Kebahagian sebuah rumahtangga itu terletak atas sikap saling bantu dan tolak ansur pasangan.
Jelas gambaran ni melalui posting, Hairul Azreen ada berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram yang merakamkan aksinya yang sedang ‘berbual’ dengan anak bongsu, Alisa Aisyah. Suami kepada instafamous,Hanis Zalikha ini rupanya rajin tolongnya tukar lampin dan buat susu waktu malam.
“Ini jelah masa, kita ada utk peluk& tidur dgn anak2. nanti dia dah besar, tak mau nya dia tdo dgn kita , tak percaya tanya diri sendiri.
“Hahahah jadi hargai saat2 dorg masa
baby n kecik ni walaupun tidur kita tak lena, kena bangun buat susu, atau pun tukar lampin, utk beberapa tahun ni je.”
Ads
Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016. Dan terkini, anak kedua dilahirkan pada 24 Mei lalu.
Anak kepada pelakon terkenal dan juga pempengaruh media sosial, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sudah berada di Malaysia daripada United Kingdom apabila bapanya berkongsi video anak bongsunya pulang untuk berpuasa bersama keluarga.
Perkara itu dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Tiktok miliknya baru-baru ini.
Video yang berdurasi 44 saat itu memaparkan Azhar sedang menuju ke bilik anak gadisnya sambil bertanyakan apa yang hendak dilakukan olehnya untuk pulang ke tanah air.
Menurut gadis itu, dia merindui suasana berpuasa di Malaysia apabila boleh pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta.” ujarnya sambil memaklumkan ingin ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Dalam pada itu, di laman Instagram miliknya Azhar mendakwa bahawa Leona pulang ke Malaysia menggunakan duitnya sendiri tanpa perlu minta padanya dan isteri. Disebabkan itu, dia pulang seorang diri tanpa ditemani oleh kembarnya Rees.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut memandangkan influencer yang belajar di London itu sudah ada di Malaysia sedangkan sebelum ini dia berkongsi percutiannya di Iceland di media sosial.
Terdahulu, Leona Iris Kasih bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin telah berangkat UK untuk menyambung pelajaran.
Difahamkan, Leona telah mengambil jurusan pengurusan manakala Andika pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim.
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar ibu, tentu kita akan menegur anak-anak jika mereka melakukan perkara yang salah. Tapi yang kecewa, apa yang ibu cakap ulang kali, anak tetap melakukan kesalahan yang sama.
Lebih menyediahkan setiap hari cakap perkara yang sama, anak tetap tak ikut arahan. Perkongsian seorang ibu ini dan juga pendidik sebuah tadika, mungkin dapat memberi jawapan masalah yang ibu-ibu sering alami.
“ANAK SY DAH 10TAHUN TP SOLAT PUN ASYIK NAK KENA INGATKAN” . “DAH BOLEH KENA PUKUL NI SBB TAK SOLAT, TUNGGU KAMU?” . VS
“MAK DAH CKP BANYAK KALI, TAPI NGAPE AKIM TETAP TAK INGAT2 ?!!”
“FRUSTLAH MCM NI BYK KALI CKP TAKKAN TAK FHM2?”
“KAN MAK DAH CKP, TOWEL TU SIDAI LEPAS PAKAI AISHH KAMU NI?”
Chop! Chop!
Pause think choose
Pernah tak mak-mak terluah macam-macam. Lebih-lebih bila cakap banyak kali tak dengar-dengar? Geram, frust semua ada.
Tapikan pernah terfikir tak? Rungutan demi rungutan ni ada kaitanya dengan Rutin harian kita dan diri kita.
Saje teacher Dianna relatekan dua dialog diats. Pernah tak kita ajar anak kita lepas mandi tuala kena sidai?
Jika pernah, berapa kali agaknya kena ajar dan cakap utk ank kita betul2 melekat dikepala? Pasti berbuih2 mulutkan.
Di sekolah mudah ikut arahan
Tapi kan…. kenapa disekolah cepat sgt mrk boleh faham apa kena buat dn buat flow cuma sekali sekala jer kena diingatkan?
Krn mereka dengar, mereka lihat dan mereka buat. Begitu juga dirumah kalau kita minta anak kita lepas mandi gantung tuala. Tanya balik adakah kita gantung tuala spt yg kita minta anak kita buat?
Jika ya pasti mrk akn ikut namun jangan terkejut kadang makan tahun juga utk bg dia fhm. Ikut pada ank tersebut. Nak ajar disiplin bkn sehari dua terus berdisplin.
Ianya sama sangkut paut dengan solat. Anak umur 10tahun dah boleh kena rotan sikit dikaki tapi persoalanya ROTAN TU MUDAH SPT ABC TAPIKAN….
▶️Dah ingatkan anak solat ke masa dia 7thn – 9tahun?, ▶️kejutkan dia tak kalau dia tertidur tak solat isyak? ▶️Ibu atau ayah ada tak dukung ank bawa ke tandas ambilkn wudhuk kalau dia ngantuk sgt smp tak dpt buka mata? ▶️ ibu atau ayah solat sesama tak? Atau tunjuk tak cara solat utk ank ikut? ▶️ senang ckp setiap waktu tu ada tak ingatkan ank suruh solat?
MAKA LAYAK KE KITA ROTAN ANAK KITA JIKA KITA SDRI X CUKUP INGATKAN ANK UTK SOLAT DAN AJAR DIA SOLAT PD WAKTUNYA!! (Deep ayat ni bila seorang sahabat katakan pada teacher dianna, tipu tak nangis)
Aduh.. bila Teacher Dianna share ni pun sebenarnya cakap utk diri sdri. Adakah cukup teacher dianna sbg mak bantu akim? Ingatkan akim? Tunjukkan role model yg betul? . Sbb kadang kala kita juga diuji utk menjadi istiqomah dlm segala segi. Tak mudah dan tak senangkan. . Jangan pernah menoleh kebelakang andai kita terlalai jom kita baiki mana yg lopong krn kita tak pernah sempurna. Kita masih dlm memperbaiki diri kita. Nak anak berubah kita yg kena berubah dulukan. . . Semoga allah pandang usaha kita utk kita berubah. Jika diuji saat utk kita berubah dan saat kita nk bantu anak kita jangan pernah mengalah krn saat itulah Allah benar2 nak lihat betapa kita bersungguh2 atau tidak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar berita pasangan ini. Semalam, pelakon dan hos, Sazzy Falak berkongsi berita suaminya cedera dalam satu kemalangan ketika mengayuh basikal.
Tanpa menjelaskan secara detail kemalangan tersebut, Sazzy menerusi instagram Stories miliknya hanya memberitahu suaminya terjatuh teruk (bad fall) ketika berbasikal bersama kawan-kawan.
“Akhirnya ada masa untuk update. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, memberikan ucapan serta doa. Suami Nash Idrus berada dalam keadaan stabil, Alhamdulillah.
“Collarbone sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya retak. Walaupun dia mengalami concussion selepas kemalangan, CT scan menunjukkan semuanya berkeadaan baik,” tulis Sazzy.
Menurut Sazzy lagi, ketika ini mereka sedang menanti berita daripada pasukan orthopaedic sama ada suaminya perlu menjalani pembedahan atau tidak.
Tambah Sazzy lagi, paru-paru Nazril tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan pembedahan memberitahu tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.
“Dia akan berada di hospital beberapa hari untuk pemantauan,” tambah Sazzy lagi.
Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan Nazril Idrus pada 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.