Siapa yang tak kenal dengan keluarga adik comel, Fatimah Omar Mukhlis, 5, yang viral kerana fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka melupakan bahasa ibunda. Video pertama Fatimah tular pada 9 Mei dua tahun lalu ketika memasak cucur pisang bersama bapanya.
Malah keletah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti 655,000 orang Instagram TheFamily.UK. Sejak itu, Fatimah menjadi selebriti cilik yang dikenali ramai.
Malah pengaruh dan kemasyhurannya di media sosial, membuatkan netizen sentiasa mengikuti perkembangan keluarga ini. Terbaru melalui muat naik di instagam milik keluarga, memaparkan bagaimana ibu bapa mendidik Fatimah dan adik beradiknya minat membaca buku. Jom semak perkongsian ibu bapa Fatimah.
“Ramai yang bertanya di mana kita biasanya mendapat bahan bacaan untuk kanak-kanak. Nah, ketika dulu kita mempunyai Omar Mukhtar, kita biasa membeli semua buku untuknya. Tetapi ketika berusia sekitar 6 tahun, dia mula membaca satu buku setiap hari, dan kami menyerah kerana kami menghabiskan terlalu banyak wang dan juga memerlukan lebih banyak ruang untuk menyimpannya!”
Ads
PINJAM BUKU DI PERPUSTAKAAN
“Sekarang, ia lebih teruk lagi kerana kami mempunyai dua ulat buku kecil tambahan di rumah – Fatimah dan Ali! Sehingga Kami tak terkira jumlah buku yang mereka baca setiap hari! Jadi sekarang, kami hanya membeli buku khas untuk mereka dan selebihnya, kami dapat dari perpustakaan tempatan mingguan kami. Kanak-kanak suka perpustakaan. Ia telah menjadi seperti rumah kedua mereka! Mereka masing-masing mempunyai kad perpustakaan sendiri dan setiap orang dibenarkan meminjam sehingga 30 buku pada satu masa.
DIDIK ANAK TANGGUNGJAWAB
Ads
Meminjam buku dari perpustakaan mempunyai banyak faedah. Bukan sahaja menyimpan wang, ia juga mengajar kanak-kanak untuk bertanggungjawab dengan harta orang lain. Alhamdulillah, setakat ini, Fatimah dan Ali sangat bertanggungjawab dengan buku-buku perpustakaan mereka dan sentiasa mengembalikannya dalam keadaan baik!
“Terdapat banyak cara untuk membesarkan dunia anak anda. Cinta buku adalah yang terbaik daripada mereka semua.
Selain itu, ada netizen bertanya bagaimana ibu bapa fatimah mengawal gajet kepada anak-anaknya. Jawapan yang diberi sungguh inspirasi.
Ads
Nyata, ibu bapa Fatimah seorang yang tegas dalam mendidik anak. Tahniah kepada ibu bapa Fatimah!
Sumber: thefamily.uk
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan bekal untuk anak ke sekolah, tidak sukar tetapi agak pening untuk bertukar-tukar menu. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?
Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies untuk anak. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa lebih kurang memerlukan 5 minit sahaja.
Biar betul? Bukan itu sahaha, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap.
Tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay?
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan
Cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.
2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3 Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.
4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda! sedapnya!
Selamat mencuba ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah Dia Yang Satu. 26 tahun menanti untuk menimang anak perempuan, doa tersebut dimakbulkan dan bahagia kian bercambah menanti orang baru.
Lebih bermakna bila mana wanita ini berkongsi kegembiraan dengan anak dan menantu yang turut menimang cahaya mata sulung. Assalammualaikum semua ahli KIMM.. Pertama kali bersiaran disini. Saya berumur 44 tahun n menantu saya berumur 24tahun. Kami telah sama2 selamat melahirkan baby girl dgn izin Allah.
Ank saya Puteri Delisha lahir pd 27 June 2020 dan cucu saya lahir pd 15 April 2020. Alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran ank kami dgn mudah secara normal.. Kami doakan semoga ibu2 KIMM yg ada disini dipermudahkn juga urusan bersalin nnti.. Aamiin
Namun Allah sekali lagi menguji keluarga ini. Suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya tatkala si kecil baru berusia sebulan dan isteri masih dalam pantang.
Lelaki ini tidak sempat melihat anaknya membesar. Kisah sedih ini dikongsikan oleh Suri Hati menerusi laman Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official.
Kegembiraan wanita ini menimang cahaya mata perempuan selepas 26 tahun menunggu akhirnya bertukar duka apabila kemudiannya memuat naik berita mengenai pemergian suami beberapa hari kemudian.
Dalam pada itu, dalam satu lagi perkongsian menerusi laman yang sama, wanita ini memuat naik gambar terbaru bayinya dengan kapsyen yang cukup meruntun hati.
Assalamualaikum. Saya Puteri Delisha Binti Roslan. Doakan mak saya kuat utk membesarkan saya yg baru kehilangan papa di usia saya sebulan dlm pantang.
Terima kasih kpd warga KIMM yg telah mengucapkan tahniah dan takziah di atas post mak saya di group ni hari tu. Allah hadiahkan seorang ank perempuan buat mak n papa saya setelah 26tahun mereka menanti tapi akhirnya Allah ambil terus papa saya dan gantikan saya utk menemani kesedihan mak. Semoga perancangan Allah ini ada hikmahnya.. Aamiin.
Dalam pada itu, dia juga turut memohon orang ramai mendoakan semoga dia tetap kuat dan tabah dengan ujian yang menimpanya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak selama enam bulan. Keputusan itu dibuat susulan kekurangan bekalan mikrocip yang kini sedang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya masih meneruskan proses pendaftaran bagi permohonan MyKid seperti biasa.
Jelasnya lagi, JPN akan melakukan pengeluaran MyKid secara berperingkat dengan menggunakan bekalan sedia ada dengan mengutamakan kes-kes tertunggak.
Dalam pada itu, Ruslin mengatakan JPN kini sedang berusaha menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid sejak industri mikrocip seluruh dunia berdepan dengan krisis akibat pandemik COVID-19 yang berlaku.
“Kita dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan permohonan disebabkan masalah kekurangan mikrocip di peringkat global kerana MyKid ini menggunakannya.
“Jadi, JPN bercadang dalam tempoh masa ini kita akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid.
“Bagaimanapun, proses ini pasti dilaksanakan juga setelah perolehan bekalan mikrocip dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan,”katanya.
Tambah beliau, ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka seperti permohonan sekolah kepada mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid).
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas Program Serahan Kad Pengenalan MyKad kepada orang kurang upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar di Bukit Godek, Melaka, hari ini.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di