak boleh dikeluarkan sebabgai kentut. Ia disebabkan sama ada usus tidak berfungsi menggerakkan angin dan najis. Ia juga boleh disebabkan oleh sembelit yang menutup ruang dalam usus untuk angin dikeluarkan.
.
Namun apa yang paling bahaya ialah terdapat ketumbuhan dalam usus yang menghalang pergerakan najis dan angin dalam usus. Pendarahan ketika membuang air besar sama ada darah merah segar atau darah merah kehitaman, adalah tanda-tanda masalah yang serius dalam sistem usus. Ia boleh disebabkan oleh luka pada usus, buasir atau ketumbuhan bahaya pada usus. Oleh itu jangan abaikan atau buat tidak tahu jika perasan ada darah dalam najis. Buat pemeriksaan segera.
. 3. RASA SAKIT ATAU TIDAK SELESA DISEBABKAN OLEH MASALAH BERKAITAN DENGAN SISTEM SEKSUAL (PEMBIAKAN) WANITA
.
Rasa sakit dan tidak selesa boleh disebabkan masalah yang berkitan dengan sistem pembiakan seperti rahem, saluran fallopian atau kelenjar ovari. Pesakit biasanya akan mengadu rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah bahagian bawah abdomen jika ia disebabkan oleh masalah pada rahem.
.
Rasa sakit pada bahagian kanan dan kiri bawah abdomen bisanya disebabkan oleh kelenjar ovari. Rasa sakit yang datang dari rahem dan berlaku ketika mula datang haid dikenali sebagai dysmenorrhoea. Selalunya ia tidak menandakan penyakit berbahaya di kalangan wanita muda. Rasa sakit juga boleh berlaku semasa hubungan intim (seksual) bersama suami. Ia dinamakan sebagai dyspareunia dan ia adalah rasa sakit yang mungkin menunjukkan penyakit-penyakit bahaya di sekitar bawah abdomen. Pemeriksaan harus dilakukan segera.
.
Bagi wanita yang telah berkahwin, merasa sakit pada bahawah abdomen dan tidak datang haid, besar kemungkinan mereka hamil secara normal (dalam rahem) atau mengalami kehamilan pada luar rahem. Buatlah ujian air kencing, UPT bagi mengesahkan kehamilan. Jika masih mengalami rasa sakit, berjumpalah dengan doctor, kerana bimbang sedang mengalami proses keguguran atau berkemungkinan kehamilan luar rahem.
.
Saya juga sangat menggalakkan wanita yang telah berkahwin, mengalami kesukaran untuk hamil dan mengalami rasa sakit yang luar biasa di bahagian bawah abdomen agar segera pemeriksaan doctor. Ini kerana rasa sakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan ini, mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti endometriosis, fibroid, penyakit keradangan pelvis dan ovarian cyst.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor jika seorang wanita mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan di bawah abdomen, bergantung kepada masalah yang dihadapi. Selalunya doctor akan bertanyakan soalan mengenai kitaran haid, dan soalan yang berkaitan dengan pembuangan air kencing dan air besar. Selain itu doctor mungkin bertanya sama ada pesakit mengalami demam, loya dan muntah-muntah. Seterusnya doktor akan memeriksa abdomen dan bahagian yang perlu seperti faraj dan dubur. Oleh itu carilah doctor wanita yang berpengalaman suapaya berasa selesa apabila diperiksa.
.
Pemeriksaan air kencing juga akan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing. Jika pesakit mempunyai gejala-gejala keputihan atau pendarahan pada faraj, doktor mungkin mengambil contoh lendiran pada faraj. Pemeriksaan lain ialah pemeriksaan darah, dan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvis.
Kehilangan insan tersayang sudah tentu perit apatah lagi jika pemergiannya secara tiba-tiba. Bahkan, segala rancangan hidup untuk kebahagiaan keluarga di samping anak-anak musnah sekelip mata.
Begitulah, kita yang merancang, namun segalanya susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan.
Menerusi laporan berita harian metro, seorang wanita bergelar isteri
terlibat di dalam kemalangan jalan raya di lorong kiri Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada awal pagi hari ini (Selasa).
Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat pendarahan pada kepala dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibedah siasat.
Mohd Nazir Zainuddin, suami mangsa kemalangan jalan raya, Wan Mazlinda Wan Mohamad, melahirkan rasa sedih kehilanga isteri sekelip mata.
“Sedih kerana kehilangannya dalam sekelip mata tetapi saya lihat mukanya cukup berseri seperti sedang tersenyum.”
BEKALAN MAKANAN DAN UCAPAN HARI BAPA
Lebih menyedihkan, lokasi kejadian kelihatan bekalan makanan arwah bertaburan di jalan raya. Malah, ucapan dan hadiah terakhir buat suami sempena hari bapa begitu meruntun jiwa. Mata yang melihat pun sudah tidak tertahan rasa hiba, apatah lagi mangsa dan ahli keluarga yang melalui ujian ini.
“Kebiasaannya, saya dan arwah isteri bergerak ke tempat kerja serentak dengan menunggang motosikal masing-masing sebelum berpisah di simpang Seksyen 32, Shah Alam,
“Cuma hari ini, arwah bergerak ke tempat kerja lebih awal dengan membawa bersama bekal makanan, nasi bersama udang masak sambal yang dimasaknya malam tadi.
“Namun, arwah tidak sempat menjamah makanan itu walaupun dia memberitahu teringin untuk makan sejak semalam. Malah, setibanya di tempat kejadian, saya lihat isi bekas makanan itu sudah bertaburan di jalan raya.”
“Sejak kebelakangan ini, arwah kerap masak makanan untuk bekalan saya ke tempat kerja.
“Arwah juga ada memberi ucapan dan hadiah untuk saya sempena hari bapa, Ahad lalu.”
Mohd Nazir berkata, dia masih tidak sempat menjamah lauk dimasak isterinya malam tadi kerana masih bersedih dengan kehilangan arwah.
“Walaupun masih sedih dengan kehilangannya, saya akan tetap menjamah makanan itu bersama anak kerana ia hidangan air tangannya yang terakhir sebelum meninggalkan kami.”
Difahamkan arwah meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil yang berusia tiga hingga 12 tahun. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Soeharto, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...