Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal.

Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.

Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.

Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?

Roti

IKLAN

Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.

Garam

Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.

IKLAN

Lemon

Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.

Kopi

IKLAN

Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal.  Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Kertas Surat Khabar

Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI