“Rupanya Ini Adalah Dilema Parents Masuk Anak 2.” Yana Samsudin Luah Cabaran Kehadiran Bayi Baru, Bimbang Mateen Rasa Terpinggir. Warganet Turut Kongsi Kisah Yang Sama.
Biasanya apabila teruja menyambut anak yang kedua, anak pertama mula menjauh diri. Biarpun kita sebagai ibu ayah cuma memastikan tiada pilih kasih antara anak pertama dan kedua, namun ia tetap berlaku sebaliknya.
Tidak dinafikan setiap ibu akan rasa bersalah dan sebak memikirkan untuk melahirkan anak lagi, bimbang akan tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak yang pertama.
Situasi ini turut dirasa oleh pelakon dan pengacara Yana Samsudin menerusi perkongsiannya di Instagram. Beliau mengakui tingkah laku anak pertamanya Mateen berubah sejak mempunyai adik baru.
Namun Yana bijak memastikan Mateen tidak terasa diri terabai. Dia menunjukkan gambar-gambar dan video lama Mateen semasa kecil dengan menjelaskan situasi yang sama dialami buat adik barunya ini.
Masa ambik gambar solo dia tengok je dari tepi. Sekali mommy panggil laju terus dia terpa dan peluk… alahai dak manja mommy rajin tolong mommy dadi jaga adik… thank you @aisymateen .
Mommy tahu bila ada adik ni mateen mesti rasa mateen terabai.. dia pernah minta dukung tapi dah mengandung tak boleh dah nak dukung dia… Ajak main lasak lasak, tapi dadi pesan mommy ada adik dalam perut tak boleh main gusti gusti…
Ads
Bila adik dah lahir, dia selalu tanya ” masa mateen kecik dulu , menyusu jugak macam ni ea” ” masa mateen kecik dulu nangis macam ni ea”….
Mommy pun jawab, sama je… nak tengok gambar? Mommy pun tunjuk gambar dan video lama lama masa dia baby… lepas tu baru nampak muka dia senyum senyum… nasib baik ada ambik gambar dan video dulu dulu kat instagram dan kat hp, ada lah bukti mommy selalu dukung mateen dan main dengan mateen…
Sengih sengih dia tengok balik… tu lah kita dokumentasikan memori kat instagram dan ambik gambar tu bukan untuk menunjuk, tapi lebih untuk kegunaan peribadi.. almaklum.lah sekarang mana orang print gambar sangat ye dak? Hilang hp rosak hp terus takda memori….
Apa pun, mommy sayang mateen dunia akhirat!! love you!!!
Dalam pada itu Yana mengakui bahawa bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang menyambut kelahiran anak kedua tanpa menguris hati anak pertama.
Rupanya ini adalah dilema parents masuk anak 2, memula dapat rasa mateen macam jauh je dengan kita … lepas tunjuk video terus dia jadi manja balik.. satu lagi dia rasa dia kema tegur sebab dia dah ada adik tapo sebenarnya dia dah nak membesar banyak perkara yang kena tegur perangai nya… dugaan sungguh… seronok jadi parent ni.
Tahukah wahai suami bahawa semua isteri sukakan belaian seorang suami. Tidak bermakna ini adalah sikap mengada-ngada tetapi sikap manja inilah yang akan membuatkan isteri bertambah sayang kepada suami.
Biar pun rumahtangga itu sudah lama, sikap manja itu harus ada dalam diri pasangan itu. Cara ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar kekal romantik dalam rumah tangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim harus dijadikan tatapan semua terutama buat suami isteri yang sudah lama hidup bersama. Jangan anggap dah kahwin lama tak boleh nak manja-manja. Manja tu kan pengikat kasih!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kadang kadang orang perempuan ni manja dia lain macam.
Bila kita tanya nak meggi tak, dia kata tak nak. Tapi bila dah siap masak, dia datang ngedeng pula. Dua tiga sudu juga la dia makan.
Bila kita tanya syg nak makan apa hari ni, dia jawab ikut abg la. Tapi bila kita kata nak order kfc. Dia kata dah jemu la, bosan la.
Bila dia tiba-tiba keluar perkataan “sedapnya”, “dah lama tak makan”, “mana nak cari” atau “abg ingat tak kita pernah makan ….” tu maknanya dia nak suruh kita pergi cari la tu.
Bila kita dah bagi cadangan macam-macam makanan, habis semua senarai makanan kat grab food tu di scroll akhirnya dia kata, “order kfc je la” huh!
Bila ada terlalu gerai makanan tepi jalan tiba-tiba dia kata “abg berhenti berhenti, nak beli makanan tu”.
Dia ingat jalanraya tu kita seorang je ke guna, orang kat belakang marah la kalau berhenti sesuka hati macam tu. aduhai..
Kadang malas juga nak u-turn. Lebih-lebih lagi kalau tengah peak hour, memang berjam jam la nak u-turn balik. Bila kita kata, “lain kali la” terus monyok muncung macam itik.
Tapi kalau kita ikut juga. Redah jem berjam jam semata-mata untuk belikan makanan idaman dia tadi, memang senyum sampai ke telinga punya la. Tak habis habis ucap terima kasih abg, sayang abang. Muah muah bagai.
Bila kita nak makan apa-apa semua dia pandai je buat atau carikan, tapi bila dia rasa teringin nak makan sesuatu tu mesti kita di suruh carinya. “Abg tolong belikan …. ye”
Apa saya perasan,
Orang perempuan ni dia kalau dah sayang, dia sayang sungguh sungguh. Tak ada sayang separuh separuh punya.
Makin dia sayang, makin manja dia jadinya.
Lagipun itu la bahasa cinta hampir semua isteri iaitu mereka suka dimanjakan dan suka dilayankan semua permintaannya.
Sayangi isteri kalian sementara dia masih lagi sudi nak bermanja-manja…
Buat kali pertama dalam sejarah, tiga perayaan besar rakyat Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan juga Pesta keamantan tidak boleh diraikan seperti sebelum-sebelum ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Khabar yang menyebabkan ramai sedih terutama bagi yang bakal menyambut perayaan tersebut. Walau bagaimana pun , Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan ‘berita gembira’ apabila memberi kelonggaran apabila ahli keluarga yang berada di dalam negeri yang sama berpeluang untuk berjumpa dengan sanak-saudara.
Berita tersebut ternyata melegakan buat sesetengah individu berkaitan dengan hari perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.
Walaupun perjalanan merentas negeri bagi tujuan berhari raya tidak dibenarkan sama sekali, namun ada kelonggaran bagi mereka yang tinggal didalam negeri yang sama untuk menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi.
Akan tetapi, ziarah tersebut mestilah tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa bagi mengelakkan berlaku perkumpulan dalam kuantiti yang ramai.
“Minta maaflah banyak-banyak dan saya juga mohon ampun,”
“Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tetap tidak dibenarkan,” umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.
Tambahnya lagi, beliau memahami perasaan ramai pihak yang agak sedih kerana tidak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga.
“Bersabarlah, bila keadaan sudah pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman, menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara,” tambahnya.
Dalam masa sama, Muhyiddin menasihatkan, perayaan tetap boleh disambut bersama jiran-jiran terdekat di sekitar kediaman dengan mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan.
“Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
“Ziarah dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa yang sama.
“Jadi tidak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” tambahnya lagi.
Muhyiddin turut menasihatkan agar rakyat tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan iaitu jaga jarak sosial, memakai penutup muka dan hidung serta amalan kebersihan diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu seksual dikalangan pelajar amat digeruni oleh ibu bapa terutama jika anak berjauhan terutama yang tinggal di asrama.
Namun, sebelum nasi menjadi bubur, perkara ini harus diberi pendedahan kepada ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak dengan pendidikan seks supaya dapat tahu apa yang boleh dan tidak.
Demikianlah kisah yang dipaparkan oleh seorang warden asrama sebagaimana yang dikongsi oleh pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi facebooknya. Malah perkongsian itu mendapat respon daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut dan bimbang kepada generasi muda.
Jelasnya meluahkan rasa kebimbangan mengenai perilaku seksual dikalangan pelajar. Beliau berharap dengan pendedahan ini, ibu bapa ambil peduli supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam kehidupan peribadi anak-anak.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Semalam sahaja, macam-macam kes yang saya dapat. Tepuk dahi je mendengar perkongsian warden asrama sepanjang google meet berlangsung. Mereka berkongsi semuaaaaa cerita!
1. Budak perempuan berusia 5 tahun yang awalnya menjadi mangsa sex grooming dan kini ketagihan melakukan onani pada kemaluannya.
2. Kanak-kanak berusia 7 tahun mandi di tandas dengan meletakkan sabun di bahagian kemaluan bukan niat untuk mencuci, tetapi perlakuannya mirip onani.
3. Remaja belasan tahun yang telah menjadi mangsa seks oral/ liwat kini menjadikan rakan-rakan lelakinya yang lain sebagai mangsa liwat pula.
Ketiga isu ini hanya setakat pengetahuan mereka sepanjang mengendalikan anak-anak ini. Kes yang tidak diketahui tak tahulah ada banyak mana. Barangkali perbuatan sebegini telah bermula sejak dulu lagi.
Kiranya, anak-anak generasi baru yang terlibat dengan perlakuan seksual seperti yang saya kongsikan di atas berpunca dari generasi sebelumnya yang boleh jadi memangsakan atau mengajar mereka.
Generasi sebelum itu pula dimangsakan oleh generasi sebelumnya. Inilah kitaran jahanam yang banyak berlaku di asrama, baik isu seksual mahupun isu buli!
Sentuhan tak selesa
Sebab itu penerangan tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa ni kena sentiasa diingatkan kepada anak. Ulang dan terus ulang. Sampai anak faham dan hadam.
Jangan bagi sesiapa sentuh private part sesuka hati; mulut, dada, punggung, paha, kemaluan. Tak kisahlah yang pegang/sentuh/raba tu orang yang dikenali, tidak dikenali, sama jantina, seusia, kenalan rapat, ahli keluarga, apa jua profesion, nampak baik, dikenali dalam masyarakat, ramai followers dan lain-lain.
Jika sentuhan berlaku di tangan, bahu, pipi, telinga atau lain-lain tempat oleh individu yang saya senaraikan di atas hingga anak rasa tak selesa, takut, terancam, maka itu dinamakan sentuhan tak selesa.
Ingat 3 step ni!
Ajar untuk, JERIT! LARI! MENGADU!
Ini je 3 step yang biasa saya kongsikan sejak dulu lagi.
Tak boleh sentuh suka hati bahagian sulit
Selain jangan bagi orang sentuh private part, anak juga tidak boleh sesuka hati menyentuh kemaluan (zakar/faraj) tanpa sebab. Perbuatan inilah yang banyak sangat mak bapak tanya saya di mesengger. Tak termampu saya jawab satu-satu.
Yang dapat saya kongsikan adalah, jika sekadar menyentuh, membelek, memegang, menyeluk seluar memegang kemaluan (anak lelaki), menggosak kemaluan di bucu meja (anak perempuan), maka perlakuan itu boleh saya katakan normal.
Ia jadi begitu sebab anak sedang explore tubuh badan mereka sendiri. Depa tertanya kenapa zakar boleh menegang, kenapa kendur, kenapa rasa geli bila berlaga dengan seluar, kenapa bangun pagi ereksi berlaku.
Anak perempuan pula tertanya kenapa bila faraj terkena bucu meja dia rasa something yang tak dapat diluahkan. Mereka juga rasa syok je bila sembur air paip pada kemaluan. Sebab tu kena sentiasa berkomunikasi dengan anak bab ni. Tanamkan perasaan malu. Ajar tanggal pakaian di mana, pakai tuala di mana, masuk tandas tutup pintu, bersiap dalam bilik dan lain-lain.
Bagi tahu juga mereka, zakar/ faraj ni bukan boleh disentuh dan diperlakukan sesuka hati, hatta oleh dirinya sendiri. Kata pada mereka, bahagian itu kulitnya nipis, boleh luka, sakit dan lain-lain. Kalau gatal, garu, bukan gesel pada objek yang lain.
Bertindak bila 3 ini berlaku
Namun, kalau perlakuan anak tak seperti yang saya sebutkan di atas hingga nampak mereka seperti beronani, menghenjut-henjut bantal berkali-kali dan lain-lain lagi perlakuan tak masuk di akal dilakukan, maka ketahuilah ini kemungkinan yang telah berlaku :
1. Anak dah tertengok video lucah, samada dia terjumpa sendiri atau ada kawan yang tunjukkan kepada dia.
2. Anak telah menjadi mangsa sex grooming. Ada individu yang dikenali atau tidak mencabul/ minta anak lakukan oral seks, memasukkan jari/objek/kemaluan ke dalam kemaluannya (anak perempuan) atau lain-lain.
3. Pernah tengok mak ayah bersetubuh depan mata sejak bertahun-tahun dan mak bapak bingai seperti ni anggap anak kecil, tak faham apa-apa.
Ketahuilah Akta Kanak-kanak di Malaysia amat menjaga kebajikan anak-anak kita. Bila anak faham dari awal, diajar dari kecil, parents selesa berkomunikasi, maka mereka tahu nak buat apa bila kejadian cabul berlaku kepada mereka (nauzubillah).
Mereka tahu kronologi kes, mereka tahu apa yang pemangsa tu cuba atau telah lakukan, mereka firm dengan word zakar/faraj/penis/vagina yang dah diajar sejak dari kecil bermula dari rumah.
Buat report polis. Tahulah pihak D11 handle kes begini. Memang renyah dan meletihkan, tapi kena berjuang untuk membela anak yang menjadi mangsa.
Hasil report polis, senang kes nak dirujuk ke hospital. Bahagian One Stop Crisis Centre akan lakukan medical check up kepada anak.
Ada kesan penetration ke tak, ada kesan koyakan tak, kesan baru ke, kesan lama ke, emosi anak dan lain-lain. Kes serius biasanya anak akan ditahan di wad.
Percaya cakap saya, bukan semua ibu bapa mampu berjuang demi keadilan anak-anak. Ya, bukan semua! Ramainya adalah hanya diamkan diri dan anggap lama-lama nanti anak akan lupakan benda tu.
Kalau tak, tak adanya ramai yang hari ni depression, alami anxiety, berjuang melawan mental health dek menjadi mangsa gangguan seksual ketika mereka kecil dulu.
Malangnya ketika itu mereka tak tahu dan faham pun apa yang sedang berlaku pada dirinya. Nak cakap dengan mak ayah pun tak tahu nak mula dari mana.
Ditambah pula sikap masyarakat yang sering menyalahkan mangsa (victim blaming). Dihalakan kesalahan sebab pemakaian, sebab gedik, sebab menggatal dan 1001 lagi ungkapan toxic!
Walhal di Malaysia ni siap ada baby pun yang dicabul, bahkan haiwan! Maka, membesarlah mereka dalam keadaan trauma, cepat trigger bila membaca kisah-kisah sebegini dan lain-lain.
Cukuplah setakat ni perkongsian saya. Doakan agar bulan November ni saya sempat siapkan ebook terbaru khusus mengendalikan anak yang bakal dan telah akil baligh.
Semoga bermanfaat ya. Harap dikongsikan kepada seramai mungkin kenalan. Terima kasih.