Memasak pasta dengan sempurna dan enak rasanya, sebenarnya ada cara dan tip yang tersendiri. Bukan sekadar direbus hingga lembut namun menurut perkongsian Wan Muhammad Hafiz Satar ada cara yang betul dan jika dipraktikkan hasilnya nanti masakan pasta bukan sahaja sempurna malah lebih enak.
Nak tahu lebih detail ikuti perkongsiannya ini.
CARA YANG BETUL MEREBUS PASTA
Pernah tak terfikir selama ini kita merebus pasta betul atau tidak caranya? Mungkin sesetengah orang beranggapan merebus pasta sekadar didihkan air dalam periuk, masukan pasta…biarkan dalam 20 minit, check pasta dah lembut ke tidak dan kalau lembut blehlah angkat pasta tu kan hehehehe.
Ada yg kreatif lagi time merebus gi letak minyak kononnya taknak bagi pasta melekat time merebus. Hmmm.. kalau itulah caranya yang kita buat selama ini maka tidak betul lah jawabnya… tapi bukan salah cara macam tu cuma kita tak dapat menghasilkan pasta yang sedap lagi enak.. Fuhh tak caya try buat pasni ikut seperti cara di bawah.
Sebenarnya penting untuk kita tahu teknik merebus pasta dengan betul kerana teknik yg betul akan mengekalkan kesedapan pasta yg kita makan. Jom kita baca kat bawah ni teknik yg betul merebus pasta.
Ads
1. Gunakan Periuk yang besar untuk merebus pasta.
Kenapa kita kena gunakan periuk yang besar? Sebab yang pertama – pasta perlukan air yang banyak supaya boleh masak dengan sempurna dan sekata. Anggaran penggunaan air lebih kurang 3.8 liter bagi 450 gram pasta. Bila kurang air, air rebusan akan berwarna keruh disebabkan kandungan kanji (starch) yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pasta melekit. Starch memang diperlukan dan merupakan special ingredient yang ada dalam sesuatu pasta. Tapi, bila berlebihan boleh menjejaskan pasta.
Sebab kedua – Ruang yang terhad menyebabkan pasta tak cukup masak dan mudah melekat. Dah tentulah keenakkannya juga kurang jika tak direbus dengan betul.
2. Masukkan garam ke dalam air rebusan.
Mungkin kita pun letak garam gak.. tapi kita cuma secubit dua sajalah kan. Cara ni salah sebenarnya. Rupa-rupanya pasta memerlukan garam secukupnya untuk masak dengan sempurna. Jangan suka-suka hati je campakkan garam tu without clear reasons.
Ads
Anggaran garam yang diperlukan – 1 sudu teh garam untuk setiap 1 liter air rebusan. Maknanya kalau kita gunakan 3 liter air, kenalah masukkan 3 sudu teh garam. Pastikan kita masukkan garam masa air rebusan dah mendidih. Walaupun kandungan garam agak banyak tapi pasta tak akan rasa masin sebab pasta tak menyerap garam. Infact garam ini akan membuatkan pasta rasa lebih yummy. Barulah finger licking good namanya!
3. Tidak perlu masukkan minyak.
All this while memanglah kita biass masukkan beberapa titik minyak bila rebus pasta. Konon-kononnya tak nak pasta tu melekat. Cara ni pun salah rupa-rupanya! Minyak yang dititiskan tu akan menyebabkan pasta disaluti oleh lapisan minyak dan menyebabkan sos yang kita tuangkan nanti tak lekat pada pasta. Jadi, dah tentulah rasa masakan pun kurang mengancam. Mulai dari saat ini, no minyak bila rebus pasta!
4. Masukkan pasta ke dalam air yang mendidih.
Pasta perlulah dimasak menggunakan air yang mendidih. Ingat ya… jangan masukkan pasta dalam air biasa. Didihkan air dan masukkan pasta ke dalam periuk hanya bila air dah betul-betul menggelegak.
Ads
5. Kacau-kacaukan pasta.
Tips yang kelima ni memang penting untuk elakkan pasta dari melekat. Pastikan kita kacau-kacaukan pasta dalam periuk terutama sekali pada minit pertama- kedua selepas dimasukkan ke dalam air yang dah mendidih. Cara ni juga dapat memastikan pasta masak dengan sekata.
6. Masa merebus pasta.
Pasta yang perfectly cooked dipanggil ‘al dente’… kenyal tapi tak liat. Boleh refer masa merebus yang disarankan pada bungkusan untuk pastikan pasta kita tak undercook atau overcook. Pasta yang kurang masak biasanya agak keras. Bila digigit ada rasa sesuatu. Tekstur pasta yang overcooked pulak agak lembik lemah gemalai tak bermaya gitu. Macam spaghetti yang overcooked tu contohnya, kalau dibuat spaghetti goreng tak sedap… kalau nak buat Laksa Johor pun tak sedap. Pendek kata, memang rasa lari lintang-pukang habis!
7. Tidak perlu basuh/bilas pasta yang sudah siap direbus.
Mungkin ramai yang basuh pasta dengan air sejuk/ panas selepas direbus. Cara ini salah ya. Eish, banyak ajaran sesat yang kita buat rupa-rupanya. Pasta yang dimasak sehingga al dente tak perlu dibilas untuk mengelakkan kehilangan starch/ kanji yang ada. Lagipun starch yang ada inilah yang menyebabkan pasta lebih enak kerana sos lebih mudah diserap. Jika dibilas, maka hilangkan starch ini.
8. Toskan Pasta.
Toskan pasta menggunakan penapis (colander) yang sesuai. Masukkan sedikit-sedikit dalam colander, toskan dan *curahkan sos di atasnya. Ini untuk spaghetti bolognese/ carbonara yang berkuah.
Jangan tos dengan mencurahkan terus satu periuk pasta dalam penapis dan dibuang air rebusannya. Ambil sedikit air rebusan yang sudah bercampur dengan starch dan masukkan ke dalam sos untuk memekatkannya dan memberikan extra ummpphh kepada masakan kita.
Khabar duka daripada pelakon Ashraf Muslim apabila ayah tercinta sedang bertarung nyawa akibat Covid-19 tahap 5.
Menerusi muat naik terbaru di Instagram miliknya, Ashraf memohon agar para peminatnya mendoakan bapanya.
Muslim Bulat, 67, dijangkiti Covid-19 tahap 5B dan dirawat dengan bantuan mesin pernafasan di Unit Rawatan Separa Kritikal Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu.. puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.
Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua.
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Lebih-lebih lagi apabila insan tersayang bernama isteri menderita sakit.
Pengorbanan seorang suami yang sanggup melakukan apa saja demi isterinya benar-benar meyentuh hati. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang beraksi seperti seorang ‘Spiderman’.
Dia dilihat menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak. Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu. Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37. Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota. “Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah. “Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota. Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180. “Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu. “Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya. Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi. Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan. “Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.
Kredit: Harian Metro via: Penang Kini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan mengambil halia sama ada dibuat air rebusan atau dimakan bertujuan untuk menghilangkan angin dalam badan sudah lama diamalkan. Ia menjadi antara petua kesihatan yang paling mudah dan mujarab.
Pun begitu, walau ramai tahu manfaat halia namun tidak dinafikan ada antaranya tidak suka untuk mengamalkannya. Apatah lagi halia mempunyai rasa ‘pedas’ dan baunya yang tersendiri. Tambah-tambah lagi bagi ibu selepas melahirkan, untuk amalkan pengambilan halia dalam tempoh berpantang terasa tidak sanggup rasanya.
Namun berbeza jika anda buat serunding halia. Siapa yang pernah merasai keenakan rasa serunding halia pasti tahu keenakan rasanya. Bahkan ramai juga yang menjadikan menu ini stok di rumah untuk dimakan pada bila-bila masa. Serunding Halia ini bukan sahaja menu sihat malah memang sedap dan mampu membuka selera walau hanya sekadar dimakan bersama nasi panas sahaja.
Jika anda ingin mencubanya, apa kata anda buat sendiri sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Azizah Salleh yang juga merupakan opah kepada 9 cucu. Menurutnya, setiap kali anak-anaknya berpantang pasti menu ini disediakan olehnya.
“Dua orang anak bersalin (dua2 bulan April) sempat balik berpantang di Ipoh). Seronok jaga anak dan cucu. Ketika saya menulis pos ini kedua2 nya dah balik dan mula kerja. Dua minggu lepas, anak sulong pula melahirkan. Memang tak boleh balik Ipoh sebab PKP. Harap suami dan adiknya (tinggal berdekatan) yang bantu.
“Malam semalam sempat saya buatkan serunding halia untuknya dan pagi tadi suami dah pos kepada anak kami. Sedihnya… nak bantu tak boleh, nak tengok cucu baru pun tak boleh.
“Syukur sangat kerana dikurniakan cucu yang ke-9. Tahun ni saya terima 3 orang cucu yang lahir bulan April dan Jun. 2019 dulu saya dapat 4 cucu sekali gus (Mei, Jun, Ogos dan September. Itulah bahagianya seorang opah dan tukwan.
“Serunding Halia untuk anak dalam pantang. Saya share resepi untuk ibu-ibu muda yang berpantang sendirian”
SERUNDING HALIA
Bahan-bahan:
1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk
Lada hitam – sangai dan blender – ambik dalam 2 sudu sahaja
3 labu bawang putih –buang kulit dan hiris agak nipis (jangan terlalu nipis).
Goreng garing, sejukkan
300 gm ikan bilis – Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk – blender kasar (guna blender kering)
Cara buat : Masukkan semua bahan dalam mangkuk, masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap
Ekstra Tip:
-Semasa menggoreng halia, pastikan guna minyak yang banyak seperti menggoreng pisang.
-Saya masukkan juga garam sebab ikan bilis bila basuh 2-3 kali dah hilang masinnya. Lagipun guna ikan bilis mata biru memang tak masin.
-Garam tu letak semasa kita gaul semua bahan halia, bawang putih, ikan bilis dan lada hitam
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Si comel kesayangan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah rupanya mahu menjadi seorang ustazah apabila besar nanti.Hal itu dikongsikan Aafiyah...