Bahan ini sangat penting dalam menyediakan makanan. Sesedap mana sekali pun sesuatu masakan itu pasti ada ‘kurangnya’ bila tidak diletakkan garam.
Tidak kira jenis apa masakan yang ingin dimasak. Sama ada hidangan berlauk, sajian moden, hidangan tradisional, kuih muih dan sebagainya pasti akan menggunakan bahan nan satu ini.
Dengan kata lain, garam antara keperluan wajib ada di ruangan dapur. Pun begitu, ajaibnya tentang garam ini, bukan sahaja kegunaannya dalam masakan semata-mata malah lebih daripada itu.
Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah di dalam fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Ads
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam KASAR digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika GARAM masih PANAS.
4. Merawat cirit-birit: Minum air yang di campur sedikit garam.
Ads
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam di campur madu dan air lalu di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang di campur garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah IMUNITI badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yg berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya… ماشآءالله
Ads
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang di campur garam.
Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram..!
Betulkan?… سُبْحَانَ اللهِ
9. Mengelak SIHIR/gangguan JIN bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yg dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. لٓاحٓوْلٓ وٓلَا ٓقُوَّةٓ إِلاَّبِاالله
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, GARAM di campur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yg dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan buat mandian air bercampur garam yg di rukyah (doa).اَللهُ اكبر..!
Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
Jika ditanya tentang juadah istimewa sepanjang raya selain ketupat, rendang dan lemang, menu laksa juga antara yang cukup popular. Lebih-lebih lagi untuk menu rumah terbuka. Atas sebab ini jugalah, harga bunga kantan akan melambung naik bila Hari Raya kerana terlalu banyak permintaannya.
Oleh itu, bagi anda yang terfikir-fikir untuk menyediakan juadah laksa sepanjang raya ini ada baiknya membeli bunga kantan sekarang, sementelah harganya masih murah. Usah bimbang akan kesegaran bunga kantan tersebut. Ada petua yang boleh dipraktikkan dan ternyata berkesan!
Tip Pastikan Bunga Kantan Kekal Segar
1. Balut bunga kantan dengan kertas surat khabar
2. Letakkan di dalam peti air sejuk beku
Bila anda praktikkan petua ini, dijamin anda bukan sahaja boleh menyediakan menu laksa yang enak di hari raya malah dapat berjimat.
Sumber : FB Ain Amalina Kasim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usaha pengacara popular, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam, akhirnya membuahkan hasil.
Siapa sangka tidak sampai 10 jam tabung tersebut dilancarkan, sudah berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Pengacara popular ini memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.
“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.
Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.
Sebelum itu, dia ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.
“Minta maaf buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta
“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.
Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu penbedahan.
Dia kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.
Sebelum ini, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.