Memang benar, apabila sudah berumahtangga, kehidupan akan berubah 360 darjah. Pelbagai perkara perlu difikirkan agar memastikan kehidupan bersama keluarga bahagia. Malah apabila sudah mempunyai anak yang ramai tentu pelbagai perkara yang akan fikirkan bagi memastikan keperluan anak-anak disediakan dengan sempurna.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Mohd Fhais ini memang relevan dalam sebuah rumahtangga terutama isteri. Wanita ni, apabila bergelar isteri, biar diceruk mana atau berpangkat tinggi tetap akan ingat hal rumah. Ikuti perkongsian ini.
Hari ni saya belajar sesuatu..
Sebenarnya isteri kita berfikir 10 kali ganda lebih banyak daripada apa yang kita fikir.
Kalau suami fikir 10 perkara, isteri mesti fikir 100 perkara!
Tadi sempat jalan-jalan dengan isteri kejap di Aeon Mall. Dalam fikiran ni cuma nak luangkan masa dan enjoy masa cuti dengan isteri berdua.
Semua dah plan. Nak pergi tengok wayang, lunch kat kedai dan window shopping sekejap.
Ads
Tapi hampeh!
Tak sampai 10 minit kat Aeon, isteri dah teringat “Abg hari ini kena pergi ambik buku rania kat sekolah”, ok lah nanti lepas ni kita pergi.
Sekejap tu teringat lagi, “Labu aish dah habis kat rumah, nanti dia nak makan”, ok lah nanti lepas ni kita beli.
Lepas tu jalan sekejap turun nak pergi supermarket nampak orang jual tuala mandi, “Abg tuala rania kena beli, nanti nak buka sekolah tuala lama dia dah lusuh”, baik beli lah syg.
Ads
Tak lama lepas tu, “Abg susu aish dengan rania pun tinggal last pack dah, kena beli tapi tak nak beli kat sini nak beli dekat kedai ubat kat cheng tu”, ok syg nanti balik kita singgah beli susu.
Dalam hati, Aduh!
Nak “Spent Time” berdua macam mana kalau sekejap ke sana ke sini. Tambah penat adalah macam ni.
Ads
Inilah sifat semulajadi wanita kalau tuan tuan nak tahu. Dalam fikiran mereka hanya ada keluarga. Bahkan apa yang bermain di fikiran suami dan isteri ni langsung tak sama.
Kalau suami dalam 10 perkara yang bermain di fikiran hanya 3 sahaja berkaitan keluarga. Lagi 7 tu mesti pasal kerja, kawan, berita, media dan lain-lain.
Manakala kalau isteri pula berfikir dari 10 perkara tu, mesti 9 tertumpu pada keluarga. 1 perkara lagi fikir nak rehat. Betapa pentingnya keluarga dalam minda orang perempuan ni tuan tuan.
Hari ini saya belajar untuk lebih menghargai isteri. Tanpa isteri tak mungkin saya akan dapat urus semua hal rumahtangga. Tanpa isteri anak tak menyusu, anak tak makan dan anak-anak mesti terabai.
Rumah tanpa wanita ibarat kapal tanpa kompas! Mesti hilang arah.
Mohd Fhais Pengajaran bagi diri sendiri. Kalau betul nak luangkan masa dengan isteri, pastikan semua keperluan anak-anak dah siap baru boleh keluar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.
Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.
Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.
That reaction buat aku terharu ? abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye ? pic.twitter.com/prISmxfoUU
Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.
Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh rasa keterujaan.
Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.
Anak selsema kita mulalah risau bila anak tak dapat bernafas dengan lancar. Anak yang masih kecil sudah tentu tak pandai untuk membuang cecair dalam hidung.
Mukus yang banyak boleh memburukkan keadaan hingga anak sukar tidur, menyusu dan bernafas.
Jadi pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memberikan kelegaaan pada hidung anak. Ia termasuk cara menyedut mukus atau hingus secara terus dari hidung.
Tular video yang dikongsi di akaun TikTok, Puan Zati Shahril yang meraih perhatian warganet apabila berkongsi video suaminya yang sedang memangku anak kecil mereka yang mengalami selsema.
Video berdurasi 15 saat itu telah meraih tontonan hingga 665k serta tanda suka 53k telah meraih perhatian warganet.
Tidak kekok
Dalam video berkenaan kelihatan suaminya sedang melakukan sedutan hingus secara terus kepada anak kecilnya. Kelihatan suaminya tidak kekok menguruskan anaknnya. Malah tidak menunjukkan suaminya geli untuk melakukan begitu pada anakya.
Warganet beri pujian
Menerusi komen, ramai yang memuji cara lelaki itu membuat demikian tanpa rasa geli. Ada juga yang mengimbau kenangan bahawa ibu ayah pernah melakukan perkara yang sama kepada mereka ketika kecil dulu.
Istimewa Ramadan: Kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Bintang Kecil: Sebab tu kita kena selalu bersederhana dalam semua perkara termasuklah ketika berbuka puasa. Ingat tu kawan-kawan makan berbuka jangan banyak sangat nanti nak terawih mengantuk pulak
Saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil @bintangkecilmy
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di