
Kesibukan kerja dan bebanan di waktu siangnya membuatkan kita kurang keinginan untuk ‘bersama’ pasangan di malam hari.
Jangan jadikan alasan kerja dalam hubungan yang satu ini sebaliknya cuba cari waktu sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat kedua-dua untuk saling bersama.
Pagi hari antara yang paling indah untuk suami isteri berlayar di lautan penuh indah. Dan kalau nak tahu, kebanyakkan wanita lebih menyukai pagi hari untuk bersama suami. Kenapa?
Lima fakta ini anda perlu tahu untuk mengetahui kelebihan berhubungan intim di waktu ini.
1.Tubuh Lebih Kebal
Seks di pagi hari ternyata mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membuat keduanya makin sihat dan tubuh lebih cergas.

2. Kulit Anjal & Sihat
Selain itu saat mencapai klimaks, tubuh akan melepaskan zat kimia yang akan meningkatkan level estrogen, yang sekali gus membuat kulit wanita lebih tegang dan kencang.
3. Lebih Energi
Setelah berehat di malam yang cukup panjang disertai dengan tidur yang nyenyak, hubungan di waktu pagi pasti lebih bertenaga daripada biasa. Malah lebih segar. Kepuasannya juga lebih maksima!
4. Hormon Oksitosin
Ketika melakukan hubungan intim di waktu pagi, sejenis hormon yang dipanggil oksitosin akan dilepaskan yang mana bertindak memberi
lebih perasaan bahagia.
5. Gembira Maksima
Percaya atau tidak, hubungan intim di pagi hari sangat meninggalkan kesan pada emosi anda. Mood terasa lebih bahagia malah mampu memulakan langkah ke tempat kerja dengan lebih gembira. Hati berbunga riang!

6. Minda Lebih Positif
Tidak hanya mood gembira dan perasaan berbunga riang, anda juga makin positif sepanjang hari. Tak hairanlah kalau anda mampu senyum sampai ke telinga hingga ke petang. Begitulah penangan kuasa pagi hari ini. Hebat!
7.Lebih Sihat
Hubungan ini tak hanya meningkatkan sistem kekebalan tubuh bahkan melancarkan peredaran darah. Paling penting ia sekali gus mengurangkan rasa sakit pada sebarang kesakitan lain seperti migrain dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keperitan Hidup Selepas Suami Kemalangan, Isteri Ini Lepaskan Jawatan Penjawat Awam. Kini Ahli Perniagaan Wanita Yang Berjaya!

Lumrah berumahtangga apabila dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika. Pastinya banyak yang perlu ditangani bersama agar rumahtangga dapat diuruskan dengan sempurna.
Begitu yang dialami oleh wanita ini melalui perkongsiannya di laman facebooknya Siti Zakirah Ghazali mengenai keperitan hidupnya menjadi pencetus kepadanya untuk melepaskan jawatan sebagai penjawat awam dan memilih bergelar ahli perniagaan.
Dalam tempoh peralihan itu, pelbagai pengalaman pahit dilalui termasuk suami kemalangan’, ditipu ketika berurusan perniagaan dan masalah kewangan. Namun ia tidak mematahkan semangatnya. Tetap berusaha tanpa menoleh kebelakang. Kini, jauh disudut hati, ibu kepada tiga orang anak ini bersyukur setelah impiannya tercapai dengan mampu membina empayar sendiri.
Ikuti sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi bahawa jangan putus asa untuk mencuba sehingga berjaya.

Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah❓
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua2 kecik. Dua2 masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja. Cuti sakit selama 400hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Dirumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung. Pagi2 sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula. Petang2 balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing2 dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi xada rezeki.


Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM p.pinang. Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, xkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6bulan sahaja. Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Beli barang niaga di Vietnam

Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak2 serta suami yang masih bersimen kaki nya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam2 hihi. Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tp xboleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana2 sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar giler kat sana, kene tipu hidup2, dibawa lari oleh taxi moto tu. maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat pukul 1-2ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe. Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suami lah yang tolong tulis borang dan packing dirumah. Hujung minggu aku berniaga dipasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus2, online offline sama2 ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen. Dari buat sorang2 dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, Abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, xpe kita sama2 bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing2. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis2 ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di vietnam untuk shipping barang.
Berjaya miliki syarikat

Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat. Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen dibawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega didada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.

Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
?aku pastikan bisnesku stabil selama 6bulan.
?gigih simpan 6bulan gaji.
?ada bisnes planner.
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
❤️jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
❤️aku hadir majlis ilmu.
❤️aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
❤️aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
❤️zakat dan cukai wajib bayar.
❤️gigih marketing.
❤️realisasikan impian orang tersayang.
❤️abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
❤️sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan ditangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Keluarga: Tahniah! Anda wanita yang hebat dan sungguh inspirasi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Norman Bantu Tanam Uri, Memey Jadi Ibu Susuan Kepada Bayi Abby Buat Netizen Sebak & Terharu

Semalam, Abby Abadi selamat melahirkan seorang bayi lelaki tak cukup bulan ketika kandungannya baru 24 minggu. Kini, bayi tersebut terpaksa ditempatkan di NICU kerana beratnya hanya 540gram.
Prihatin dengan keadaan Abby Abadi yang masih lemah menyebabkan Memey dan Norman sepakat membantu Abby dan suaminya itu dalam menguruskan hal-hal berkaitan bayi.

Dalam Satu perkongsian, Memey memberitahu mereka berusaha memberikan susu badannya kepada bayi memandangkan susu yang dihasilkan Abby hanya sedikit.

You are the reason #BabyD ❤️
We love u so much🥰
Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany
Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye..
Tadi dtg ziarah mama,sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu..
Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…❤️
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Sementera itu. Norman pula membantu menguruskan hal menanam uri bayi berkenaan.


Alhamdulillah settle tanam uri #BabyD on behalf of Abah @jaiezzany .Mohon terus mendoakan terutama buat #BabyD ,zuriat buat Abah & Mama @abby_abadi112 utk terus survive & sihat walafiat ye🙏🏻 .
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Dalam pada itu, Abby dan suaminya turut memuat naik perkongsian mengenai bayinya yang dikatakan mempunyai masalah dalaman. Pasangan ini mengharapkan ada keajaiban buat bayi mereka selain memohon semua mendoakan bayinya.
Mohon doa kalian. Baby D kami dalamannya tak kuat. Tengah malam tadi, Dr pakar panggil suami @jaiezzany dgn Sy utk bgtau keadaan Baby, tp Sy tak kuat nk berdepan dgn Dr.. pastu Dr suruh suami duduk standby je kt hospital, jgn pergi jauh… 😫 Apapun syukur sehingga pagi ni. Terus doakan utk Baby D & Mamanya ni ye. Tak terluah dgn kata2. ALLAH Maha tau 😢🤕
.
“Ya ALLAH, sekiranya anak ini baik untuk ibu dan ayahnya, Engkau pinjamkanlah Ya ALLAH. Sihatkanlah tubuh badannya, sempurnakanlah akalnya, kuatkanlah jiwanya dan teguhkanlah akidahnya” Amin ❤️
#MohonAminkan
.
@Regrann from @jaiezzany – My Love dunia akhirat @abby_abadi112
.
Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu
.
Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang.
.
Rehat ya sayang..
.
Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua..
.
Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby…
.
Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat…
.
Ameen…moga Allah permudahkan
.
❤️Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia 😫🤕
.
Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm2 berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibgtau oleh Doc, dari pengalaman org keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! 😫 Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni 🙊
.
Mohon ALLAH SWT bg ruang & peluang utk Sy /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa Sy juga.. Amin 😘
#MohonDoaKalian #Doabulehmengubahtakdir
Sumber: IG normanhakim_786 & memeysuhaiza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah Sentiasa Kemas Walau Ada Anak Kecil. Boleh Ikut Cara Keluarga Ni Buat!

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak kekalkan rumah sentiasa kemas dan bersih sepanjang waktu. Tentu ada sahaja antara kita mengatakan seakan mustahil untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi jika punya anak masih kecil. Baru sahaja kemas ruang tamu, tidak sampai lima minit ruang lain pula bersepah.
Tapi lain pula bagi pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil.

Ikuti perkongsian tip yang dipraktikkan agar kediaman kita juga dapat sentiasa kekal bersih, tersusun dan kemas sentiasa. Jom semak.

Ramai yang PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yang suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yang saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko-deko kemas macam tu…”.
Untuk pengetahuan, saya ada 3 orang anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yang saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:
1. Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sangat penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah-sepah, tapi tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.
2. Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah-sepahkan rumah kerana kanak-kanak bawah umur 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya untuk kemas. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula-mula susah untuk mereka akur, tapi percaya lah lama-lama mereka akan ikut.
ARTIKEL MENARIK : 10 Beradik Sepakat Renovate Rumah Mak Ayah Untuk Lebih Selesa & Membahagiakan!
3. Tetapkan peraturan yang objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yang mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.

5. Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Di sini kita kena sentiasa igatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dalam tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah 2 tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH-MARAH. Lama kelamaan mereka akan faham dan tak akan mengulanginya.
6. Peranan kita sebagai ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sebelum tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yang penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.
7. Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sebab letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yang bayar jam, seperti RM50 untuk 4 jam sebagai contohnya. Yang paling utama, konsisten dalam menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko-deko kita yang cantik tidak bertahan lama.
Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.
sumber : Fendi Isa VIA Kelab Dekorasi IKEA Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

