Alhamdulilah… Akhirnya kes pembahagian harta arwah Abam menemui kata putus hari ini.
Isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.
Menurut Hidayah, 28, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.
“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
“Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.
“Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera.
“Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian.
Ads
“Selepas ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan anak,” katanya.
Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis pagi.
Sementara itu, Hidayah turut menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik arwah suaminya sudah ditarik.
Ads
“Kereta kena tarik tak benar, kereta masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya lagi.
Berkenaan wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah memilih untuk enggan mengulas lanjut.
“Apa saya boleh katakan RM10,000 memang saya ambil tetapi saya masukkan dalam akaun anak. Tak guna satu sen pun,” kata Hidayah.
Dalam masa yang sama, Hidayah menyatakan mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah.
Ads
Ini berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.
Pada Isnin lalu, Nor Hidayah bersama dua orang peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap mak mentuanya iaitu Sabariah Arshad.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusi 14 bulan.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tuala antara barangan yang penting kerana digunakan setiap hari. Disebabkan itulah tuala tidak harus dipandang mudah penjagaannya terutama daripada aspek kebersihan diri dan anak-anak.
Mengajar anak menyidai tuala setiap hari digunakan sebenarnya adalah perkara asas yang perlu diberikan keutamaan. Selain menjaga daripada aspek kebersihan, menjaga tuala yang tepat juga dapat memastikan tuala lebih tahan lama. Tip penjagaan ini perlu anda berikan perhatian.
Tip Penjagaan Tuala Mandi
1. Tukar tuala setiap tiga hari supaya jauh daripada bakteria.
2. Penting untuk anda membiarkan tuala anda sepenuhnya sebelum menggunakannya semula.
3. Jika boleh basuh tuala selepas menggunakannya.
4. Tuala perlu dikeringkan di kawasan yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Basuh tuala anda dengan menggunakan air panas 60 darjah celcius untuk membunuh semua mikooraganisma.
6. Gunakan sabun pencuci yang berasaskan oksigen.
7. Untuk hilangkan bau hapak, gunakan cuka putih semasa membasuh tuala.
8. Adalah lebih baik sekiranya anda membasuh tuala dengan kerap.
9. Jangan kongsi tuala mandi atau item kebersihan yang lain dengan orang lain.
10. Paling penting, sidai tuala setiap kali selepas digunakan. Kenakan pada cahaya matahari bagi membunuh bakteria dan lebih tahan lama.
Petua Mencuci Tuala
#Petua 1
Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan
dengan pakaian lain.
#Petua 2
Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala
hilang sepenuhnya.
#Petua #
Bagi melembutkan tuala, gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan
menyegarkan tuala yang kelihatan kusam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesibukan dengan urusan kerja kadang kala menyebabkan ibu-ibu tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita hanya menunggu hujung minggu untuk berbuat demikian baik membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Waktu inilah sahaja yang ada, itupun jika tiada sebarang temu janji atau majlis yang perlu dihadiri. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.
Begitu pun, jika anda sudah mempunyai anak remaja, tidak salah andai sesekali meminta mereka membantu mengemas rumah atau sekadar menyapu habuk atau sampah. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang membantu anda bukan!
Sebelum itu, jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik.
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kai. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi
Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Namun ketentuan sang pencipta tiada siapa yang tahu. Kesedihanan pasti menerpa dalam diri, biarpun sudah lama kehilangan orang tersayang.
Begitulah yang dirasai oleh seorang suami yang kehilangan isteri sejak dua tahun lalu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ. Beliau yang kini tabah membesarkan tiga orang anak-anak yang kesemua lelaki. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak yang sedang mempunyai pelbagai keletah.
Ikuti perkongsian Saudara Khairul Abdullah yang meruntun jiwa ini.
Aku buka almari baju dan tengok semua baju arwah isteri aku masih di tempat yang sama.
Sudah lebih 2 tahun dia pergi.
Dalam laci semua barangnya masih di tempat yang sama. Hampir semua benda yang dia tinggalkan masih berada di tempat yang sama.
Aku tak usik, aku tak ubah. Sesekali aku sentuh, sesekali aku ambil dan cium.
Keadaan masih sama dalam bilik ini.
Baju dan begnya masih bergantung di tempat yang sama. Barang kemasnya, barang makeup dan segala perfumenya semuanya di tempat yang sama.
Kenapa?
Entah. Aku tak tahu.
Aku suka begitu.
Aku suka keberadaan semua benda tersebut di tempat asalnya. Cukup untuk buat aku merasa sebahagian dirinya masih ada bersama aku dan anak-anak.
Cukup untuk buat aku rasa tidak ditinggalkan.
RINDU TIADA PENGHUJUNG
Aku tak move on?
Entah.
Aku tak tahu atau faham apa makna move on itu. Adakah perlu melupakan? Apakah perlu buang semuanya dan lupakan segalanya?
Jika tidak, jika masih menyimpan dan mengingat, adakah aku tidak move on?
Entahlah.
Selepas isteri dikebumikan, aku teruskan tanggungjawab aku besarkan anak-anak. Hidup aku dan anak-anak ok sahaja. Aku tak abaikan sesiapa, aku hidup seperti biasa. Tidaklah aku tertekan, tidaklah aku menderita, tidaklah aku jadi gila.
Aku tak move on?
Move on bagi aku adalah meneruskan hidup.
Alhamdulillah, aku hidup bahagia dengan anak-anak. Cuma kasih sayang dan rindu aku tak boleh aku hilangkan begitu sahaja.
Lagipun memang aku memilih begitu.
Memilih untuk terus mengingat dan merindu.
Kau tahu,
Sentiasa ada setitis manis dalam setiap rindu yang pahit.
Jadi, aku gagahkan demi yang setitis itu.
Kredit: Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.