Berdengkur. Topik ini nampak macam remeh. Tetapi ramai di antara kita mengalami masalah ini. Persoalannya, bagaimana mahu merawat? Apa punca-puncanya?
Ada beberapa sebab menyebabkan seseorang itu boleh alami berdengkur.
Paling biasa ditemui ialah mereka yang berlebihan berat badan, ada sekatan pada mana-mana bahagian atas salur nafas atau struktur rongga mulut dan tekak pesakit.
Mengapa mereka berlebihan berat badan mudah alami berdengkur?
Ini berlaku akibat pengumpulan tisu dan lemak yang banyak pada bahagian sekitar leher mengakibatkan sempitan pada salur nafas. Apabila tidur, masalah dengkuran lebih mudah berlaku.
Ads
Apabila mereka berjaya mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Berat badan berjaya diturunkan. Saya percaya masalah ini dapat dibantu.
Sekatan pada bahagian atas salur pernafasan, bahagian rongga mulut dan tekak boleh disebabkan oleh masalah pembesaran pada tonsil atau adenoid.
Apa lagi? Ada sesetengah pesakit juga mingkin mempunyai saiz lidah yang besar, saiz anak tekak ‘uvula’ yang panjang sehingga menyentuh lidah dan banyak lagi.
Ini semua boleh menyebabkan masalah berdengkur berlaku!
Ads
Rawatannya adalah perlu kepada pemeriksaan doktor. Lebih baik dapatkan rujukan ke klinik hidung, telinga dan tekak. Ada sesetengah keadaan memerlukan pembedahan. Ada yang perlu diturunkan berat badan dahulu.
Saya beri 3 tip untuk pesakit OSA, Obstructive sleep apnea.
3. Banyakkan aktiviti sihat seperti bersenam dan sebagainya
4. Saya tambah nombor empat. Jumpa doktor untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.
Kenapa OSA ini bahaya? Kerana ia boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang fungsi organ lain seperto otak, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Jika anda kerap sangat mengantuk dan letih pada siang hari. Berdengkur di waktu malam, anda mungkin sedang mengalami gejala “obstructive sleep apnea”. Jumpalah doktor.
Sumber: Fb Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun pelakon berdarah kacukan Siam ini cukup bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar Rashid, isteri kesayangan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob ini, kehidupannya cukup membahagiakan dan sangat bersyukur serta berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Bila dah ada anak kehidupan suami isteri sudah berbeza. Sebab itu saya seboleh mungkin tak nak ‘miss’ momen anak, Raden Muhammad Rafael membesar. Kebetulan anak kami masih kecil jadi tak semua tawaran berlakon saya terima. Walaupun ini kerjaya yang saya minat, namun keluarga adalah keutamaan.
“Saya memang suka dengan keluarga besar jadi apabila suami cakap dia nak tiga lagi anak dengan saya, memang tak ada masalah sebab saya sendiri datang dari keluarga yang besar. Walaupun ramai tapi hubungan kami sangat rapat. Itulah yang ingin saya praktikkan dalam rumah tangga kami. Kalau sebelum ini saya dan suami, Raf Yaakob cadang nak tambah ahli keluarga lepas anak dah lebih 3 tahun, tapi sekarang kami dah tak mahu rancang. Jika ada rezeki kami terima,” ulas Mawar lagi.
Bukan mudah bergelar ‘ibu segera’ pada anak-anak, Rayyan dan Raysaa yang dah besar sebab tanggung jawab cukup berat. Bila anak buat salah, Mawar akui akan tegur dengan berhemah.
“Suami banyak main peranan dalam membantu mendidik saya dan anak-anak. Alhamdulillah, keluarga kecil kami sangat bahagia. Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar lagi yang mengakui menjadi seorang ibu kena ada sifat sabar yang tinggi dan tidak pilih kasih antara anak-anak.
Kemesraan bukan dibuat-buat
Melihatkan kemesraan pasangan ini di media sosial, ramai yang memuji tak kurang ada mulut nakal yang mengatakan itu sekadar kemesraan yang dibuat-buat. Namun, bagi empunya diri, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak suka mengambil peduli akan kata-kata orang.
“Saya tidak kisah dicemuh dan dikutuk warganet kerana saya dan suami diajar hidup berkasih sayang oleh keluarga masing-masing, sejak kecil lagi. Acuan kehidupan kami sama. Sebab itu antara saya dan Raf cepat serasi. Selepas kenal enam bulan, kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
“Kalau warganet mahu mengata saya dan Raf suka menunjuk-nunjuk, itu terserah. Ia sama sekali tidak menyekat saya untuk terus memuat naik gambar atau video di laman sosial. Bagi saya, laman Instagram (IG) adalah diari kehidupan yang boleh dijadikan kenangan dan tatapan anak cucu pada masa depan,” ujar pelakon Tq Captain ini lagi.
Bakal keluar produk kosmetik
Mengulas lanjut mengenai kerjaya masing-masing, Ujar Mawar mereka kini dalam proses untuk mengeluarkan produk kosmetik sendiri.
“Walaupun sibuk dengan berlakon dan juga keluarga, namun saya mahu cuba benda baru. Jadi, saya memilih untuk membuka bisnes dan perancangan ini adalah bersama dengan ahli keluarga. Soal aktif berlakon taka da masalah kerana itu memang minat saya sejak dahulu lagi. Memang saya akan teruskan walaupun sudah ada bisnes kelak.
“Mungkin keluarga yang akan uruskan manakala saya lebih fokus soal pemasaran produk ini kelak Tetapi tak bermakna saya buat sambil lewa kerana dalam menjayakan sesuatu kita kena fokus dan ada usaha ke arah itu. Sebab itulah saya sanggup masuk kelas belajar tentang ilmu bisnes kerana selain mahu menjadi pelakon versetail, saya juga mahu tampil sebagai seorang usahawa yang berjaya,” jelas Mawar lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited untuk mempercepatkan proses permohonan perubahan penempatan tugas bagi seorang anggota yang mengalami kehilangan anaknya berusia lapan bulan di sebuah taska baru-baru ini.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kementerian memahami betapa sukarnya situasi yang dihadapi oleh Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang telah menunggu selama 13 tahun untuk memperoleh cahaya mata.
Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Fikry Amri itu baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama. Malah ibu mangsa yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
“Buat masa ini, kita akan berusaha untuk membantu Mejar Mohd Fikry Amri, yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, agar dia dapat tinggal sebumbung dengan isterinya yang menetap dan bekerja di Melaka. Permohonan untuk perubahan penempatan ini akan dipertimbangkan, tetapi ia juga bergantung pada kelulusan pihak berkuasa perkhidmatan pertahanan,” ujar beliau selepas melawat keluarga tersebut di rumah mereka di Taman Kelemak Utama.
Adly juga menambah bahawa kementerian akan memastikan kesejahteraan keluarga ini terjaga dengan memberi sokongan psikologi yang diperlukan, terutamanya untuk Mejar Mohd Fikry Amri, yang jelas paling terkesan dengan kejadian ini.
“Kita akan terus pantau dan berikan bantuan, termasuk sokongan psikologi, bagi memastikan kestabilan emosi keluarga ini, yang seterusnya boleh mempengaruhi perkhidmatan anggota berkenaan,” tambahnya.
Beliau juga menggesa pihak berwajib, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar lebih tegas dalam memastikan taska swasta mematuhi undang-undang dan mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.
Kejadian tragis ini melibatkan bayi Muhammad Al Fateh Amri yang ditemui tidak sedarkan diri dengan keadaan hidung berdarah di sebuah taska sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Seorang pengasuh taska berusia 34 tahun kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Takziah diucapkan kepada keluarga bayi 8 bulan yang telah kembali ke rahmatullah di taska. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bapa dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. Doa kami bersama kalian. Al-Fatihah.
Tiada permintaan yang lebih sayu daripada menunaikan hasrat seorang ayah untuk melihat anak lelakinya bergelar polis. Meskipun ayah sudah tiada di dunia, anak lelaki ini tetap menunaikan impian arwah yang mahu melihatnya bergelar polis.
Baru-baru ini, seorang kakak telah memuat naik status mengenai adik lelakinya yang telah Berjaya menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam,Negeri Sembilan. Menerusi laman social Twitter, kakak itu telah berkongsi sebuah video di majlis program pusat itu. Ibunya turut hadir tanda sokongan kepada anak tersayang. Doa ibu juga menjadi pengiring kejayaan anak ini.
Jom semak perkongsian ini.
Puas ibu cari adik, sebab semua hitam semua pakai sama ibu tak perasan adik dah lalu tepi dia.Adik ni anak bongsu dalam family sis and also tunggal lelaki. Terima Kasih dik tunaikan hasrat Arwah papa untuk jadi polis.
Jatuh air mata pengkid sis. Today adik tamat latihan polis. Puas ibu cari adik, sebab semua hitam semua pakai sama ibu tak perasan adik dah lalu tepi dia.Adik ni anak bongsu dalam family sis and also tunggal lelaki. Terima Kasih dik tunaikan hasrat Arwah papa untuk jadi polis. ? pic.twitter.com/DawdXB1elP
Adik pun rapat jugak dengan papa. Gais doakan papa saya juga ye. Al-fatihah papa Abdullah bin Haji Mat Adan
Terima Kasih papa ibu besarkan kami adik beradik sehingga ke tahap ini. Susah payah papa ibu waktu muda dulu,akan kami balas semuanya dan semoga allah menjaga kalian di dunia dan akhirat. We love you
Sebenarnya adik graduated in Diploma in Culinary. He can cook so well. plus dia anak manja ibu banyak ibu ajar dia masak
Sumber : Twitter isyvpipi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.