Kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada makanan atau kuih tersebut. Malah, juga digunakan untuk menjadikan bancuhan pisang atau cempedak goreng menjadi lebih rangup.

Selain untuk bahan masakan, kapur makan ini turut digunakan sebagai petua jika ada masalah kesihatan dan kecantikan. Bagaimana pun, bagi yang menghadapi masalah kesihatan tetap perlu mendapatkan rawatan pegawai perubatan. Petua ini sekadar alternatif sahaja.

Nak tahu caranya ikuti panduan ini.

11 PETUA GUNAKAN KAPUR MAKAN (KAPUR SIRIH).

Kapur makan ni takde bau, berwarna putih dan secara kimia, formula molekulnya ialah CaCO3. Kita, orang Malaysia biasa panggil kapur sirih. Dan kebiasaannya kita guna untuk buat kuih muih tradisional Melayu kan.

Hari ni, sis Mya nak share selain untuk makan dengan sirih dan buat kuih, kapur ni boleh jugak kita gunakan untuk benda lain. Maksud sis Mya guna untuk masalah kesihatan dan kecantikan. Nak tau?

Meh, jom baca satu satu. Ada jugak beberapa petua ni yang biasa uolls buat. Terutama akak akak yang berpantang dulu dulu. Sis Mya pun ada guna beberapa petua ni.

1- Gout

Ambil daun ubi kayu kemudian campurkan dengan kapur sirih secukupnya. Ramas sampai hancur. Lumur kat bahagian yang kene gout tadi.

2- Kedutan pada perut selepas bersalin

Ambil kapur sirih satu senduk makan. Pastu campur dengan minyak kayu putih 1/2 senduk makan. Perahkan sekali jus limau nipis. Sapu ramuan pada perut setiap kali lepas mandi dan balut dengan kain.

3- Kutil

Lumurkan kutil dengan kapur sirih kemudian balut. Buat cara ni 2 kali sehari.

4- Hilangkan bulu ketiak

Lumur ketiak dengan kapur sirih yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Tunggu 15-20minit pastu bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

Ni sis Mya pernah buat tau. Tak campur limau nipis pun ok. Sapu je nipis nipis kat ketiak tu. Kerap buat in shaa Allah, bulu ketiak tu segan gila nak hidup. Hahahah.

5- Badan berbau

Ambil 1/2 hirisan limau nipis, kemudian oles kapur sirih pada hirisan limau tu. Sapu nipis nipis je tau dan make sure rata. Pastu leh la gosok gosok ketiak masa mandi. Tunggu 5 minit baru lah bilas dan cuci dengan air bersih.

6- Telinga dimasuki semut

Sapu kapur sirih pada bahagian belakang telinga. Kesan panas yang dikeluarkan oleh kapur tu dapat buat semut tu nak keluar. Tapi kalau semua tu takmo keluar jugak. Silalah pergi jumpa doctor. Sis Mya dah penah kene seksa uolls. Hihi.

7- Sakit perut (kanak kanak)

IKLAN

Ramas beberapa helai daun durian dengan kapur sirih, sapu dekat perut.

8- Bengkak Lutut

Campurkan kapur dan asam jawa sama banyak. Gunakan jumlah yang sama banyak lebih kurang segenggam asam jawa dan kapur untuk satu lutut. Sapu pastu balut lah dengan kain biarkan sampai kering. In shaaAllah bengkak akak surut atau makin kurang.

9- Menghilangkan jerawat

Sapu kapur secara nipis pada jerawat sama ada yang sudah dipicit atau kat jerawat yang tengah kembang subur tu.

Lebih elok kalo campur bedak sejuk dan sikit garam. Lebihkan bedak sejuk ye. Bancuh ngan air letak kat tempat jerawat tu.

In shaa Allah jerawat akan mengecut. Yang bekas tu plak akan mengelupas dan hasilkan kulit baru.

10- Ruam ( akibat alahan/alergi)

IKLAN

Sapukan kapur yang dicampur air. Kiranya bancuhan cair la ye. Sapu kat tempat yang ruam atau gatal gatal tu. Nipis nipis je ye. Kalo kene gigit nyamuk pun boleh. Not recommended untuk budak kecik baby ye.

11- Kudis buta

Ambil kapur dan campur dengan sikit air masak hingga berbuih. Biarkan suam dan sapukan pada kudis buta tu. Sapu masa anak tengah tido ye. Sebab ramuan ni pedih sikit bila kene kudis tu.

Biasanya kanak kanak yang suka main tanah kene kudis buta ni. Kudis akan kering beberapa hari lepas buat buat berulang kali. In shaaAllah.

Sumber: Mya Ja’amat

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club