Parut dan kesan jerawat pada muka sememangnya buat kita rasa rendah diri, lebih-lebih lagi bila ada yang sentiasa memerhatikan muka kita ketika bercakap. Rungsing dibuatnya bila mana kesemua produk yang kita cuba tak nampak hasilnya.
Sebenarnya tak hanya gunakan produk, mencuba petua cara tradisional adalah langkah bijak bagi menghilangkan parut di wajah. Tapi kenalah rajin dan usahakan setiap hari untuk hilangkan parut ini. Boleh cuba tiga langkah ini.
1. Hilangkan Parut Lama
Bahan:
Kulit Kayu Manis
Ads
Caranya:
Kikis kulit kayu manis yang kering dengan menggunakan pisau atau sagat bahan tersebut di atas permukaan batu kasar (tepi lesung batu / batu giling). Kemudian sapukan ke atas parut sehingga bahan tersebut meresap ke dalam kulit. Sapukan di waktu malam sebelum tidur dan bersihkannya di waktu pagi. Lakukannya setiap malam sehingga parut hilang.
2. Hilangkan Parut Baru
Bahan:
Kulit rambai
Kulit pisang
Kulit limau mandarin
Ads
Caranya:
Gosokkan bahagian dalam kulit ke atas parut anda. Boleh cuba salah satu kulit-kulit ini dan buat setiap hari hingga parut makin reda.
Ads
3. Guna Lemon
Bahan:
Lemon
Soda Bikarbonat
Caranya:
Potong lemon nipis dan bancuh bersama soda bikarbonat. Sapukan pada parut di muka. Sifat lemon yang bertindak sebagai peluntur semulajadi mampu mengurangkan kesan parut ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkongsi tip penjagaan asas kulit wajah, selain memerlukan kita bijak memilih produk yang sesuai dengan kulit, rupa-rupanya ada peraturan yang harus diikuti. Ini sebagai mana yang di kongsikan di akuan fb Syahira Farzana telah menyenaraikan 5 peraturan asas yang perlu difahami. Jom semak agar memberi manfaat untuk semua.
Nak jaga kulit bukan semata mata kena pilih produk yang sesuai dengan kulit tapi rutin harian yang basic pun kena betul.
Basic rules in skincare:
1. JANGAN JANGAN JANGAN cuci muka guna cleanser lebih dari 2 kali sehari. Cukup lah pagi/tengahari sekali, malam sekali. Time solat, time nak refresh kulit ke apa, just cuci guna micellar/cleansing water.
2. Sedia kan satu towel khas untuk muka sahaja. Tak pun guna facial tissue. Dap dap saja time nak kering kan muka tu. Jangan sental atau gosok pula. Kedut kulit korang!
3. Scrub tak boleh pakai hari hari. Tak kesah lah apa jenis scrub pun. Maximum 3 kali seminggu, itu pun untuk very oily skin boleh lah. Dry skin scrub sekali seminggu cukup dah. Kalau exfoliating/peeling gel atau chemical exfoliant lain lah cerita.
4. Lepas cuci muka kalau boleh terus buat skincare routine. Kenapa? Sebab nak lock in hydration. Boleh rasa eh beza sebab bila terus je buat skincare routine right after cuci muka produk rasa macam lebih senang absorb to skin.
5. Jangan selalu sangat cuci muka guna air suam sebab boleh mengeringkan kulit. Guna air paip biasa pun okay dah kott. Kalau kaya sikit, guna filtered water lagi bagus.
Alamak, baju favourite dah sendat! macam mana ni!.. Kena diet nampak gaya ni! Itu mungkin kata-kata yang berbisik di hati setiap kali melalui situasi ini. Masalah pertambahan berat badan akan berlaku bila pemakanan tak dijaga dan tiada aktiviti keluarkan peluh.
Boleh jadi juga disebabkan pertambahan usia menyebabkan proses metabolisme semakin berkurangan. Tapi bila dah sedar berat badan meningkat, kena cepat-cepat bertindak. Jika tidak, makin sukar untuk mencantas lemak yang makin bertimbun. Paling mudah buat 5 perkara ni cepat!
Makan lauk, kurangkan nasi
Makan lauk telur, ayam dan daging yang mengandungi protein tapi kurangkan karbohidrat terutama nasi. Sumber protien ini bantu proses pembentukan otot dan juga baik untuk pencernaan. Tapi kalau tak bersenam tak akan terhasil juga pembentukan otot.
Minum Kopi
Minum kopi atau minuman kafein lain seperti teh hijau. Pengambilan kafein sebelum bersenam dikatakan dapat membantu kita cergas lebih lama dan lebih bertenaga. Cubalah minum secawan kopi atau teh pada waktu pagi sejam atau lebih sebelum anda berjalan-jalan atau bersenam dan lihat hasilnya.
Banyak Bergerak
Badan makin berat, jalan malas bangkit. Kena bangun dan selalu bergerak. Mereka yang ada masalah berat badan selalunya suka duduk berbanding orang ang ramping. Jadi kalau di pejabat cuba guna tangga dan kalau menonton tv di rumah sepanjang iklan berdirilah seketika. Selain itu rajin-rajin bersihkan rumah yang mana aktiviti ini dengan mudah dapat bakar kalori.
Makan Ikan
Salmon dan tuna merupakan sumber omega-3 asid lemak, yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis menemukan orang dewasa yang mengambil enam gram minyak ikan setiap hari memiliki lemak tubuh yang lebih sedikit (yang membantu anda membakar kalori lebih banyak) daripada mereka mendapat jumlah yang sama daripada lemak mentega, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai gantinya.
Sebab itulah kena amalkan ikan salmon atau tuna sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau minta pandangan daripada doktor tentang pengambilan suplemen minyak ikan.
Hujung Minggu Joging
Hujung minggu waktu petang jangan hanya bersantai di sofa. Keluar berjoging, ajak pasangan atau anak-anak. Selain itu setiap hari buat senaman bangkit tubi untuk meningkatkan kadar metabolisme. Kaedah ini dapat membantu membentuk otot selain membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap wanita pasti tidak terlepas dari mengalami masalah kulit wajah. Antaranya bintik-bintik hitam, jeragat, kulit kering, kulit kusam dan sebagainya. Jika anda tidak tergolomg dalam masalah ini, sememangnya anda seorang yang cukup bertuah.
Selain pemakaian produk yang sesuai dengan kulit wajah, terdapat juga kaedah dan petua yang boleh anda praktikkan dalam mengatasi masalah tersebut hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Berikut adalah 5 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut anda amalkan di rumah.
Tomato
Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri. Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.
Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya
Yogurt Asli Dan Madu
Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.
Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.
Putih Telur
Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.
Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.
Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.
Soda Bikarbonat
Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat. Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.
Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.
Uncang Teh Hijau
Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.
Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.
Tip:
Walaupan anda lihat banyak tip dan bahan yang digunakan, sebenarnya anda tidak perlu membuat semua diatas dalam satu masa. Anda hanya perlu pilih 1 tip diatas bergantung pada jenis masalah wajah anda.
Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.