Musim durian yang bakal habis tidak lama lagi pastinya buat ramai penggemar durian rasa sedih. Mana taknya, lambakan durian musim ini lain daripada yang lain.
Kata penggemar durian tegar, buah durian pada musim kali ini teramatlah sedap. Rasa isinya lemak dan manisnya cukup enak. Manis buah yang berkualiti.
Tak perlu durian mahal, durian kampung sahaja sudah terasa sedapnya. Hebat! Dalam pada sedap dan lemak ini, ada juga di kalangan kita yang takut untuk makan durian. Malah ada juga yang takut gemuk!
Rugi bagi yang tak makan kerana menurut kata scientist, #DrSuriRoowi, Principal Scientist, buah durian sememangnya banyak khasiatnya. Paling win, buah yang satu ni dapat tenangkan fikiran dan atasi insomnia. Hebat!
Berikut merupakan kelebihan lain yang dicungkil daripada scientist kita ni.
APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN
Durian kaya bahan asid amino TRYPTOPHAN – Bahan ini menenangkan fikiran dan SESUAI untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
Ads
2. Bahan ORGANOSULFUR (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob, antihipertensi dan melindungi jantung.
3. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur
4. 100 g durian – 147 kalori
100 g nasi – 151 kalori
5. Pesakit kencing manis TIDAK boleh makan durian secara BERLEBIHAN
Ads
6. Ada kajian menunjukkan KULIT DURIAN bersifat ANTIDIABETIS. Namun, % penurunan glukosa darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding Glibenklamid (OBAT DIABETIS)
7. Ada kajian menunjukkan makan ISI DURIAN pada kadar TINGGI boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya.
Ads
8. Durian kaya POTASSIUM. untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang perlu makan ikut kadarnya
9. ELAK makan durian bersama PARACETAMOL @ ALKOHOL kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Wbp, perkara ini masih perlu kajian lanjut
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah adik ini cukup memilukan. Lahir dalam keluarga miskin dengan kedua orang tuanya bisu dan pekak.
Namun Allah memberi keistimewaan lain buat anak kecil ini yang memiliki kemahiran menghafal dengan cepat. Tidak hairanlah Adik bernama Mustaqim ini sudah berjaya menghafal 30 juz Al-Quran.
Rupa-rupanya dia mahu memberi shafaat kepada kedua ibu bapanya menerusi hafalan tersebut. Kagumnya penulis membaca kisah adik ini.
Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni? Cukup sebak!
“Budak Tahfiz Ni Mak Ayahnya Pekak Dan Bisu” . Sebak saya nak cerita pasal budak ni sebenarnya. Percaya tak kalau saya bagitahu mak ayah adik Mustaqim Rosli ni pekak dan bisu? Lebih dasyat lagi anak kepada mak ayah yang bisu ni obses sangat hafal Al Quran dan sekarang dah berjaya hafal Juz 30 dalam masa yang sangat singkat! . Ayahnya cuma peniaga kecil yang berniaga kopiah di market Changlun. Keluarga adik Mustaqim ni memang sangat sangat miskin ! Tapi yang membuatkan saya sebak sangat sangat adalah adik Mustaqim ni tak pernah miss pun pergi kelas mengaji walaupun ayahnya sendiri tak mampu nak bayar yuran kelas mengaji. . Adik Mustaqim ni tak kira. Rasanya dia memang dah nekad nak hafal Al Quran untuk bagi syafaat pada mak ayahnya yang OKU tu. . Masa cikgu tanya apa je yang adik Mustaqim nak kalau dah berjaya hafal juz 30 dalam Al Quran. Tahu tak apa jawapan adik ni? . ” Saya taknak apa-apa pun. Saya cuma nak glove bola je “ . Tahu tak berapa harga glove bola yang adik Mustaqim ni duk impikan tu? Rm11.50 je tapi dia tak mampu pun nak beli ! Bila adik Mustaqim ni dah lulus hafalan juz 30 dia terus dibawa ke pasaraya CMART untuk beli glove bola dia. Punya la dia tersenyum macam benda tu benda paling mahal kat atas dunia. Memang adik Mustaqim tak berduit dan tak mampu nak beli walaupun cuma berharga Rm11.50! . Sebak! . Sekarang ni adik Mustaqim ni belajar di Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar di Kampung Lembah Palas, Changlun Kedah. Masalahnya sekarang ni pusat tahfiz tu dah buruk sangat. Dah 2 tahun kempen kutipan derma dibuat untuk bina bangunan baru untuk pra tahfiz untuk adik-adik yang berumur 5-12 tahun tapi cuma rm60 ribu je yang mampu dikutip. . Masih kurang rm200 ribu lagi. Mudir kepada adik Mustaqim tu sebenarnya nak selamatkan budak-budak kampung tu yang 90% dah terjebak dengan ketum dan 50% pulak dah terlibat dengan dadah. Tu yang saya terdetik hati nak lancarkan kempen kutipan dana kilat untuk pusat tahfiz adik Mustaqim ni. . Dengan harapan, ramai lagi budak-budak miskin di kampung tu dapat juga belajar ilmu Al Quran dan menghafalnya. Jom kita pakat bantu adik Mustaqim dan mudirnya untuk bina bangunan baru untuk selamatkan budak-budak kampung di sana. Semoga Allah buka hati kita untuk buat amal kebaikan. . Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia . 1 lot wakaf bernilai rm10 sahaja. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Anda boleh buat sumbangan melalui: . Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR No. Akaun : 02 0390 10080 690 . Email : tahfizsaiyidina.abubakar@gmail.com Pengerusi : Cikgu Munawar 019 497 0253 . Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda ” Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .” ( HR Baihaqi )
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selagi ada usaha, selagi itu harapan masih ada. Itulah yang dilakukan oleh seorang isteri bagi membantu suaminya untuk mendapatkan rezeki bagi membuat persiapan menyambut kelahiran anak sulung mereka yang bakal lahir pada bulan September ini. Terkesan dengan Covid-19, pendapatan mereka sekeluarga juga terjejas.
Namun wanita ini tidak putus asa dengan tanpa segan menulis di twitter mengenai bisnes ikan masin yang diusahakan oleh suaminya. Memandangkan perniagaan tidak memberikan keuntungan, maka diusahakan untuk dijual secara online.
Jelasnya, “Aku suri rumah. Awal bulan 9 ni dah nak bersalin. Jadi suami aku tengah cari duit untuk beli barang keperluan baby dan untuk kos aku bersalin. Aku just mintak support bisnes suami aku je. Kalau tak beli tolong retweet. Aku anggap ni rezeki anak aku.
Ni gambar gambar stok yang ada. Banyak lagi gambar dalam wassap. Boleh tengok kat katalog. Ikan perkasam pon ada. Laki aku buat sendiri. Resipi turun temurun dari mak mertua. Serious sedap tak tipu.
Tambahnya lagi, ” Yang buat aku sebak dan sayu. Kadang tuu aku teringin jaa nak beli barang kelengkapan baby. Tapi aku serba salah nak mintak bila dia cakap macam tu. Aku suruh dia beli benda yang penting je. Macam barang lain tuu aku rasa tak perlu.
“Aku nak kerja. Tapi takdak orang nak ambek orang mengandung. Nak taknak aku kena tunggu habis pantang baru cari kerja bantu suami aku. Buat masa ni aku boleh bantu dgn cara promote bisnes dia jaa. Ni first time aku promote kat twitter. Harap-harap ada rezeki untuk keluarga kecil kami.
Selepas perkongsian, ciapan tersebut diulang kicau hingga lebih 15.1K dan mendapat maklumbalas yang positif daripada warganet dan sekali gus menarik nafas lega bagi pasangan suami isteri ini.
“Allahuakhbar. Banyak kali menangis sebak sebab ramai yang bantu. Tak menang tangan nak reply wassap satu. Tapi saya akan reply slow. Harap bersabar yaa. Saya yang ambek order. Suami yang packing barang. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi support.
“Terima kasih jugak pada yang dm nak bagi barang baby. Segan betoi ni. Sebab share ni bukan nak meminta barang. Cuma nak usaha cari rezeki yang halal untuk keluarga kecil kami. Moga Allah murahkan rezeki dan balas jasa baik anda semua. Amin”
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan. Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga, masa mahupun wang ringgit.
Manakala si anak pula bahagia melihat wajah gembira ibu bapa atas kejayaan mereka kecapi. Itulah yang ingin dikongsikan oleh saudara Aiman Hamizan di twitternya baru-baru ini.
Menceritakan kisah sebenar, Aiman berkata, video berkenaan dirakam selepas dia menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Pemasaran ketika majlis konvokesyen di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Shah Alam, Selangor,
Dia memuat naik satu video yang mengundang sebak apabila ayahnya menyuarakan hasrat untuk memakai jubah konvokesyennya. Walaupun video tersebut memperlihatkan bapanya tersenyum disamping memakai jubah serta topi konvokesyen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan situasi itu.
“Selain ibu, abah sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen saya kerana sudah lama dia menanti saat untuk melihat saya naik ke pentas dan menerima skrol.
“Namun, abah datang sedikit lewat semalam dan selepas majlis konvokesyen selesai, kami sekeluarga berkumpul di luar dewan untuk mengambil gambar bersama.
“Ketika itulah, abah meminta izin untuk memakai jubah dan topi mortar dengan alasan tidak pernah menggayakannya.
“Kata-kata abah itu membuatkan saya tersentuh hingga terus menyarungkan jubah serta topi mortar di kepalanya.
“Saya sempat mengambil gambar dan merakam videonya memakai persalinan itu, tetapi terkejut apabila banyak komen diterima tidak lama selepas memuat naiknya di Twitter,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Aiman, rata-rata komen diterimanya positif dan dia berharap supaya perkongsian itu memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai ibu bapa mereka selagi ada.
“Abah pernah menyambung pengajian di London satu ketika dulu, tetapi tidak berpeluang menghadiri majlis konvokesyen kerana masalah kewangan.
“Lagipun, abah anak sulung dalam keluarga jadi dia terpaksa lupakan hasrat untuk ke majlis konvokesyen demi keperluan adik beradik lain.
“Kini, giliran saya bergelar graduan, jadi inilah masanya saya menggembirakan abah dengan memenuhi permintaannya (memakai jubah dan topi mortar).
“Sekurang-kurangnya, saya dapat melaksanakan salah satu impiannya yang dulu tidak kesampaian,” katanya.
Aiman yang juga graduan dari kolej KDU ini telah memuat naik video tersebut petang tadi dan sehingga kini telah menjangkau lebih 12 ribu RT di laman Twitter miliknya.
Abah : “Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai.”
Menerusi posting yang dibuat Aiman itu, ramai warganet telah menurunkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.
Rata-rata daripada mereka mengakui sebak melihat telatah bapa pemuda itu dan ada juga yang berkongsi situasi sama seperti dihadapi Aiman semasa bergraduasi.
Sama! Waktu aku konvo aku cuma ada gambar diorang je dia punya rasa tu sebak gila :,). Macam mana ada 2 baju sebab aku dengan abg aku konvo sekali so yang abg aku, ayah pakai. Yang aku, ibu pakai. Semoga org tua kita semua dipanjangkan umur – Amin 🤲🏻 pic.twitter.com/h4FiOf07fD
Ma brother heaven is a few steps from you, to anyone who is reading this. Make your parents proud,study hard and get a good job and always make them happy. I guarantee you will be successful. Cause I couldn’t anymore.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...