Biji selasih rupanya kelihatan seperti biji bijan tetapi ia berwarna hitam. Biji selasih sering disebut sebagai biji kemangi. Namun, terdapat juga beberapa lain seperti biji sabja dan tukmaria atau nama saintifiknya, Ocimum Basilicum.
Jangan lah pula tanya orang kedai dengan nama saintifik, pening dia.
Biji selasih mempunyai sejarah penggunaan lama dalam perubatan Ayurveda dan Cina, tetapi kesan kesihatannya hanya diuji dalam beberapa kajian.
Biji selasih amat tinggi serat terutamanya serat mudah larut termasuklah pektin.
1 Sumber mineral yang baik
Ads
Berdasarkan label pemakanan produk AS, 1 sudu besar (13 gram) biji selasih membekalkan 15 peratus RDI untuk kalsium dan 10 peratus RDI untuk magnesium dan zat besi.
Ramai orang tidak mendapat cukup kalsium dan magnesium melalui diet mereka. Makan biji selasih dapat membantu tubuh badan anda memenuhi keperluan harian nutrien ini.
Biji selasih juga boleh menjadi sumber zat besti dan kalsium yang penting bagi orang yang tidak makan daging atau produk tenusu.
Ads
2 Meningkatkan daya tahan tubuh
Tubuh memerlukan antioksidan dari makanan untuk menguatkan sistem ketahanan badan. Salah satu antioksidan yang diperlukan oleh tubuh adalah sejenis polifenol. Dan bahan ini terkandung dalam biji selasih.
Pengambilan niji selasih secara teratur sebagai makanan atau makanan tambahan, manfaat biji selasih yang dapat diperoleh adalah sistem kekebalan tubuh akan meningkat dengan sendirinya. Daya tahan yang meningkat akan menjadikan anda kurang sakit.
3 Menjaga kesihatan kulit
Khasiat biji selasih yang jarang ketahui adalah kemampuan menjaga kulit yang sihat. Dengan kepekatan antioksidan dan flavonoid terkandung dalamnya, biji selasih dapat meningkatkan kesihatan kulit dan merangsang pertumbuhan sel baru kulit.
Ads
Antioksidan di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksodatif dan akhirnya menyebabkan mutase sel, mengakibatkan kedutan, bitnik-bintik usia dan cela. Pengambilan biji selasih secara berkala dipercayai dapat mengurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.
4 Menghilangkan stres
Sekiranya tahap tekanan anda terus meningkat, anda boleh minum biji selasih. Dikatakan pengambilan biji selasih secara berkala dapat membantu mengurangkan kemurungan, memperbaiki mood, dan mengurangkan tahap hormon stress dalam badan.
Kredit: Islam Itu Indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah paling kerap yang mereka hadapi iaitu masalah susu drop atau berkurang apabila kembali bekerja. Masalah ini menjadi satu ketakutan dan mimpi ngeri kepada mereka.
Oleh sebab inilah, sejak awal berpantang lagi ibu bekerjaya sudah pun mula memerah susu dan mempersiapkan stok seawal sejurus kelahiran.
Menurut Dr Nurhaya Yaakob daripada Nurhaya Lactation Center, susu yang semakin menurun hanyalah satu cabaran. Banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan susu kembali meriah seperti selepas berpantang. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
PENYEBAB SUSU MULA DROP
Adakah stress atau tekanan kerja semata menjadi penyebab susu drop?
Apabila ibu mula bekerja, secara tidak langsung, ibu sudah tidak lagi dapat mengekalkan “demand & supply”. Ini kerana ibu akan memerah susu setiap 3 jam sekali atau 2 jam sekali atau tergantung dengan seberapa kerap ibu mengatur jadual. Apa yang pasti, kekerapan ibu memerah susu, tidak akan pernah dapat menandingi kekerapan demand/ permintaan dari bayi semasa ibu sedang bersama mereka. Akibat dari permintaan yang semakin kurang ini, di tambah pula dengan stress pada saat bekerja akan membuat susu ibu drop.
APA IBU PERLU BUAT?
1. HANTAR ANAK KE PENJAGA 1 MINGGU LEBIH AWAL!
Pertama sekali ibu perlu mulakan dengan menghantar anak selama 3 jam. Contohnya, sekiranya ibu berkerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang, ibu mulakan hari pertama seperti ibu akan keluar pergi ke tempat kerja, dan ambil anak pada jam 11 pagi.
Lakukan rutin ini untuk 2 hari. Di ikuti pula dengan 6 jam, di mana ibu datang mengambil anak pada jam 2 petang, dan keesokkannya ibu bolehlah menghantar anak untuk tempoh jam ibu bekerja.
Proses ini sangat penting untuk menjaga perasaan dan psikologi anak pada saat pertama kali berpisah dengan ibu. Dan juga perasaan ibu pastinya. Bukan mudah untuk meninggalkan anak, pasti terkenang-kenangkan senyuman dan tawa hilai mereka.
Selain itu, ibu juga dapat mengetahui demand anak selama berpisah dengan ibu. Jadi ibu akan lebih tenang kerana sudah pasti dan tidak tertanya samada cukup atau tidak susu yang ibu sediakan.
Sekiranya semua tip-tip di atas dapat di lakukan, ibu akan dapat mengatasi sebarang masalah di tempat penjaga seperti cara memanaskan susu, bayi yang kerap menangis, penjaga yang kekok untuk menguruskan susu ibu dan yang paling penting sekali adalah jadual perahan susu.
Jadual perahan susu ibu ini seharusnya ibu kuasai dengan baik sebelum mula bekerja kembali. Ini kerana, pada saat melakukan perahan ini, barulah ibu sedar apakah peralatan lain yang mungkin ibu perlukan sebagai contoh, mungkin ibu perlukan collection cup, atau valve tambahan, nursing cover atau tube penyambung milk collector yang lebih panjang. Ini adalah faktor yang sangat besar dalam mengurangkan stress ibu apabila sudah mula berkerja nanti.
Sudahlah stress dengan kerja, stress dengan peralatan penyusuan adalah sesuatu yang saya gelar “unnessarry stress”. Semua ini dapat di elakkan dengan perancangan yang baik. Dengan melakukan semua langkah-langkah di atas ibu sudah dapat mengatasi emosi berpisah dengan anak, emosi anak berpisah dengan ibu, berapa demand anak dan susu yang harus di bekalkan kepada pengasuh, serta jadual perahan susu di tempat kerja nanti.
2. MINTA PELEPASAN KETUA
Sekiranya tidak selesa memerah susu di station ibu berkerja, ibu bolehlah mencari ruang seperti surau atau bilik-bilik lain yang lebih selesa dan yakin. Sekiranya tempat ibu ada menyediakan nursing room atau bilik memerah susu, bolehlah ibu mengepam susu dengan selesa.
Beritahu ketua lebih awal bahawa anda sedang melalui fasa menyusukan anak dan mohon diberikan pelepasan seketika setiap kali hendak menyusu. Namun jika penyusuan dilakukan ditempat kerja sahaja pastinya menjadi lebih baik tanpa mengganggu urusan kerja.
3. CARI RAKAN YANG MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU
Kita sebagai manusia yang beremosi terkadang boleh menjadi tertekan dengan kata-kata yang tidak supportif atau berbaur menjatuhkan.
Sepanjang tempoh menyusu, sebaiknya dapatkan grup sokongan di pejabat untuk memberi semangat dan sokongan untuk terus menyusu tanpa putus asa.
4. POWER PUMPING SEMINGGU SEKALI PADA HARI CUTI
Apakah sebenarnya tujuan kita melakukan power pumping ini? Power pumping ni adalah “clustwr feeding”. Ia sebenarnya terjadi pada saat anak kita mengalami “growth spurt” atau aselerasi pertumbuhan.
Pada saat ini anak akan kerap meminta susu. Bukan kerana susu ibu tidak cukup, tetap mereka memerlukan kalori yang lebih tinggi dalam menampung tumbesaran mereka yang sedang pesat.
.
Namun ibu perlu elakkan membuat power pumping pada hari bekerja kerana badan yang letih akan hanya membuatkan susu drop dengan lebih teruk lagi. Ibu harus menjaga kesihatan dan masa rehat agar susu drop tidak mudah menjengah. Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik kuasa ganda. Cara-caranya adalah seperti berikut:
10 minit perahan kiri dan kanan serentak
10 minit istirahat
10 minit perahan kiri dan kanak serentak
10 minit istirahat
10 minit perahan kiri dan kanan
10 minit istirahat.
Total masa: 1 jam.
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal, caranya adalah seperti berikut:
10 minit perahan kiri
10 minit perahan kanan
10 minit perahan kiri
10 minit perahan kanan
10 minit perahan kiri
10 minit perahan kanan
Total masa: 1 jam.
Cukup hanya dengan sekali seminggu. Jangan terlalu stress dengan bekalan susu yang semakin menurun. Bila ibu bertambah risau, susu akan semakin berkurangan.
Percayalah dengan pengurusan masa yang baik, semuanya tidak akan menjadi huru-hara.
5. JAGA PEMAKANAN
Ibu bekerjaya pastinya berdepan dengan masalah terlewat makan, tidak sempat makan dek kerana kerana kesibukan kerja. Namun itu semua boleh di tangani sekiranya kira meletakkan diri kita lebih utama berbanding kerja. Ibu bukannya tidak ada masa, tetapi tidak meletakkan ia pada posisi yang betul. Dan ia belum menjadi habit atau rutin. Ibu tidak berlu makan nasi yang banyak tetapi perlu mengamalkan pemakanan sihat seperti yang disarankan oleh KKM, suku suku separuh.
Pada saat kita menyusu, nutrisi seperti kalsium, lemak, omega 3 , zat besi dan perlbagai lagi nutrisi penting turut tersalur keluar dalam pembentukan susu untuk si comel kita. Dan sekiranya ibu tidak mengambil makanan yang cukup dalam kadar yang betul, nutrisi itu akan terus di ambil dari tulang dan sebagainya. Bukan kah itu sesuatu yang sangat merugikan kesihatan ibu? Pastikan ibu makan pada waktu yang tepat dan juga memilih makanan yang bernutrisi tinggi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Nak sihat tak boleh minum banyak air manis. Itu yang sepatutnya kita beritahu pada anak-anak kita. Berapa banyak kandungan gula dalam air kesukaan anak kita, itu yang kita perlu tahu.
Jom ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan mengenai jenis-jenis minuman kesukaan anak yang berada di pasaran. Sebaiknya kurang-kurangkan membeli pada anak.
Berapa banyak gula dalam yakult, vitagen, sunquick, dutch lady coklat, ribena, calpis, twister dan milo?
Belajar buat conscious decision sebelum beli untuk anak. Ada 9 point di bawah.
1. Kita dulu, nak minum sekali seminggu pun susah kan. Tapi anak sekarang, ada yang dapat akses minumam macam ni setiap hari.
Gula tetap gula, ia tak beri manfaat kebaikan pada tubuh anak walaupun sedikit. Sebelum beli, pastikan kita buat dulu conscious decision. Bukan asal viral terus masuk bakul. Bukan asal doktor suruh beli, tandanya itu minuman sihat.
Tapi kita sendiri ibu ayah, pastikan ada ilmu sebelum beli, pastikan belajar belek label sebelum beli.
Kita usaha sama-sama ya, usaha jaga tubuh badan anak-anak dan keluarga dari makanan yang boleh bawa mudharat pada tubuh.
2. Ini air yang sihat. Tak ada gula tambahan. Ini air pasaran yang baik untuk anak. Beli online buat stock.
3. Botol kecil dalam setengah cawan je. Tapi ada 3 sudu gula di dalamnya.
4. Air macam ni kita selalu tak letak dalam bekal sekolah anak? Elakkan kalau masih bekalkan breakfast berserta air macam ni. Homemade breakfast tu dah bagus sangat, tahniah mama. Combo dengan air kosong je dah cukup bagus.
5. Ini pun antara air kesukaan anak.
6. Hati-hati dengan air jus buah walaupun tanpa gula. Cuba belek bahagian fakta nutrisi. Mesti terkejut.
7. Minum favourite ramai anak-anak ni. Terkejut sangat saya tengok sampai 8 sudu gula dalam pek kecil ni.
8. Ni pun macam favourite anak jugak. Kita rasa sihat lah kan ada serdak oren sekali. Rupanya ‘sihat’ dengan gula.
9. Okay yang ini last. Ramai kita tak bagi anak minum saya rasa. Cuma nak bagitahu, ada 13 sudu kecil gula dalam ni. Terus tak payah beli langsung ye, mak ayah pun jangan. Ini toksik.
Korang yang ada anak yang dah pandai membaca, savelah semua gambar ni. Kalau anak susah nak dengar kita cakap, korang tunjuk gambar ni bagitahu ada banyak sangat gula dalam minuman fav diorang. Nak sihat tak boleh minum banyak air manis.
Bagi ilmu pada anak, insyaAllah makin lama diorang pandai pilih yang baik dan tolak yang buruk.
Kesedaran tentang perlunya melakukan ujian pap smear secara berkala dikalangan wanita yang telah berkahwin, mungkin masih ada yang tidak ambil kisah tentangnya. Ditambah pula perasaan malu dan ada juga yang takut untuk melakukan prosedur tersebut, sekali gus mengambil jalan mudah untuk tidak melakukan saringan terbut.
Pun begitu, bagi menjelaskan lagi kepentingan melakukan ujian pap smear ini, doktor ini tampil berkongsi info agar dapat memberi kesedaran. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
“Alahai, doktor suruh aku buat ujian pap smear minggu depan. Baru lepas abes pantang ni dah nak kena buat ujian pap smear lepas bersalin ke? Dengar-dengar macam takut pula, segan pun ada. Sakit ke tak ye?”
3 sebab kenapa wanita perlu buat pap smear :
✅ DAPAT MENGENALPASTI PERUBAHAN SEL SERVIKS YANG MUNGKIN MENJADI KANSER / SARINGAN AWAL
Pemeriksaan Pap smear / Calitan pap adalah sejenis prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel pangkal rahim di peringkat awal sebelum ia dapat berubah menjadi sel kanser. Pap smear adalah untuk saringan sahaja.
Jika dah ada kanser pangkal rahim, tiada manfaat untuk menjalani ujian pap smear.
Keputusan pap smear yang tak normal bukanlah bermakna anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya, ia mungkin juga menunjukkan terdapat jangkitan lain dan memerlukan pemeriksaan lanjut, ATAU anda hanya mempunyai perubahan sel serviks pada tahap awal yang mungkin berubah menjadi kanser jika tidak dikenalpasti dan dirawat.
Kata kuncinya – pemeriksaan berkala. Kalau buat sekali saja, normal dan takda ulangan pap smear selepas itu, tidak menepati objektif membuat ujian pap smear.
Pemeriksaan ini bukanlah perlu dibuat setiap bulan atau setiap tahun. Biasanya ujian kali pertama dan kedua dilakukan sekali bagi setiap 2 tahun. Sekiranya keputusan itu normal, anda hanya perlu mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Hal yang demikian kerana masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah lebih baik sebelum ia menjadi kanser.
✅ PROSEDUR MUDAH, CEPAT & TAK MENYAKITKAN
Tak sampai 5 minit pun kalau saya yang buat Pap Smear tu. Yang penting jangan nervous dan jangan keraskan badan. Susah speculum tu nak masuk dan pap smear dilakukan.
Tarik nafas dan hembus, bertenang, you will be fine !
Cara-cara :
1.Selepas seluar dalam ditanggalkan, anda perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan dan memudahkan doktor melihat keadaan pangkal rahim dan dinding vagina.
3. Doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel daripada serviks. Ada yang menggunakan berus kecil, fungsinya sama.
4. Sampel ini akan dilabel nama anda, dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi, di bawah mikroskop.
✅ MURAH, BOLEH DILAKUKAN DI MANA-MANA KLINIK/HOSPITAL
kebanyakkan klinik kesihatan ibu dan anak / klinik kerajaan ada menawarkan pemeriksaan pap smear ini dengan percuma untuk warganegara Malaysia, di seluruh negara.
Anda dikenakan bayaran jika memilih untuk membuat pap smear di klinik atau hospital swasta. Harganya tidaklah beribu-ribu ringgit, bergantung kepada tempat yang anda pilih.
Bukan semua wanita kena buat pap smear ni, cuma untuk mereka yang dah berkahwin dan pernah melakukan hubungan kelamin sahaja. Jangan pula bawak anak perempuan umur 10 tahun untuk buat pap smear.