Kunci kejayaan dalam industri ini adalah ‘kena smart’ dan buat keputusan yang bijak. Duit bukan segalanya.
Itu antara yang dikongsikan oleh Alif Satar dalam perbualan bersama penulis ketika ditemui dalam majlis sidang media Senang Jer Menang! RM1,000000 anjuran Power Root semalam.
“Saya mahu bertahan dan berada lama dalam bidang ini. Jadi, apa-apa tawaran menjadi suta produk misalnya akan dikaji terlebih dahulu untuk lihat kesesuaian dengan diri dan persekitaran. Saya takkan promosi jenama yang tak sesuai dengan diri dan keluarga saya. Jika selebriti lain tidak kisah janji ada tawaran dan sebagainya, itu terpulang pada pandangan masing-masing. Tetapi bukan saya.
“Begitu juga dengan soal privasi. Saya tidak limitkan hal famili di media sosial. Ada benda yang saya boleh kongsi dan ada yang tidak. Lagipun, saya ada kongsikan ‘personal life’ dan juga kerja di media sosial. Bab-bab kongsi ini memang saya tak nafikan, selalu kongsi pasal anak. Lagi pula saya sibuk dan masa terhad. Tapi yang penting kena bijak bahagikan masa.
“Jika kerja 6 bulan kemudian berhenti sekejap untuk rehat. Tetapi dalam masa yang sama ada limit dalam kerja. Jangan keluar shooting pukul 7 balik pukul 5 itu bukan life namanya. Itu bukan cara kerja yang bijak. Sebab itu, saya cakap pada pengurus, saya mahu kerja begini-begini. Kalau dah kerja 5-6 jam, saya mahu rehat. Tak dapat sehari pun, kalau separuh hari atau pagi pun boleh. Sebab kita kerah badan kita sebab itu kena rehat,”ulas Alif yang dilantik menjadi duta untuk produk Power Root.
majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Senang Jer Menang ! RM1,000000 anjuran Power Root.
Beri ‘me time’ untuk isteri
Ads
Bila berkaitan dengan anak-anak dan keluarga, jujur mengakui dirinya jenis ‘family man’. Baik pada isteri dan anak-anak, begitu juga dengan ahli keluarga dan adik-beradik lain. Jadi, kalau tak dapat sehari, sekurang-kurangnya berkumpul semeja untuk makan bersama sudah memadai.
“Sibuk bagaimana pun, memang ada masa untuk anak-anak dan isteri serta keluarga lain. Biasanya saya keluar bersenam dan pukul 7 anak-anak baru bangun, jadi masa itu saya bersama mereka baik makan dan mandikan mereka. Saya tak faham bila orang cakap tiada masa bersama.
“Yang penting pengurusan masa. Saya jadi sedih bila isteri cakap anak-anak asyik tanya bila saya tiada terutama kalau ada shooting lama di luar. Tetapi untung sekarang ini ada teknolgi seperti face time so bila-bila masa boleh lepaskan rindu.
Ads
Sambut kelahiran anak
Jujur mengakui sangat bersyukur kerana mendapat isteri yang memahami dan memudahkannya untuk membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Justeru, sebagai suami, dia tahu isteri juga perlukan ‘break’ dari melakukan kerja rumah dan anak-anak.
Isteri patut ada ‘Me Time’
“Boleh jadi gila jika tak keluar rumah. Sedangkan kita bekerja pun rasa bila la dapat bercuti. Begitulah juga dengan isteri dan ibu-ibu yang bergelar suri rumah. Sebab itu, suami patut beri ‘me time’ untuk isteri. Waktu inilah mereka boleh buat apa yang mereka suka.
“Memang saya sendiri selalu bagi isteri keluar sama ada buat rambut, buat manicure atau pedicure atau keluar makan dengan kawan-kawan, saya tiada masalah. Malah, saya suka bila isteri serahkan tugas jaga anak-anak di rumah jika dia nak keluar.
Ads
“Bahkan, waktu dalam pantang saya memang ambil cuti dan masakkan untuk isteri. Malah, anak saya lahir disambut sendiri oleh saya. Doktor pun pelik dan hairan tengok keterujaan saya. Siap pandai tengok mesin CTG yang turun naik draf dan minta isteri push. Macam saya pula doktor,”seloroh Alif.
Banyak cara hargai isteri
Mengulas mengenai perkongsian selebriti akan video privasi waktu isteri bersalin, Alif secara tegas mengakui ada limit dalam berkongsi gambar.
“Biasanya saya akan kongsikan gambar yang dalam kondisi sudah tersedia elok. Anak dah siap berbalut dan dibawa pada isteri. Itu limit saya dan tidak lebih dari itu. Isteri dalam keadaan sakit, kita sibuk rekod gambar.
“Banyak cara lain untuk hargai isteri. Mungkin isteri kita sendiri tak suka dibuat begitu, jadi kena ‘smart’ dan kena pandang dari sudut sensitiviti yang berbeza dalam melakukan sesuatu. Tetapi pada saya bergantung pada seseorang, jangan marah bila orang mengata dan sebagainya kerana itu adalah atas perbuatan sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1. Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
2. Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
3. Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
4. Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan air kunyit untuk penjagaan dalaman dan luaran tubuh badan seorang wanita itu biasa dilakukan. Bahkan terdapat pelbagai cara yang diamalkan untuk dapatkan khasiat kunyit tersebut.
Ada yang perlu keringkan kunyit terlebih dahulu kemudian dikisar menjadi serbuk untuk dijadikan minuman herba dan ada yang melakukan proses merebus hingga berjam-jam lamanya.
Pun begitu, berbeza pula dengan perkongsian darilada Liza Salleh ini yang menyediakan air kunyit yang cukup mudah dan sesiapa pun boleh sediakan air tersebut walau sibuk.
Nak tahu bagaimana jom baca perkongsian ini.
Saya rasa nak share hari ini pada anda tips yang sempoi, menarik dan tak renyah untuk diamalkan. Minggu lepas saya join perjumpaan untuk team saya, dan berjumpa dengan sifu saya puan Suzy, Allah banyak betul tips yang diberikan.
Ok hari ini saya share pasal hat ni dulu, hari lain insyaAllah saya share tips lain pula ya.
Air kunyit..ramai yang selalu tanya saya, air kunyit nak minum macam mana? Air kunyit nak minum banyak mana? Air kunyit boleh minum bila?
Maklumlah, orang dulu dulu ada yang amalkan jus kunyitlah, air rebusan kunyitlah untuk kesihatan dalaman khususnya untuk para wanita.
Kunyit banyak khasiat, antaranya beri efek awet muda, baik untuk dalaman wanita lepas bersalin, mengawal berat badan, dan macam macam lagilah.
Selain menjadi bahan untuk masakan, kunyit juga baik untuk kesihatan. Hari ini saya nak share tips yang saya perolehi ini pada anda, sempoi je tipsnya.
Untuk mendapatkan khasiat kunyit sebenar tanpa menjejaskan khasiat kunyit tersebut dari suhu tinggi atau bahan pengawet tambahan, anda boleh membuat air rendaman ibu kunyit. Ambil kunnyit sebesar ibu jari dan racik racikkan kunyit tersebut.
Rendamkan kunyit yang diracik tadi bersama secawan air panas, tutupkan cawan dan air tersebut boleh diminum apabila suam.
Simple bukan untuk mendapatkan khasiat dari kunyit? Dan harus diingatkan, mengambil bahan berkunyit mengikut keperluan sahaja, untuk yang telah saya kongsikan ini cukuplah untuk 5@6 kali minum dalam sebulan untuk mendapatkan khasiat kunyit tersebut.
Sebut sahaja sambal hitam, terbayang betapa enaknya rasa sambal ini dengan rasa masam belimbing buluh dan kepedasan cili yang menyengat. Boleh dinikmati dengan pelbagai cara bahkan cukup menyelerakan andai dijadikan lauk ketika menikmati nasi panas.
Umum mengetahui bahan-bahan untuk menyediakan sambal ini cukup ringkas, hanya empat bahan diperlukan iaitu ikan bilis, bawang, belimbing buluh dan cili.
Jadi buat yang pertama kali ingin membuat menu istimewa ini, ikuti perkongsian daripada Habib Izzah ini. Semoga menu ini dapat membangkit selera anda sekeluarga. Selamat mencuba.
Sambal Itam Mummy Izzah
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili ikut kepadasan masing-masing
Belimbing
Minyak masak
Cara penyediaan:
1.Blend bawang dan ikan bilis dulu, kemudian tumiskan, bila dah nampak agak kering baru blend cili dan belimbingTumis bawang dan ikan bilis
2.Tumis bawang dan ikan bilis
3. Bawang dan ikan bilis dah agak kering, masukkan cili dan belimbing yang telah dikisar tadi.
4.Kacau-kacau lagi
5.Sudah agak nak jadi, persakan dengan garam
Tara!! Dah kering.. Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas