
Bendi (hibiscus esculatus), adalah sejenis sayuran yang berasal dari Afrika dan sesuai ditanam dikawasan yang beriklim tropika. Jika anda suka makan sayur-sayuran, bendi adalah antara yang mudah ditanam. Sekiranya anda mempunyai kawasan tanah lapang di belakang rumah, amatlah disyorkan untuk menanam bendi. Jom semak perkongsian ini yang memberi tip untuk membantu bendi berbuah dengan banyak. Moga memberi manfaat kepada yang suka berkebun
10 Tips Nak Bagi Bendi Buah Banyak
1. Tanam dengan jarak yang sesuai. Saya tanam jarak 6′ × 3′.
2. 1 point tanam 1 pokok.
3. Tanam anak yang disemai supaya tumbuh sekata dan seragam.
4. Pastikan air, baja dan cahaya cukup.
5. Pastikan pokok tumbuh tegak. Buat sokongan supaya pokok tak tumbang.
6. Simpan tunas sisi dan ia akan besar jadi cabang sisi. Akan ada 3 – 5 cabang sisi bergantung pada varieti. 1 cabang sisi akan ada buah paling kurang 5 biji.
7. Batang utama akan ada buah pada setiap tangkai daun. Paling kurang dapat 15 biji. Jaga pokok dan buah akan lebih banyak lagi bila pokok tahan lama.
8. Sembur dengan foliar pada daun muda dan pucuk setiap minggu. Saya guna baja AB dengan kepekatan 2.0 mS. Sembur pada awal pagi.
9. Buang daun yang tak berfungsi secara berkala.
10. Terus buat kawalan bila ada tanda serangan penyakit dan perosak.
Kongsikan juga tips ini pada yang lain ye SEBAB mungkin ia sangat berguna buat mereka.
Sumber: Azuan Abdullah via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Wanita Ini Kongsi Resepi Maggi Celup Kelantan Yang Simple Je Caranya Tapi Lazat. Padu!

Mi Celup sememangnya begitu terkenal sekali di Pantai Timur kerana kuahnya yang begitu padu dan dipenuhi dengan isi ayam, tapi bagi ibu-ibu yang ingin cuba tukar dengan maggi pun tak salah kan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Boleh dicuba sebagai menu minum petang atau simpan untuk dibuat hujung minggu nanti jika ada tetamu yang ingin datang berkunjung ke rumah.
Haa angkat tangan siapa peminat maggi celup Kelantan?
Cikgu tengok dekat wall fb dua tiga hari ni asyik lalu je gambarnya. Cikgu pun tumpanglah nak meriahkan suasana. Jemput tengok gambar cikgu tayang. Aha
Ceritanya cikgu pernah hidang untuk tetamu masa hari raya. Nak bagi kelainan sikitlah kononnya. Asyik buat nasi dagang je. Jadi cikgu sediakan menu nasi air, bihun, mi, kuewtiaw dan maggi pun ada sekali. Mula-mula tu cuak juga cakap kat mak takut tetamu tak makan. Ohh rupanya sangkaan cikgu meleset. Maggi paling laku keras!
Habis licin semuanya sampai cikgu kena ulang masuk dapur banyak kali tambah baru. Sedap sangat kot cikgu buat. Hii
Jomlah cikgu bagi resepi mudah cara nak buatnya. Sup ni cikgu masak kat sini. Kalau kat kampung lagi sedap boleh beli banyak jenis perut. Dapat makan macam ni pun kira bahagia jugak. Asalkan ada rasa maggi celup ori.
RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN
A. Resepi Sup
1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
– daging buku besar (jangan hiris)
– tulang
– 1 sup bunjut
– akar ketumbar
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
– Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
3. Keluarkan isi sup tadi.
Tambahkan:
– 1 sudu kicap lemak manis
– 1 sudu kicap pekat Jalen
– 1 sudu sos ikan
( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)
4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.
B. Aneka Lauk
– Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
C. Aneka Mi dan Sayur
( untuk versi sedikit- celur sekaligus)
1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)
D. Aneka Rencah Perasa
– gula
– garam halus
– kacang tanah tumbuk
– air lada
– bawang goreng
– bawang putih goreng dadu (beli siap)
– lobak jeruk asin
– cili siam jeruk
– sos ikan
– perencah maggi
– serbuk chili flakes
– limau nipis
– daun sup
– serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
E. Cara hidangan :
1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.
Nak lagi resepi menarik boleh jengah wall cikgu di fb. Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Pizza Gunting Menu Paling Ringkas Nak Buat & Confirm Tetamu Suka!

Bercerita tentang ‘demam raya’ bagi yang tinggal dibandar-bandar, sebenarnya masa dan ketika inilah baru bermula semangat dan aura Raya, maklumlah sebelum ini semuanya berada di kampung halaman.
Dikesempatan hujung minggu biasanya diambil untuk mengadakan amalan ziarah dan ramai juga yang menjadikan tradisi menganjurkan rumah terbuka bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya yang diraikan.
Jadi menu apakah yang bakal anda hidangkan pada tetamu nanti?
Mungkin juadah Pizza Gunting ini boleh dijadikan antara menu special di majlis rumah terbuka anda nanti. Menyediakannya juga cukup mudah dan rasanya memang digemari ramai. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummul-alifah ini.
“Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yang minta resepi ni..meh sini, sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari-mari tgk resepinya,sangat sesuai utk yang nak makan pizza, tapi malas nak uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba”– Ummul-alifah Salim
Ni resepi utk 1 dulang 10×10 ye..
PIZZA GUNTING
Bahan-bahan:
9 keping roti
3 batang sosej (potong kecil)
100 gm isi daging/ayam (cincang)
1/2 cili benggala (potong dadu)
5 biji telur A
Bawang besar & bawang putih untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari
Mayonis dan cheddar cheese
Cara buat :
- Tumis bawang,kemudian masukkan serbuk kari..masuk daging / ayam..bila dah masak,masukkan sosej,akhir skali lada benggala,tutup api,lada benggala masak kejap je..owh,jgn lupa masukkan garam dengan perasa yer. Ketepikan.





1.kuarkan dari oven
2.sapu sos..hat ni sy buat sblah xde sos sbb anak-anak tak nak pedas..hehe..buh la sos feverete korang,life ke,kimbal,sy guna samano
3.tabur cheese yang dah di sagat..saya guna cheddar cheese,mix ngan mozarella pun best
4.buh la mayonis kegemaranLau rajin,boleh susun-susun sosej yang dipotong serong,tapi sbb kemalasan,ni pun sedap..hehe

Mayonis tu korang buh rapat2x cm gini,baru best,rasa lemak2x berkrim mayonis tu melt dlm mulut..hihi..okey,sambung bakar lg 10min atau sampai mayonis tu x melekat kt tangan,lau melimpah camni,dalam 15min gak
Ekstra tips : Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yang lebih moist & kenyal.
sumber : Ummul-alifah Salim Via MAHN
Buah Epal Kekal Segar & Tak Akan Lebam Warnanya Lepas Dikupas. Begini Petuanya!

Tentu kita semua perasan bukan? Setiap kali kupas buah epal dan jika tidak dimakan terus ia akan berubah warna keperang-perangan atau dalam erti kata lain nampak lebam dan warnanya itu nampak tidak menyelerakan untuk dimakan.
Jadi sebenarnya ada petua untuk pastikan buah epal berada dalam keadaan baik walaupun sudah dikupas dengan cara gunakan petua orang dulu-dulu. Mudah dan senang sangat rupanya untuk dibuat.
4 Petua Elak Epal Lebam Lepas Dipotong, Segar Walaupun Terdedah
- AIR GARAM
Petuanya elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu.
Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak ajer la.
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan.
Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
- JUS LEMON
Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
- PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
*Sumber asal adalah daripada Puan Malina melalui blog Teratak Mutiara Kasih
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club